Followers

Monday, December 1, 2008

Utusan Malaysia...

hai..hari ni aku nk cite pasai paper utusan malaysia..sebelum ni dh banyak aku dengaq pasai paper nan satu nih..aku mmg xbape suka baca paper utusan ni..tatau pasaipa, coz aku rasa paper ni banyak sangat ralatnya..hari ni, balik dr meeting ngan bos, aku amik paper kat bilik kak ira..kak ira ni dia kena tanda paper utusan ni mengenai apa2 yang ada kaitan dengan kementerian..so, aku pun, amik la paper ni nk baca..ouch!nk tergelak lak aku baca laporan wartawan ni..okla, incase apa yg dia lapor tu kuar sebijik dr mulut mangsa, tp ikut logik la jugak nk report pun..org yg baca pun bukan sume xbley pikiaq..korang baca yg aku bold kat bawah ni..

Tanah runtuh, 2 beradik maut

Oleh ASSIM HASSAN

ANGGOTA penyelamat membawa keluar mayat Nurul Intan Sarina Roslan, salah seorang daripada dua mangsa korban tanah runtuh yang menimbus sebuah rumah di Km. 8, Ulu Yam Perdana, Selangor, semalam. Gambar kecil NurAtirah (kiri) dan NuruL Intan

HULU SELANGOR 30 Nov. – Dua beradik mati tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah yang menimpa sebuah banglo setingkat di Lot 110, Jalan Belida 1, Ulu Yam Perdana, di sini awal hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, sedang tidur dalam bilik mereka manakala ibu bapa serta tiga adik-beradik yang lain tidur di bilik utama apabila tebing di belakang rumah berkenaan runtuh, lalu menghempap rumah itu yang dibina di kawasan lereng bukit. 

Ibu kedua-dua beradik itu, Azizan Madon, 42, berkata, beliau bersama suaminya, Roslan Mohd. Jalil, 49, dan tiga lagi anak mereka, Norlisa Azira, 8, Anis Afina, 6, dan Norman Afiq, 3, kemudiannya berjaya menyelamatkan diri melalui bumbung rumah.

Pasukan penyelamat hanya berjaya membawa keluar mayat Noratirah pada 12.55 tengah hari manakala adiknya kira-kira pukul 3.25 petang. Difahamkan mayat kedua-dua mangsa tertimbus sedalam 2.3 meter dalam jarak 1.5 meter. 

Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, Azizan berkata, kejadian itu hanya disedarinya pada pukul 7 pagi ketika bangun dari tidur.

“Saya rasa bilik tidur saya jadi kecil dan apabila keluar saya dapati bilik belakang tempat dua anak saya telah dihempap tanah.

“Saya kemudiannya menjerit mengejutkan suami dan tiga anak saya,” katanya yang menyelamatkan diri terlebih dahulu melalui lubang di bumbung rumah untuk meminta bantuan.

Menurutnya, beliau terus berlari ke sebuah pusat rekreasi berdekatan tetapi gagal mendapatkan bantuan kerana pekerja di situ tidak mempunyai nombor telefon polis.

Azizah kemudiannya menahan sebuah kereta untuk meminta bantuan di sebuah lagi pusat rekreasi di situ.

ok, takkan la sume org tatau yang nombor telefon polis 999?kadang2 nk tergelak pun ada baca..then, aku terbaca lagi kat ruangan mega (hiburan), so many error ma!aiyo..mana bley claim paper utama camni kalo banyak sangat ralat..then, aku paling xsuka kalo paper ni report berita utama, tp tak berani nk letak nama penulis..wartawan apa camtu..kalo gitu, kita bley claim berita yang ditulis tu xvalid tau tak..hishh...takpe2, improve lagi ye utusan meloya..eh, malaysia..;)..

adios 

1 comment:

Anonymous said...

sume mende kat dunia ni tak perfect. ikut care kite pandang. kalo da set dlm kepala mende tu teruk, mmg teruk la. kalo ok, ok la. persepsi semate2. hee...utusan ader ruangan rencana agama. kat situ ok sket kot kalo nak baca. nak ngan tanak jer...

www.apetbarreto.wordpress.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin