Followers

Saturday, July 30, 2011

Wajib Para Suami Baca.Dari Lelaki Untuk Lelaki

*Artikel ini aku copy paste dr akhbar Sinar Harian, 29 Julai 2011. Aku nk share sebab rasa cam best je..hehe..sbb yg tulih pun lelaki kn..

Kolumnis

Hitung jam tunggu bulan beranak

oleh MUHAMAD MAT YAKIM

7/29/2011 7:54:04 AM

Mak Bulan sedang sarat mengandung dan jika ia jadi beranak lusa, tulat kita akan mula berpuasa. Setiap kali puasa, banyak perubahan berlaku terutama bagi wanita.

Tidak! Saya tidak bercakap mengenai kegagalan atau kejayaan usaha menurunkan berat badan. Sebabnya, di negara kita yang aman makmur ini, tidak perlu tunggu hari raya untuk melihat gagalnya seseorang (baca: wanita) menguruskan badan. Melihat juadah berbuka sahaja sudah cukup untuk beri jawapan. Apabila tiba hari raya, majlis rumah terbuka akan memakmurkan lagi bentuk tubuh masing-masing.

Apa yang saya maksudkan dengan perubahan ialah jadual harian. Pada bulan puasa, saya percaya ramai wanita berasa lebih terbeban dengan pelbagai tugas tambahan. Orang lelaki bagaimanapun tidak banyak berubah melainkan terawih. Kadang-kadang kedengaran juga suara iri hati, kononnya wanita lebih bertuah kerana ada cuti. Mereka yang rasa begitu barang kali lupa, cuti itu bukan free tetapi perlu diganti. Entah mengapa, hal yang remeh lagi semula jadi seperti itu yang dicemburui...

Kerana cuti, ada suami tergamak buli isteri. Segala kerja rumah awak cuti, awak buatlah sendiri. Saya puasa, penat, kena banyak rehat ... Itulah hujah-hujahnya! Walhal pada hari tak ‘cuti’ pun, isteri juga yang kena buat itu, buat ini!

Saya percaya, suri rumah sepenuh masa pun sudah rasa terbeban, apa lagi yang bekerja. Tentunya berganda-ganda. Masakan tidak, terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan, daripada membeli, memasak, menyediakan hidangan berbuka sehingga mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga. Itu belum lagi dikira tugas-tugas sedia ada seperti membasuh kain, melipat kain dan lain-lain tanggungjawab yang berkaitan dengan kain serta yang bukan kain.

Semua tugas-tugas itu, secara tradisinya dianggap oleh lelaki sebagai tanggungjawab wanita, bukan urusan mereka atau kerja bersama. Saya bukan ada mala fide. Orang lelaki, pada bulan puasa, pemikirannya berubah lain sedikit. Inilah masanya mereka akan lebih memikir hal ukhrawi, selalu mahu berada di masjid, berterawih, tazkirah, tadarus dan sebagainya. Selain itu, inilah juga masanya untuk bersilaturahim sesama rakan dan jiran serta bermaaf-maafan.

Akan tetapi, di satu sisi lagi, keinsafan itu biasanya menusuk pada awal Ramadan sahaja. Masuk minggu kedua, lepas berbuka biasanya ramai yang hanya mampu berlingkar macam ular sawa kenyang. Kerana itu, tak hairanlah jika lepas raya, ukur lilit perut bertambah hingga hampir menenggelamkan dada.

Tiba waktu sahur, wanita jugalah yang lebih dahulu bangun memasak atau setidak-tidaknya memanaskan makanan sedia ada. Hanya setelah semuanya sedia, barulah dikejutkan suami dan anak-anak.

Tidak! Saya bukan mengata orang lain seolah-olah segala sikap buruk itu bukan saya. Ini daripada pengalaman, yang ertinya saya sendiri juga begitu. Ya, pada masa menulis pojok ini, barang kali ada insaf sedikit tetapi pada kebanyakan masa, saya sendiri pun lupa. Bukankah kita Melayu yang mudah lupa!

Tetapi setidak-tidaknya, sebelum masuk bulan puasa ini, kita renungi, insaf dan hargailah pengorbanan isteri masing-masing. Jika boleh, pada bulan yang lain, sudah puas kita ‘buli’ isteri, bulan puasa ini, berilah peluang untuk mereka berehat sedikit.

Kenangkan sahaja, siang hari, mereka bekerja, petang siapkan juadah berbuka, tatkala mereka mengemas dan cuci pinggan mangkuk di dapur, kita pula berlingkar bak ular sawa kenyang di depan TV. Baru mereka nak lelap mata, kita pula kuis-kuis kaki!

Apabila mereka bangun siapkan sahur, kita masih sedap berdengkur. Pengorbanan isteri memang tak boleh diukur (tapi pernahkah mereka merungut di depan suami?). Mujur, sangat mujur saya lahir sebagai lelaki. Jika tidak, mahu saya tak kahwin sampai ke mati!


p/s: tp tahun ni mybe aku xde la kalut cam thun lepas.sebab amri pn balik
kg berapa hr lg sblum nk raya..pastu dok lak ngan mak kn..hehe..
tp cam sedey lak klu bygkn dia bukak posa n sahur sorg2!huhu..
Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua..

Pantang (Larang)

berpantang anak ke 2 ni aku agak2 relax sket..suma aku pakat nk redah ja..huhu..
aku mula bermain dengan segala macam teori.
misalnya, kenapa org negeri itu xpantang pn mcm aku pantang?
hehehe..

''Proses bersalin membuatkan tubuh ibu tidak seimbang. Kehilangan darah semasa bersalin membuat badan menjadi sejuk. Dikatakan pantang-larang Melayu, sekiranya diamal secara lengkap, iaitu mengurut, berbengkung, mematuhi larangan makanan, serta mengambil jamu dan herba, mujarab untuk mengembalikan tubuh badan wanita kepada keadaan sihat dan juga dapat mengimbangkan kembali elemen dalam badan.''-babycenter.com.my
ampa bleh share dak amalan2 berpantang lepas beranak?
adakah setiap negeri cara pantang dia lain2?
contoh kan, ada org kata xleh makan sayuq..sayuq sawi ja bleh..
ada tu makan yg kering2 ja..
pastu apsai yg pantang ni Melayu saja kan..huhu..
eh, bukan aku kata aku xpantang, cuma saja la terpikiaq..

macam kat kedah, pas beranak n pantang n even sampai setahun xleh makan laksa..
bila aku masuk qeja, member2 dr negeri len xpantang pun laksa ni..boleh ja makan
aku pun tatau kat mana bisanya laksa ni..kat laksa or kuah dia..tp laksam bleh plak makan..huhu..
mcm kali ni, aku mcm 'longgaq' sket la dr segi makan..tp mak aku kata boleh lagi..
aku nk makan karipap, mak aku kata tggu la lepas 20 hari..
tp seminggu lebih aku try2 makan karipap tu tgk xdak apa, aku pun bedal la..
so, kesimpulannya, mak aku kata kalau rasa kt badan xdak apa2, makan ja la..
pastu ada yg bgtau, kalau kt johor, depa xpantang pun makan2 ni..ya ka?aku pn tatau..

lepas kuaq dr labor room, kat wad depa siap bg gulai ayam ngan tembikai lagi..
aku dh la lapaq+letih, aku makan ja la (tp skit ja la), mak aku kata tggu ikan kering..hehe..tp tembikai bapak aku kata xleh makan..aku tanya misi, dia kata buah2 makan xpa aih, xsembelit nnti..
mak bapak aku kata, dulu2 pantang makan nasi ngan ikan talang ja..

sama gak dr segi tungku n bengkung..
so far mak aku make sure aku tungku at least 2 kali..mak aku ckp sepatutnya 4 kali..uih, idokla..
2 kali pun aku liat.xliat kalau mak aku yg bakaq tungku..kalau nk harap aku yg buat sndiri, mybe ada liat sket la..ada la rongak2 kan..kalau bengkung lak, hmmm...hmmm..hehe..siang aku rajin pakai..tp malam aku tatau pasaipa aku xsuka nk pakai..rasa susah nk lena ja..kalau aku pakai malam sblum lena, kui 2 mesti aku bgkit buang balik..hehe..bak kata 2pupu aku yg malas nk tungku kan,'org yg czer xtgku pun, perut xbuncit pun''..hehe..alkisah katanya..

ntahla, memasing badan kan, nak tak nak, nnti tanggungla sendiri akibatnya..(ugutan tuk diri sendiri)..huhu..

Tuesday, July 26, 2011

Jaundis.

kali ni aku nk cerita pasai adam yg kena kuning..
beza ngan abg dia adib, adam punya kuning tinggi n lama sikit..
adib dulu sat ja..pi klinik dlm 3 hari je kot, pastu xsampai la bacaan 200 ke atas..

tp adam ni, dr hari ke 2 cek, mula2 159..pastu kui naik, naik n naik..xde turun2 pun..sampai hari ke 8 gi cek, aku dok ulang alik la usung dia pi cucuk..dulu adib mak aku yg bawak, tp la ni mak aku jaga adib kt umah..sampai hari ke 7 bacaan dia paling tggi 210..dh mcm2 mak aku buat, bg mandi air daun tu la, air daun ni la..segala petua dh try..dalam masa yg sama adam minum susu badan aku pun ok..kencing berak suma ok tp kuning xturun2 jugak..

then, misi kt klinik desa kg aku mai umah dia suruh aku bg susu formula kat adam..stop susu badan..sebab dia kata mybe susu badan aku panas kot..aku mmg la agak keberatan nk bg kan..mmg aku penah baca ada jugak kuning disebabkan susu ibu, tp aku yakin kuning adam bukan sebab tu..aku yakin kuning dia akan turun jugak..

so, bila misi mai esoknya dia tnya lg, bg dak lagi..aku ckp xbg pun..bincang ngan amri pun dia mcm xbg je..dia suh bg susu bdn ja..kebetulan pi cek kuning adam xturun jugak..mak aku pun sampai pening kepala dah..pastu misi kol ckp suh bg jugak fm..

bila misi mai umah, dia tanya dh bg ke dak, aku ni bkn boleh org dok push2 ni..last2 aku ckp dh bg dh..padahal mmg aku xbg pun..beli pun dak..bila dia tanya bg susu apa, aku hentam saja cakap bg susu NAN..(sebab br bc blog kak shima, trus tingat susu tu.)hehe..aku mmg dok bg adam susu bdn je la..tp pelik gak, sebab misi klinik desa kata kalau misi kt klinik besaq tu tanya, jgnla habaq kata bg susu fm..

hari ahad tu, gi cek kuning dia, mmg turun banyak sangat..alhamdulillah..dr 193 trus turun 140..so misi ckp xpayah dh mai cek..lega aku, sian tgk tumit budak kena cucuk, padahal adam dh lali, tiap kali cucuk dia wat dek je..huhu..

then bila misi mai umah, aku cakap turun dh, terus dia kata " kan btul kata saya, awak bg susu tin trus kuning anak awak turun..mmg susu awak panas, awk xpyh bg dh la susu bdn..''
uish, mau xsedih kan..tp nk tergelak pun ada..sebab aku mmg xpenah bg pn susu tu..tp xpela, malas nk panjang cita kan..tp aku lupa nk kaw tim ngan mak aku..masa nk balik tu, misi tu ckp ngan mak aku "nasib baik dia (aku la) bg anak dia susu tepung, kalau x, jenuh nk ulang alik gi klinik lg..''

mak aku dh bekerut bagai..trus aku ckp ngan mak aku, 'ala, susu adib tu'..ehhe..bila misi balik, mak tnya, 'bilanya ang bg adam susu tepung?"..then br aku bukak cita balik..
alhamdulillah, kata hati aku btul..ehhehe..

pantang kali ni, aku xdela lembik sgt cam 1st dulu..dh ada pengalaman kata org..
ni gambo aku amek pg td, 2 beradik ni kemain lg lena..
aku mmg tido atas katil.dulu masa adib aku pantang bentang tilam kt bawah, skang ni bila tgk mummy mel pantang atas katil rasa senang lak..so, adib tido bawah..kalau ayah dia ada, mmg dia lena ngan ayah dia kt bawah..pastu dh ayah dia blik kl dh, mula2 dia nk lena kt bawah ngan adik aku, tp dlm kul 2-3 pg, mesti dia panjat katil himpit aku..dh la katil single jek..kalau malam, aku mmg bg netek adam sambil baring, br dia nyenyak sket lena..jadi, bayangkan la, aku dok kt tgh2 ruang ant depa 2 ni..xbernapas dibuatnya..klu nk tau bantal biru tu la bantal busuk adib..hehe..org len bantal busuk kecik je, dia kemain besau..xdak sapa leh amek bantal dia tu..huhu..*abaikan katil yg bselerak itew..*;p

skang ni adib dh sayang ngan adik dia..kalau tgk aku pegang adam, dia pun akan mai n terus nk cium adik dia..tp pegang tu ada skit kasaq la..besala kan..kalau adam tgh nangis tu, kemain dia ajuk tangisan adik dia tu..sabo je la..hehe..

p/s: lamanya ayah dorang ni nk balik..huhu..rinduuu

Friday, July 15, 2011

Kelahiran Muhammad Adam Hafiy..

hari ni dh 9 hari aku berpantang..sat ja kan..;)..
br nk cita pengalaman bersalin kali ke 2 ni..
eh, xpa, xmau tau pun takpa, aku nk cita jugak..kot2 besaq nnti anak2 aku baca kan..hahaha..

beranak kali ni aku gabra, bukan sebab apa, sebab aku dh overdue 3 hari..patutnya 10hb..tp anak xkuaq2 jugak..amri lak dh cuti nk dekat sminggu, mak aku dok penin sebab cuti amri habis xwat apa pun..nk wat camana budak xmau kuaq lg kan..hari2 bila bangkit tidoq mak aku dok kata 'la, ang xsakit2 lagi ka?' sampaikan dia nk pi ngaji malam2 pun risau, tkut aku sakit.

13hb aku xrasa apa lg.pi cek jantung bb, sampai nurse kata, 'esok xmau tgk ang mai dh la, mintak2 beranak dh..' yg nk tergelak tu dia siap bg petua soh mintak ayaq selusuh original dr laki..haha..sapa yg kawen paham2 la ek..feeling2 belakang kira.hahaha..

ptg tu aku melantak rambutan sebanyak2 bleh, sambil tgk adib ngan ayah ronda keliling kampung..
malam tu lak dok layan mat adib ni men beskal..sampai kul 11 kot dia men ngan ayah dia..sebelum masuk tidoq tu mak aku cakap, 'klu bleh ang gerak mak pg2 buta pun takpa..biaqla bersalin cepat..hehe..

dalam kui 2 lbh aku xleh lena..bukan sbb skit perut, tp sebab panaih..dok terkebil2 tu sambil doa biaqla sakit perut tu mai..masa kui berjalan, cuti amri kui skit kan..sian kt dia..aku pn dh amek cuti awai..pastu tidoq2 ayam tu, dlm kui 3 lbh pi toilet, nk lena balik tu tba2 rasa cm skit perut..aku pun dh confuse skit nk berak ka beranak..tggu sat, xtgk jam pn brp minit rs skit, tp rs mcm konsisten cuma skit xkuat ja..bleh golek2 lg..dlm kui 4 lbh tu rasa mcm dh konsisten, aku pn rs mmg contraction..trus rasa sonok..yeay!sakit yg ditunggu2..hehe..trus gerak amri, dia pun apa lagi siap2 nk pi spital.aku kata kt dia, aku nk tggu btoi2 sakit sangat2 baru nk pi spital.."ang ingat spital tu dekat ka cek oi?'hehehe..

pastu aku siap2 gerak mak aku, uish tercapai jugak hajat mak aku menunggu pintu bilik dia diketuk pg2 buta..haha..yg aku geram tu, adib dh la lena lambat malam tu, dia plak yg sibuk2 bangkit awai sama kalut ngan kami..aku siap2 baju dia, ngan dia skali pi spital..jarak umah aku ngan spital dlm 21km kot..tp jalan dlm pembinaan, pastu hujan lebat lak..gabra jgk la amri bwk..dlm keta contraction kui kerap.

sampai spital, trus bawak masuk bilik PAC kn, nk cek n seluk2 tu kan..aku sampai situ dlm kui 5 kot.aku sorg ja kt situ.doc pun tgh lena.mula kena seluk ngan misi, pastu doc mai seluk lg.terus pecah ketuban time tu.masa tu br 4cm.aku dgq doc cina tu ckp, 'bwk dia masuk trus, mcm cpt ni'.

otw depa sorong aku msuk labor room, aku dan salam ngan amri, pastu aku kata kt nurse nk hasben masuk teman leh dak..dia kata nnti2..time sampai kt labor room, misi kata dh 6cm.kui 545 amri masuk..syukur sgt2 aku dok doa nk hasben teman dimakbulkan Allah.sebab masa adib dia xleh masuk..aku nk jgak dia tgk..aku dh rs letih tp aku nekad kali ni xmau jd cam adib dulu vacuum bagai n xreti teran kan..pastu nurse bg ubat tahan sakit kot, masuk ayaq tu.lega skit sebab aku dan lena lagi..sakit pun mcm lite2 gitu.ngantuk ya amat.amri mintak kuaq nk smayang subuh sat, aku dh lalok nk lena dh..dlm 630 kot dia masuk balik, pastu misi soh dia bg aku minum..tiap kali sakit contraction, aku ckp dlm hati, 'xpa, sakit ni la yg aku dok tggu ni..'huhu..

depa mai cek bukak dh 8cm. tp aku dh rasa mcm nk teran..time tu abis tgn amri aku pulas..haha..dia dok tepi aku diam ja..dok pegang tangan usap2 ja..misi cakap dia dok repeat misi tu ckp balik ja..hehe..besa la 1st time dia tgk kan..btoila, time sakit, laki ada sebelah pn kita xpeduli dh pun..haha..time aku rasa nk teberak tu, mmg aku teran habis2an..follow abisla yg doc ckp tu..sora xbunyi langsung..hahaha..lagi semangat bila misi cakap 'haa..pandai2..teran lagi, curi nafas skit, teran lagi..'hahaha..pastu aku dengaq misi ckp kat amri 'ha ayah dia nampak dak kepala nk kuaq dah tu..' pdhal time tu amri xberani nk tgk pn, dia dok tgk muka aku ja..hahaah..
tp at least dia tau la camana budak kuaq kan..

bila depa kata kepala dh kuaq, just teran sekali ja lagi nk bg badan kuaq, trus rasa lega sebab aku rasa mcm benda panas ja kuaq..alhamdulillah, trus dgaq sora baby, n lega ya amat la..masa depa amek baby letak kat dada, rasa mcm aahhhh..xdapat nk gambaqkan..tgk amri pun mcm sebak ja tp dia kontrol.haha..kali ni baru rasa btoi2 beranak sebab masa adib ngan vacuum xrasa sgt, pastu dia xteriak lak kan..trus depa bawak lari ja..

rasa sayu ja hati bila di keheningan pagi tu dengaq amri azankan baby dlm bilik tu..syukur sgt2 sebab kali ni sat ja..tp cam besa la, macam aku ckp beranak adib dulu, part yg paling aku xsuka masa depa jahit ja la..aku rs contraction xsakit mcm tu..huhu..benci ar tang nk jahit tu!sakit oii!

tp semua kesakitan yg ditempuhi tu berbaloi2 bila tgk muka baby, dapat susukan dia dlm tmpoh sejam lps dia kuaq..dan ptg tu jugak aku bleh kuaq spital dh..tp btoila, masa kt spital kan, aku rindu gila ngan adib..rasa xsabaq nk tgk dia..huhu

thanks kat kawan aku en Aizat sebab sudi mencemar duli tgk aku n baby..10 tahun kami xjmpa, last2 aku beranak anak ke 2 dia mai tgk..n yg best skali, anak aku lahir sama tarikh lahir ngan dia jugak!14 Julai..
ni masa nk kuaq spital..en aizat yg amek kan..xsangka dapat jmpa dia kt spital..hehe..
kebetulan jugak, misi yg sambut baby aku pun nama Siti Sarah jugak..tarikh lahir kami pun sama 26.11..cuma tahun ja len..hehe..

so, ni la permata hati ke-2 kami laki bini dan adik kepada Adib Luqman..

Muhammad Adam Hafiy bin Amri..
3.36kg..
7.26 pagi..
















Adam hari yang ke 3 kot..

Adib n Adam..
Adib xkesah pun ngan adik dia ni..besala jeles kot..lebih2 lg kalau ayah dia yg pegang..bila suh panggil adik dia xmau..dia just panggil baby je.hehe..


ni pun amri dh balik KL pg td, sedih je rasa tgk adib..hilang kawan bgusti dia..mmg dia rapat gila ngan amri..asyik nk ayah dia ja..sampaikan masa balik td amri kena lari ikut jalan belakang la nk lari dr adib..aku ni dok bergenang ja ayaq mata tgk aksi td..sedih..;(..lg sebulan baru leh jumpa ayah ye..xpe, nnti mak updatekan pasai anak2 ayah ni kat blog bg ayah tgk ye..huhu

Alhamdulillah..

just a quick update sajork..

aku curi2 ja tenet ni, satgi nampak kat mak aku mampuih..hehe
aku dh selamat melahirkan anak lelaki ke dua pada 14.7.2011 jam 7.26 pagi, 3.36kg secara normal..alhamdulillah, semua dh selamat..syukur sangat2..bertambah syukur sebab kali ni amri berpeluang tgk sendiri camna aku meneran nk bg kuaq anak dia..selalu dok kata dia yg masukkan duit kan..haha...

apapun, nnti kisahnya aku akan update len la..yg penting ai lega sebab dapat lena terlentang sudah!hehe..hidupku dh mcm cik intan kure2 la, 3 hero keliling kami!hehehe..

Tuesday, July 12, 2011

quick update

Salam semua..

ye..mak buyong ni masih tegar mengusung adik adib dlm perut..
menanti, dan masih menanti bila dia nk kuaq..
perut hari2 keras, tp kuarnya idak lagi..

so far aku dh try petua kawan aku cik pizet tu..
sebab dia pun overdue jugak, (3hari), dia dpt petua minum ayaq teh panas campuq ngan kuning teloq..dia wat esoknya dia beranak..so aku pun wat la jugak td..hehe..
harap2 cepat la kuaq budak ni..sonok sangat dok dlm perut..

ka dia takut kalau dia kuaq dia kena buli ngan abg dia..hahaha..
si adib ni lak dok kt kg ni kemain merelit badan dia..asyik nk men ja..melegam aku tgk..

so, hari ni aku dh overdue 2 hari..dh mcm2 makanan yg tekak aku tingin nk makan aku dh melantak..sampai dh tatau nk makan apa dh..huhu..kalau bleh tamau pi serah diri kat spital ja..kalau kes tu naya aku..kalau xberanak gak, 18hb ni kena pi menyerah la..huhu..

org len takut nk sakit beranak, aku ni menunggu2 la bila sakit tu nak mai..sakittt, dtgla cepat, cuma jgn sakit lama sangat..hehe..
semoga dipermudahkan untuk aku dan anak ni..amin...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin