Followers

Sunday, November 4, 2012

tugas vs holiday.

hari ni aku kena gi jakarta.kalau ada word 'kena' tu maksudnya atas tugas la kan. kalau saja2 nak pi holiday mungkin ayat dia akan berbunyi "hari aku nak nak pi jakarta, hoyey!"..huhu

tapi seperti biasa, en bodyguard mmg nak ikut la kan..lagipun kali ni aku pi dengan bos laki, jadi harusla dia kena meneman.jadi ayat dia mungkin berbunyi seperti ayat ke dua tu. memandangkan tiket aku org sana yang uruskan, maka nak pi ni flight lain-lain. aku masih kat rumah skang ni, yg amri dah dalam perut kapal terbang dah. dia sampai awai menunggu la dia di airport sana..hehe

dan aku sangat lemau kalau dia ikut tapi aku kena keja dari pagi sampai petang. bukan boleh nak jalan2 sangat pun. so yang enjoynya dia je la.

anak2?hmm..terpaksa la kena tinggai kat kampung..ni dah seminggu budak2 tu kat kampung. dan aku sgt2 rindu2 ngan depa..wuwuwuw..xpa, jumaat ni insyaAllah mak balik ek..

ok, entry ringkas di pagi hari. sebenaqnya nak elak ngantuk ni. kui 430 pg td hantaq amri, pastu dia xbg aku lena dah takut terlepas flight tgharii satgi..mata, bertahanla.

rabbi yassir wala tuassir. Ya Allah, Engkau permudahkanlah dan jangan dipersulitkan. amin.

Friday, November 2, 2012

Belasungkawa: Siti Sarah Shafie (1982-2012)

aku simpan berhari-hari nak tulis entry ni.
tapi hari-hari aku pikiaq nak buat jugak entry ni.

tanggal 15 Oktober lepas, sahabat sekolah aku telah dijemput Allah buat selama-lamanya.
Siti Sarah, ye. nama dia memang sebijik sama macam nama aku.beza nya nama bapak ja. Aku Siti Sarah Che Dan, dia Siti Sarah Shafie.

kami satu kelas masa Form 4 dan 5.jadi kalau dah sekelas, camana kalau nak panggil nama?masing2 xmau dipanggil siti kan, (masa tu siti nurhaliza xglemer lagi kot,hahaha)..so kalau cikgu nak cari sarah, nanti dua-dua pulak sarah. last2, kami panggil nama bapak ja masing. satu klas panggil aku che dan, panggil dia pie.

kelas kami mmg paling best la. well, ye la.suma akan kata kelas dia yang paling best kan. tapi mmg aku paling suka kelas 4Kedah dan 5Kedah. dengan cikgu kelas yang sangat kebabom, dgn classmate yang sangat sporting.  arghh..rindunya time tu..

cikgu kelas memang akan panggil aku ngan dia dgn nama bapak. ye la sbb dia cikgu kelas kami kan, kira mcm dh kamceng la.hihi..
"ha pie, jawab soalan ni, asyik dok gelak ja kat belakang!"
"ha che dan, ang dok termenung ingat kat sapa?aku habaq kat bapak ang satgi!" (sebab bapak aku pun cikgu kawan dia jugak, asyik nk ugut je kejenya)..dah la panggil nama bapak aku, nk habaq pun kt bapak aku jugak.hehe..

sampai kami abis skolah, sampai la ni pun, kawan2 aku still akan panggil nama che dan jugak. dah macam signature gitu.hmm

aku tau entry ni suppose mcm sedih xpatut ada hehe or hihi ka apa, tapi bila teringat balik zaman skolah ngan sarah pie bibir xbleh stop nak senyum sebab kenangan tu sangat2 manis. 

kalau semua org yg bleh describe dia ni mcm mana mesti akan terkeluar perkataan wajib dia seorang yang happy go lucky dan baik hati. serius. 



dari kiri gambar: nadziatul, farah, siti hajar, siti sarah shafie, salwana, nirul yusmiza, suhaiza, aku, nort.
tengok, senyuman dia sangat manis kan?

lepas spm aku xde la rapat dah ngan dia tapi dia & nort (dlm gambaq kat atas) mmg rapat sgt2 sampai ke saat akhir hidup dia. tp mujurla ada fb sebab kami still lagi boleh tau apa yg berlaku kan.
kelas kebanggaan kami.dgn cikgu kelas yg menjadi pujaan hati.:)

dia di depan sekali. sama ja kan senyum.

gambaq ni buatkan aku rindu sangat2 masa zaman skolah dulu. mujur nadzia bawak kamera.hehe..

kami dah start cakap pasal reunion kat fb dari 2009 lagi. masa tu mmg dia beria2 sangat nk buat reunion. siap lantik nort jadi pengerusi. hehe..

dari 2009 sampai la 2012, reunion xmenjadi mungkin susah nk kumpulkan semua org. kalau ada yang geng2 kat kedah selalu buat. mmg ramai dah stay kt kl tp mungkin masa jadi faktor jugak. 

hujung sept, dapat tau dia masuk hospital. ingatkan biasa je sebab baru nampak kat fb dia ok n masa tu tgh kecoh cite adam dan hawa kan.  dia just batuk demam biasa je n kena admit sebab lung and kidney infection. yang lain-lain tu aku xberani nak cakap sebab aku pun xdapat info direct dari family dia.

tp bila dapat tau dari fb nort n kwn lain dia xsedarkan diri, aku jadi xsenang duduk.nak pi tgk jugak. so aku ngan zam (classmate jugak) n yanie decide nk pi skali tgk.subhanallah, ada hikmah yg tersembunyi. arwah beria nk buat reunion dan akhirnya dia menjadi asbab aku berjumpa dengan ramai kawan masa pi tgk dia kat spital. dan tu la 1st time lepas spm aku jumpa arwah, cuma mungkin dalam keadaan yang tak begitu menggembirakan. kat spital jugak aku jumpa ramai kawan yg 1st time aku jmpa lepas spm. nort, yanie, chatz dan ramai la lagi. 

setelah hampir 20 hari berjuang, akhirnya Allah lebih sayangkan dia. pagi Isnin, 15 Oktober 2012, dia pergi meninggalkan suami, anak, ibu, ayah, keluarga, sanak saudara, rakan taulan yang sgt sayangkan dia.  

pagi isnin tu aku pi kat bilik mayat spital sebab dorng nk mandikan n solat sebelum bawak kebumi di kedah. terus terang, tu la 1st time aku pi bilik mayat mana-mana hospital. kat situ jumpa nort dan zam. masa aku sampai dah siap kafan kan dan tggu nk solat jenazah. sampai ustaz yg imamkan ajak kawan2 solatkan sekali.sapa2 kat situ yang dengar tazkirah ustaz tu pasti terkesan. 

ustaz tu cakap, kalau sekiranya arwah boleh bercakap, dia merayu untuk sahabat2 yang dia kenal untuk solatkan dia. tu adalah satu cara sedekah kita yang terakhir untuk dia. ustaz tu cakap satu hari nanti yang terbaring macam arwah tu adalah kita dan kita pun pasti mengharapkan yang sama. dan tu pun adalah 1st time aku solat jenazah. selama ni amri beli buku cara solat jenazah aku penah baca tapi ye la tak penah buat dan tak ingat pun. dan ni beri kesedaran kat aku untuk lebih tau la. wpun aku rasa solat yg aku buat hari tu xsempurna mungkin (sebab aku ikut imam lambat, jadi aku confuse kiraan takbir tu), tp aku harap tu urusan aku dengan Allah je la. aku tau Allah tau niat aku. 

apa yang pasti, setiap yang hidup akan mati. aku, kita semua satu hari nanti pasti akan menemui Pencipta. cuma masa, tempat, bagaimana semuanya rahsia Allah. yang penting bagaimana persiapan kita untuk menemui Allah. tapi aku selalu berfikir, sebab bila tengok gambar, bagaimana kehidupan kita boleh berubah tanpa kita jangka. maksud aku fikir hari ni aku sihat boleh ketawa, dalam seminit cuma aku boleh rebah tidak sedarkan diri. adakah aku sempat nk minta maaf kat suami mak ayah atau sesiapa saja kalau seminit sebelum tu aku ada mengguris hati dan perasaan?

hidup ini untuk berbuat baik dengan semua orang. kan. hargai apa yang kita ada dan bersyukur dan merasa cukup apa yang ada. hmm..

 إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin