Followers

Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Isteri mana yang tidak berleter,kan?


wah, sapa kah isteri yang penyabaq yang tidak penah membebel,kan?
sikit banyak mesti ada membebel punya.
aku ni ye la kot, sejak azali mmg dok pot pet ja..
tp ofcmate aku yg pangkat kakak cita la dia ni dulu pendiam.sebelum kawen xbanyak cakap.dh kawen pun xbanyak cakap lagi..tp once bila da dh beranak pinak, dia jadi kuat membebel.
"akak ni dulu mana la banyak cakap, tp bila dh ada anak dh pandai membebel"..haaa, begitu katanya.

ada x kaum lelaki ni (read: laki aku) terpikir kenapakah isteri (read: aku) ni membebel?
adakah seronok2 nak membazirkan ayaq liuq mereka (aku)?
oh sama sekali tidak. ini lebih kepada hobi.kikikkiki..

tidak.

mcm kak tu ckp ngan aku, dia kata bila dh ada anak, anak sulung mcm ni, anak no 2 cam ni sampai la anak no 5 mcm tu. jadi bila banyak karenahnya, satgi anak dok letak baju atas lantai instead dalam bakul yg disediakan. mak still akan kutip baju atas lantai tu tapi mulut pun secara automatik bekerja jugak. pastu otw nak letak baju anak dlm bakul kotor, terjumpa pulak stoking laki kat tepi tangga, dia pun akan still akan kutip stoking tu tp mulut buat kerja jugak.

pastu masuk toilet, tgk ada daki kat dinding toilet, sambil amek berus dia sental, tapi mulut akan terkumat kamit kenapala org lain buat pejam mata ja nampak kotor tu atau adakah mata dia ja yg nampak.padahal toilet tu laki dia ja guna.hmm..membebel lagi.

keluar dari toilet, tgk sinki lak pinggan xbasuh lagi. dh la penat cuci toilet xabih lagi, sambunng cuci pinggan lak sambil menjeling laki yang tgh tgk tv. sambil tangan cuci pinggan, mulut pun menjejeh2.

pastu dah abis, tgk mesin basuh dh berhenti. tgk dalam mesin baju xsidai lagi. amek baju sidai pulak. potpet lagi. dan benda ni berterusan sampai la suma keja abis.duduk relax depan tv . pun mulut xleh diam lagi sebab tertengok cita bodoh kat tv yang iklan setiap 5 minit. haha

adakah semua keja xsiap?
tak.
keja buat jugak. siap jugak keja tu, tapi kenapa perlu nak membebel?
sebab bebel tu satu ekspresi / luahan atau whatever la yang dirasakan perlu untuk disuarakan. 
dengan harapan isi rumah tu dapat mendengar dan boleh meredakan apa yang dirasakan.
mmg la penat membebel ni tapi bila dh membebel tu rasa puas ja. *aku la tu*
kalau laki dengar tapi buat2 xtau atau xamek iktibar, maka kuasa bebelan akan digandakan.

laki aku selalu cakap kalau aku bebel."awat la xbuat ja daripada dok membebel xbenti tu."
mmg la boleh buat, tp saja nk jugak membebel.huhu
sebelum entry ni tamat, meh aku kongsikan artikel dari iluvislam.com.
sangat2 menarik..:)..en suami dh baca kan artikel ni..;)


Suami Hebat, Suami Penyabar


RASULULLAH MENCONTOHKAN SIFAT SABAR TERHADAP KARENAH ISTERI

Di dalam buku Purnama Madinah karya Ibn Saad, Bandung , Mizan 1997, muka surat 173, ada tercatat sebuah hadis yang berbunyi, Umar pernah berkata, "Ya Rasul, mahukah engkau mendengar aduan saya? Kami kaum Quraisy biasa menguasai isteri kami.

Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat (Madinah) di mana lelaki tunduk diam pada isteri mereka. Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku perempuan Ansar ini.


Suatu hari saya menegur isteri saya dan dia menjawab balas. Saya tidak menyukai perilaku seperti itu. Dan dia berkata, 'Apakah kanda tidak menyukai dinda menjawab? Demi Allah, para isteri Rasullullah menjawab balas baginda.

Sebahagian mereka mendiamkan baginda sepanjang hari sampai malam.' Saya (Umar) lalu berkata, 'Dia rugi. Apakah dia merasa aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?'" Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduan daripada Sayidina Umar itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkataan Umar. Isteri juga mempunyai suara dan pendapat yang harus didengari suami. (Cuma perbincangannya haruslah dengan hikmah). Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, "Dari hadis tersebut dapat diambil pelajaran bahawa terlalu keras terhadap isteri bukanlah sikap yang terpuji. Sebab, Rasulullah SAW sendiri meniru sikap orang  Ansar dalam memperlakukan wanita mereka dan meninggalkan sikap kaum baginda  sendiri."

UMAR MENCONTOHI KESABARAN RASULULLAH TERHADAP LETERAN ISTERI

Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata,"Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?"


Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata,

"Wahai Amirul mukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"

Umarpun berkata kepadanya,"Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.

Lelaki itu menjawab,"Wahai Amirul mukminin, demikian jugalah isteriku."
Umar berkata,

"Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja."
Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan,

"Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seorang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka."(Riwayat Muslim dan Ahmad).

_________________________________________________________________________________
ha kan?!dh baca artikel ni laki ku berkata : kalau isteri amirul mukminin pun berleter, apatah lagi isteri amri..
renung2kan..ehehehe

Saturday, August 20, 2011

Law kana bainana



penah tgk dak cita ni..or dgaq lagu ni?
kt TV AlHijrah?..sebenaqnya aku ngan mak bapak aku secara xsengaja tertengok la cita ni kat TV alhirah lepas sahuq..1st time tgk terus rasa best..yg paling best sebab lagu dia best je..terasa sebak bila dengaq..

cita ni mengisahkan kalau lah Rasulullah s.a.w ada lagi bersama kita..adakah kita masih lagi mempraktikkan nilai2 murni yg dilakukan Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian kita..
episod yg aku tgk tu depa guna hidden camera la..letak dahan2 ranting kayu kt tgh jalan..nk tgk ada x org yg benti alihkan dahan2 tu..sebab kalau Rasulullah ada, mesti dia akan alihkan kerana menghalang gangguan kan..ramai gak keta lalu lalang tap xdak pun alihkan..last2 ada la pakcik yg alihkan..dalam ramai2 tu, ada dlm 5 org je la kot yg alihkan..so, sape2 yg alihkan tu depa bg la mcm hadiah n cakap terima kasih kerana mengamalkan ajaran Rasulullah..

kalau tgk, kat astro oasis ada jugak mcm ni, cita cubaan tu, yg akhil hay jadi hos tu..tp yg ni lg best..segmen yg best jugak bila hos dia pi tanya org ramai secara rawak, "kalau Rasulullah s.a.w ada bersama kita apa yg kita nk cakap ngan Baginda kalau jumpa kan..ada yg xleh nk jawab sebab terus sedih, menangis..ada yg kata nk sujud kat kaki Baginda..mmg sedihla..cuba kalau kita tanya diri kita kan..

tp cita ni mmg best la..memberi keinsafan dan membuatkan kita pun tanya balik diri kita..
banyak kali nk cari lagu tema dia, tp tatau..tup2 dalam metro hari ni ada tulis pasal ni..mak aku pun apa lagi, siap suh cari la..mmg dengaq terus rasa best je kan...?

kalau nk tgk, tiap Ahad jam 9mlm, ulangan 5.30 pagi..:)

Monday, March 14, 2011

Suami Mithali.

aku baca artikel ni dr BH..hari jumaat lepas..tergerak nk kongsi sebab baru2 ni aku mmg ada wat entry pasai ni kan..hehe

so, aku copy paste je dr artikel tu..selamat membaca..(ada g kena batang hidung sendirik tak?hehe)

INFO: Rahsia 'Suami Mithali'

  • Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang.


  • Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil itu, otak suami kenalah memproses maklumat yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. - (jangan bila tanya balik baru, hah?cakap apa tadi?)

  • Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias si isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda. - (suami2, plis ok take note!logik la kalo bini x 'seperfect' mak anda, sebab anda dh dok bawah ketiak mak berpuluh tahun lamanya..so bg la peluang kat bini)

  • Jika mempunyai anak, sama-samalah menjaga anak. Ada suami, isteri sedang makan, disuruhnya basuh kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam Maharaja. -(haa..ni aku mmg penah nampak depan mata aku..bini dia baru nak masuk nasik dalam mulut, anak kencing dia soh bini yg basuh..xkan la xleh langsung buatkan?!)

  • Jangan sesekali duduk tersandar depan TV atau goyang kaki sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan. - (berbulllluuu, kompem berbuluuuu)

  • Jika suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Sedih hati isteri!

  • Jika hendak mengajak rakan bertandang ke rumah, beritahu isteri terlebih dulu. Jika boleh, sehari dua sebelum itu. Bolehlah dia mengemas rumah cantik-cantik dan menyediakan makanan yang enak. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak berselerak dan isteri cuma masak mi segera.

  • Jangan sekali-kali menyakat isteri mengenai saiz badannya yang semakin 'sihat' atau melidi. Cermin diri sendiri dulu!

  • Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu, kenapa boleh kawal kentut? - (haahahah..serius?bila pikir2 balik, betul gak kan, masa berchenta, xpenah dengaq pun bunyi kentut, dh kawen mak ai mcam nk pecah dinding dibuatnya..hehe)


    Rahsia Rumah Tangga Bahagia

  • Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti melakukan kerja rumah bersama, makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

  • Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

  • Jaga mulut dan badan supaya tidak berbau bagi memastikan suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

  • Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

  • Tukar gaya penampilan untuk mengelakkan pasangan berasa jemu.

  • Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

  • Jika ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis ketika bercinta dan berbulan madu.

  • Suami perlu sentiasa kenang jasa dan susah payah isteri mengandung serta melahirkan anak.

  • Suami atau isteri jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

  • Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

  • Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

  • Jika ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

  • Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas; isteri bulan - cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

  • Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

  • Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya, sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

  • sekian.:)

    Wednesday, January 26, 2011

    Hanyut

    aku suka lagu ni..
    lagu pejal tahir- hanyut..
    mmg terhanyut2 la bila dengar..
    tp aku xla minat FT ni..lagu ni je yg aku suka dengar..

    sebab hari tu aku penah terbaca kat mana xingat la..
    dia kata dia wat lirik lagu ni sebab dia rasa dia dh mengabaikan anak bini dia dengan kesibukan keja dia..
    bila dia balik umah dia rasa masa ngan anak bini dia xdak sangat pun..
    dia seolah2 macam 'hanyut' dalam dunia kerja dia sampai dia rasa anak bini dia terabai..
    maka terhasil la lagu ni..but of coz la ada tambah2 sikit bagi sedap kan..

    eh2, dak..lagu ni xdak kena mengena pun ngan aku..
    takpa2, laki aku dh paham dh camana aku kan..hehe
    aku ni suka membayangkan..
    kikikiki..
    kalo amri kuaq seminggu je aku tak rasa apa2..
    tapi kalo dia kuaq 3minggu mula la aku feeling bagai ditinggalkan kan..hehehe
    maka bila dengaq lagu2 yang lirik dia macam kena2 ngan aku yg terasa kena tinggal (ko ni gedik tul sarah), terasa2 lagu tu macam tuk aku la padahal xdak pun..kuang2..

    hari isnin hari tu aku dengaq radio ikim..ada slot keluarga sakinah ngan prof dr sidek baba..
    aku suka prof ni sebab cara dia cakap menusuk kalbu betui..
    ada sorang pemanggil tu, aku rasa dia lagi kuat..
    laki dia selalu outstation gak..tp selalu kuaq oversea la..so weekend tak de la balik..kadang2 setengah tahun baru balik..aku ni tahan la jugak weekend laki ada kan..

    so, anak dia dalam setahun 9 bulan kot..dia tanya la prof tu macamana dia nk cakap ngan anak dia bila anak dia tanya pasai ayah dia kan..macamana persekitaran anak dia nnti sebab topik hari tu pasal teladan diri (as kita mak bapak kat anak)..

    so prof tu cakap, sebaiknya, mmg parents kena ada around anak masa pertumbuhan anak nk membesar ni..maksudnya anak kecik kan, depa mmg banyak bertanya..mmg lumrah.
    dan cth yg prof tu bg kalo anak tu tggal ngan mak je, dia akan hilang contoh seorang lelaki (ayah) dan begitu sebaliknya..so, si ayah / mak yg berjauhan kena selalu kol dan bersembang ngan si anak supaya tak hilang watak si ayah / mak tu..dan sekarang ni dengan teknologi semakin canggih, ada video call dan sebagainya, lagi senang..asalkan si anak tak rasa yang dia hanya ada mak / ayah saja..aku xreti la nk explain camna, tp lebih kurang mcm tu la bahasa dia.

    dan dlm kes pemanggil tu, prof tu kata walaupun anak dia jarang nampak ayah dia, tp kalo dia tinggal dikelilingi lelaki dalam keluarga cth mcm datuk, bapak sedara so kira ok lagi..bukan la kata untuk menggantikan ayahnya, tp agar 'watak' tu xhilang..

    masalah aku skang ni lak, hahahaha..
    kalo amri wat video call, telefon cokia aku tu yg xleh nk wat..
    kalo dia kol, aku hala kat adib, (sapa yg pakai e5 tau la masalah ni)..so, dia mmg akan nampak adib..
    tapi yg si adib lak nampak handset tu ngan muka ayah dia, dia pi rebut ngan aku..sudahnya 2-2 xnampak muka..
    pastu bila xnampak, adib sakan la mengamuknya..aduiiii..

    err..k la..bla2 tuk kali ni..
    sekian.:)

    Harus bagaimana lagi
    Dan terus begini
    Dengarkan aku
    Lihat ke mataku

    Cukup sudah kau menghukum
    Salahku tetap salahku
    Benarkan ku berbicara
    Agar bisa pulih semua

    Namun harus sampai bila
    Kau kan diam seribu bahasa

    Chorus
    Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
    Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
    Bagaimana ku nanti
    Bila tiada mengganti
    Yang ku ada hanya kamu saja

    Saat mata terpejam
    Hanya kau ku terbayang
    Menghapus semua segala rasa di jiwaku

    Saat mata terbuka
    Kamulah yang pertama
    Tak mampu aku
    Bayangkan
    Hidup tanpa dirimu

    Ulang Chorus

    Aku memang bersalah
    Selalu saja mengabaikan mu
    Dan tapi dah ku sedari
    Segala perit kau lalui
    Ku terlupa kau terluka

    Dan memang selalu
    Aku bersalah
    Selalu saja mengabaikan mu
    Meninggalkan mu (time ni dah terasa2..kikiki)
    Dan tetapi itulah aku sedari
    Segala perit yang kau lalui
    Kerna diriku yang terus hanyut

    Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
    Bagaimana ku nanti
    Bila tiada mengganti
    Yang ku ada hanya kamu saja

    Bagaimana ku nanti
    Bila kau tak di sisi
    Yang ku ada hanya kamu saja




    Monday, November 8, 2010

    mesti dikongsi bersama.

    Ni aku copypaste dari blog cik abg aku, yang aku rasa sangat berguna untuk kita semua renungkan. Allah Maha Mengetahui, tapi elok sekiranya kita teladani bersama..Sesuatu yang harus dikongsikan bersama..

    Gambaran Hari Qiamat

    ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


    ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


    ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


    ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


    ✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


    ✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

    ✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

    ✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


    ✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

    ✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

    ✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

    ⅰ- Pemimpin yang adil.

    ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

    ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

    ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

    ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

    ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

    ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

    ✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

    ✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

    ✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

    ✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

    ✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

    ✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

    ✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

    ✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

    ✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

    ✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

    ✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

    ✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

    ✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

    ✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

    ✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

    ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

    ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

    ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

    (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

    ✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

    ✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

    ✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

    ✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

    Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

    ☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

    ① Sedekah/amal jariahnya.

    ② Doa anak²nya yang soleh.

    ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

    Monday, June 28, 2010

    Mama..Saya lapar..

    aku dok google pic buku nih, tp xjumpa la plak..
    hehe..
    mggu lepas aku beli buku ni..Mama, saya lapar...nukilan Wardina Safiyyah..

    best..
    aku suka la..
    mmg la info yg ada dalam buku ni, kita bley dapat kat mana2 majalah, tp yg bestnya Wardina ada kongsi pengalaman dia sama..lagipun, dia pun exclusive bf, sangat2 seronok baca..

    setiap topik dia kupas ngan baik sekali..pastu ralit tgk gambaq anak2 dia sama..
    bila aku baca buku dia kan, sentuh pasai junk food, pasai buah, pasai camana nk bg anak makan, rasa cam syiok lak..terus cakap ngan amri:
    'abg kalo nk makan jajan, jangan tunjuk depan adib..nnti kalo dia nak, menjawab la sendiri.."
    padahal aku yg beli jajan tu kat dia, konon2 tuk kudapan tgk bola..muahahaha

    bila tgk dia tunjuk buah avocado dia bg kat anak dia, terus aku pi beli buah tu weh..hahaha..
    baru ku tau rasa buah tu xsedap, tp boleh la makan jugak..kata kaya dengan khasiat kan..hehe
    sekarang ni, mmg pastikan kat umah ada buah2an!hehe..
    adib pun dh bley makan gigit sendiri..suma dia bedal..gud!hehe

    so, kalo sapa nk baca, bley la dapatkan..ada resepi2 jugak..ikut umur..
    murah je, RM 19.90 je..
    *ni bukan promosi k..saja nk share je buku yg aku baca..*:)

    Wednesday, June 16, 2010

    kita ada camni??

    Kisah ni wajar tuk kita renungkan bersama..aku nk share ngan ampa semua ni..aku terbaca kat fb takzirah, so aku paste kan kat sini..*tetiba aku jadi sedih*

    Dikhabarkan wanita pertama masuk syurga nanti ialah seorang yang bernama Muti'ah. Apakah agaknya keistimewaan dan kehebatan Muti'ah ini ?

    Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti'ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?

    Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan ... yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa'alaikumussalam ! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu."! ! ! Saya Fatimah, puteri Rasulullah ". "Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya," terdengar kembalijawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat denganpintu."Sendirian, Fatimah ? "Aku ditemani Hasan". "Aduh , maaf ya," suara itu terdengar jadi menyesal. " Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki "." Tapi Hasan masih kecil". " Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datanglagi, saya minta izin kepada suami," sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

    Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali.Selepas memberi salam dan dijawap gembira , Mutiah berkata dari dalam." Datang dengan Hasan, Fatimah? Suami saya sudah memberi izin"'Ya dengan Hasan dan Husain ""Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin ?! ! !Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami," jawab Mutiah.

    Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain." Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya, "kata Mutiah sambil sibuk di dapur.Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas mampan.Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.Fatimah bertanya kepada Mutiah, " suamimu kerja di mana?! ! !"Di ladang". "Sebagai pengembala?" soal Fatimah."Bukan. Bercucuk tanam"."Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?"tanya Fatimah."Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, "sedap", takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami"."

    Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu,"tanya Fatimah."Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami."Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar! ! ! dan tulus.Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti'ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti'ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.



    *nape aku jadi sedih..sebab kalo nk dibandingkan wanita mulia ni, kita ni jauh panggang dari api kan..
    kalo direnung2kan, zaman skang, ada lagi x isteri yang minta izin cam tu skali dr suami kan..jujurnya, kalo aku, kalo teringat je kadang2 aku bgtau..of coz kalo nk jumpa laki lain atas urusan tertentu, kena mintak izin kan..
    tp dalam hal2 yg kita anggap remeh, cth: waktu office hour, pastu nak pi kuaq shopping kompleks ngan kawan2 kan, pompuan semua, kita kena mintak izin suami kan..tp ramai yang bukan mintak izin, tapi 'memaklumkan atau memberitahu' suami je..:)..aku la tu kadang2..

    "abg, orang kuar ngan dorang eh..pi mid valley..skang ni kat federal dah"
    mmg dia xkesah, tp sebetulnya aku kena " abg, rehat japgi nak gi mid valley ngan kawan la..abg izinkan x?"
    kan2..astaghfirullah..


    ni lagi nak sua punggung mintak dirotankan?huhuhu..laki baru tinggi suara rasa macam tak mau cakap ngan dia 3 tahun teruih..wuaaaaa...kalo kena rotan tu agaknya teruih aku mintak suh antaq balik kampung dah la..nauzubillah la kan..

    semoga aku diberi kesabaran yang tinggi..huhu..yg kaum suami pun janganla wat kuasa veto jugak kan..rasanya kalo bertolak ansur tu yg penting kan..hehe..

    buat suami tersayang, org mintak maaf ek kalo selama jadi bini abang ni org xjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya..hukhukhuk..i love u!;)

    Friday, June 11, 2010

    Bacalah..

    aku nak share dgn ampa buku yg aku baca ni..
    aku beli buku ni secara kebetulan masa aku pi klinik 2-3 minggu lepas..
    masa tgh tunggu nk jmpa doc, ada salesman mai juai buku ni la..
    sekali ngan cd rm10 ja..

    mula2 aku malas nk layan tp sebab dia approach dengan sopan, xmendesak, jadi aku ngan adik aku dengaq ja..
    buku ni oleh Dr. Fatma Elzahraa Muhd Ramadan tu..dia ada slot Rayyan kot kat Astro Oasis..org Arab tp dh lama menetap kat Malaysia..aku pun jarang2 dengaq ceramah dia..
    tp buku ni bukanla hasil tulisan Dr. Fatma, tp salinan dr kuliah yang dibuat khas untuk rakaman vcd..

    tp mmg best buku ni..wpun kecik, xtebal pun, tp sangat2 berguna..sekejap je pun dh bley habiskan..banyak yang bley kita renungkan bila baca buku ni..lagipun, bila baca buku ni, mcm kita dengaq dia bagi ceramah jugak la..

    wpun dh 2 minggu aku beli, tp pg td baru aku ada kesempatan nk baca..tu pun masa tgh tggu nk meeting..(konon2 nk isi time boring2 kan)..
    tp terima kasih Allah, dibagi aku masa tuk baca jugak..

    Petikan buku itu di muka surat 55...

    Suatu masa Rasulullah SAW ketawa sampai nampak gigi taringnya. (Rasulullah tak pernah ketawa sampai nampak gigi taring. Tidak serupa kita ini sampai barang dalam pun nampak). Fatimah Zahra pun bertanya : Tolong beritahu, mengapa kamu ketawa?


    Rasulullah kata : Aku ketawa Fatimah - orang munafik di hari kiamat, Tuhan tanya kenapa tak sembahyang? Dia munafik, dia tipu Tuhan sampai kiamat pun dia tipu lagi. "Eh, sembahyang. Malaikat salah tulis. Saya sembahyang".

    Allah kata : Iyakah salah tulis? Mari, tutup mulut dia.

    Setelah mulut dia ditutup, kaki dia bercakap, tangan dia bercakap. Itulah - Alyauma nakhtimu 'alaa afwaahihim... Anggota badan kita sendiri, adik-kakak, bersaksi atas perbuatan kita di hari kiamat. Cuba fikir - tangan yang kita hari-hari bubuh krim, hari-hari potong kuku, hari-hari pakai cincin, esok akan bercakap kepada Tuhan, apa yang kita usaha, apa yang kita lalai. Bimaa kaanu yaksibuun.

    * buku ni pasai tafsiran surah Yaasin, kadang2 kita baca ja Yaasin tiap malam jumaat ka, tiap hari ka, tp kdg2 kita xpaham..so, Dr ni bagi ayat mudah la nk bg faham..betapa Allah itu Maha Berkuasa..kalo jumpa buku ni, beli dan baca la, xrugi..:)

    Damailah Dalam Pelukanku.

    tgk la gambar ni kengkawan..tatapla dengan setulus2nya..kalo xde perasaan lagi tu, aku tatau la nk kata apa..
    aku copy gambaq ni dr fb Ustaz Zahazan Mohamed..
    bila aku tgk gambaq ni, terus je aku nangis weh..tak dapat ditahan2 air mata ni dr meluncur laju je..sedihhhhhh..

    buat anak2 muda skrg, ingatlah, keseronokan yg dikecapi sekarang ni, hanyala sementara saja..

    "Buat remaja yang sudah terjebak dalam zina, bertaubatlah segera selagi Dia masih memberi peluang. Andai kau ditakdirkan mempunyai zuriat, jadikanlah dia emas bernilai untuk kau tumpahkan kasih sayang dan pengorbanan. Moga-moga ia boleh menjadi sebab untuk kau mampu 'membeli' sebuah keampunan. Tolonglah, Tolonglah, Tolonglah kurayu, jangan dibuang anak itu! Damaikan sikecil itu dalam pelukanmu. Kasihanilah dia, InsyaAllah Allah, Dia akan mengasihani kamu..."

    Petikan (dengan sedikit tambahan) tulisan Fatimah Syarha dalam kolum Remaja majalah Solusi isu no. 20, ms 69 bertajuk "Damailah Dalam Pelukanku."

    *masih melayan air mata ni meluncur laju"..
    moga Allah melindungi kita dari apa yang kita takuti..Aku mohon perlindungan dan rahmat-Mu Ya Allah..:'(

    Monday, June 7, 2010

    Bacalah.

    Ni ayat dari surah Al-Fath dan Surah Yunus. pagi tadi kak aku msg kat aku soh baca ayat ni..untuk memohon perlindungan Allah dari kekejaman Yahudi yang laknat tuh..hanya ni je senjata kita, iaitu berdoa..semoga Allah melindungi kita semua, insyaAllah..

    Al-Fath (ayat 26-27)

    إِذۡ جَعَلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلۡحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَڪِينَتَهُ ۥ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَعَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَأَلۡزَمَهُمۡ ڪَلِمَةَ ٱلتَّقۡوَىٰ وَكَانُوٓاْ أَحَقَّ بِہَا وَأَهۡلَهَا‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمً۬ا (٢٦)لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡيَا بِٱلۡحَقِّ‌ۖ لَتَدۡخُلُنَّ ٱلۡمَسۡجِدَ ٱلۡحَرَامَ إِن شَآءَ ٱللَّهُ ءَامِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمۡ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ‌ۖ فَعَلِمَ مَا لَمۡ تَعۡلَمُواْ فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٲلِكَ فَتۡحً۬ا قَرِيبًا (٢٧

    (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Takwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Takwa" itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (26) Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat Umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya). (27)

    Surah Yunus (ayat 85-88)

    فَقَالُواْ عَلَى ٱللَّهِ تَوَكَّلۡنَا رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا فِتۡنَةً۬ لِّلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٨٥) وَنَجِّنَا بِرَحۡمَتِكَ مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٨٦) وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰ وَأَخِيهِ أَن تَبَوَّءَا لِقَوۡمِكُمَا بِمِصۡرَ بُيُوتً۬ا وَٱجۡعَلُواْ بُيُوتَڪُمۡ قِبۡلَةً۬ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٨٧) وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَآ إِنَّكَ ءَاتَيۡتَ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَأَهُ ۥ زِينَةً۬ وَأَمۡوَٲلاً۬ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَ‌ۖ رَبَّنَا ٱطۡمِسۡ عَلَىٰٓ أَمۡوَٲلِهِمۡ وَٱشۡدُدۡ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُواْ حَتَّىٰ يَرَوُاْ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ (

    Lalu mereka berkata: Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. (85)Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir. (86) Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya). (87)Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya. (88)

    LinkWithin

    Blog Widget by LinkWithin