Followers

Thursday, May 31, 2012

kenangan pahit di hotel hallmark view,melaka


Hari ahad lepas sampai rabu aku outstation di Melaka. Kebetulan amri pun kena keje jugak kat Melaka, so angkutla semua sekali.Aku keja petang, amri amek pagi..gilir2 gitula..kebetulan pulak 30 mei tu kitorang punya ulangtahun perkahwinan yang ke-4 (baru 4 tahun tp dah rasa 14 tahun,hahaha)..so, amek peluang, bekerja sambil cuti dan jalan2 bawak anak2..yeaaa..hihi..

Kami stay kat hotel Hallmark View kat Bukit Baru, Melaka..dekat dgn tempat keje skit.ala, Melaka ni pusing2 situ jugak kan..

So,3 malam stay kat hotel hallmark ni.mula2 aku search jugak hotel ni kat web. So far mcm ok la. Sesuai la dgn budget yang diberi kan. Ada wifi, bilik dia pun ok. Aku kalau pi hotel mesti nk tgk toilet dulu..kalau toilet ada paip n shower best, ok puas hati wpun lokasi hotel tu tak best.hehe

Mmg puas hati la dapat stay kat situ, hotelnya kecik je, tepi jalan..ampa boleh google hotel ni kat mana..dekat Melaka saja ada 3 cawangan hotel hallmark ni.hotel hallmark view, leisure and inn..tp dr hasil carian yang paling best hallmark view la katanya.

Tapi kenangan pahit sangat dok hotel ni.mmg keciwa tul la, terasa disiat2 hatiku ni.
Membuatkan daku terpikir banyak kali nk stay sini lagi..
Kesahnya, hari kedua kami stay, balik je dr jalan2, masuk bilik, receptionist call tanya pasal tuala.dorang bagi 3 tuala, tapi masa cleaner kemas dia cakap jumpa 2 tuala je.

Aku pun puas cari dgn amri mmg xjumpa pun tuala tu. Aku baru teringat maybe tuala tu ada atas katil and maybe masa dorang amek cadar tu dorang teramek sekali dgn tuala tu kan. Patutnya check la dulu, ni tak terus je nak kata guest yang amek. Kami pun buat derk je la sebab mmg xamek pun tuala tu.

Masa nak check out lak, dorg tanya lagi pasal tuala tu. Mmg cleaner dorg cakap jumpa 2 tuala je. Dah aku lak kena soal siasat dengan receptionist tu mcm2..xcukup dengan tu dorg call lak manager la kot suruh tanya aku lagi.

Aku ni kalau aku dh xamek mmg aku cakap tak la. Kalau dok push cakap mcm seolah2 kami yang amek, aku dah nak mengamuk la. Amri lak time tu tggu dalam keta. Dah hangin aku kena siasat dgn manager ni. Dok tanya ulang2 sampai aku cakap pun aku dh tak tau apa dia. Point dia aku xamek tuala sehelai yang ada tulih hallmark tu. Bak kata amri, kalau kami nk amek, kami xamek la hari kedua stay situ, baik kami nk check out baru kami bawak lari. Geram betul.

Aku cakap dengan dorg, kalau aku senang je, patutnya semalam check stok je la. Punggah balik semua cadar ke apa cari balik based dengan berapa bilik yg dh kemas. Patutnya check la part korang dulu baru nk selongkar beg guest.

End up, manager dia nak check beg2 kitorang n plastic baju kotor semua. Aku serah kat amri je la sume tu sebab hati ni dh terluka.huhu..so, manager dengan pekerja dia selongkar la semua beg nak cari tuala tu. Lantak la busuk kea pa kan, janji dapat jumpa tuala. *eii, xkuasala aku nak amek tuala tu*..kalau dorg suh bayar gnti tuala tu mmg aku nk mengamuk je la..time tgk dia selongkar tu pun terasa geram dah, dlm hati rasa macam xpercaya kat guest lak. Mybe la ada guest yg bawak lari ke apa, tp at least check la dulu dgn cleaner korg.

Bila xjumpa, baru la nak bermanis2 muka dgn aku cakap sorry la apa. Masa tgh soal siasat tu kemain lagi muka masam mencuka, macam dh jatuh hukum aku yang amek. Mana aku xgeram kan.

Aku ni dh terluka hati ni, masa dia cakap sorry tu xberdaya dah nak pandang muka manager tu. Terus masuk dalam keta suh amri jalan je.
Tak nak lagi dok hotel tu.titik.*mode merajuk dan sentap*
Rasa ok dok hotel tu 3 hari terus terpadam disebabkan benda ni.huhuhu
nak gambo bnyk google la snirik..




6 comments:

pizet said...

boleh no sampai check2 baju kotoq..gila melampau

mieoney said...

adakah mcm tu layan customer mcm lah brg yg hilang tu dulang emas...stkt tuala sehelai yg berapa RM tu jer tp layan customer mcm gangster..

aku klu org2 mcm nie mmg aku sekolahkan blk lah dia...patut ko sekolahkan jer ckp nak amik tindakan sbb memalukan customer...aku yg baca nie ponx jadi geramm weiii....grrr

cik_ah82 said...

pizet: itu yg tak menahan tu..

mimie: itula, kalah hotel 4 bintang tu..aku mmg geram sangat, aku cakap pun dh nk mcm tggi suara..laki aku je cool..tp xnak dh pi c2, layan customer mcm apa je

Intan and The Boys said...

apa teruk benor customer service diorg ni? eee...geram betul! tuala sehelai pon nak berkira. puiiii~~~

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

eiii bongoknye...geram akak baca

Maslina Mansor said...

weyh...awat teruk sgt. baca pun rasa geram. ingat org desperate sgt nk amik towel tu kot..eee..choi la..toksah la p lg..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin