ni masa family day daycare n school adib n adam sebelum puasa. banyak aktivti ngan ayah je la..
Doakanla kelahiran kali ni dipermudahkan ye.. Minta maaf kalau ada salah silap ye..
ceqhita mengenai aku, orang2 disekeliling aku dan kisah2 disekeliling aku
Aku rasa tiap kali membawak budak aku mesti berlegar dgn perasaan yang sama.perasaan yg bcampur baur tiap kali suami outstation.
ok sebelum pi lebih jauh,ni hanya perasaan aku dan situasi yg aku alami.aku xkisah kalau ada org yg lg teruk dr aku i.e suami dh tak de,kena tggal dgn suami xbalik2. ni ceqhita aku.haa gitu..
aku masih ingat masa mengandungkan adib mmg aku sgt emosi bila suami kerap outstation.mujur masa tu aku tak de alah.then dok sorg2 balik umah suami tak de jadi layan tv je la.atau layan buat apa yg rs seronok.cth masa tu aku suka mengait.jd masa tu terisi sampai suami balik.then pernah 'berdebat' dn suami time dh sarat mintak dia jgn keluar lg.masa tu masing2 ada hujah sendiri iaitu 'tlg la faham situasi/keje saya mcmni'.. nak tak nak aku kena amek cuti awal duduk kt kg so apa2 jd ada org tggkan.
bila mengandung kali kedua,benda yg sama jgk tjadi.bkn bmaksud aku xfaham atau buat2 xfaham keje suami mcmna tapi aku rasa emosi masa.mengandung buatkan aku ni kdg2 tak boleh nk fikir org lain.aku rs aku tgh mengandung + nak jaga anak sorg2 jadi dia kena faham n btimbangrasa dgn aku.aku xpeduli kalau bajet @ expenses ckup ke tak janji tlgla kesian pada aku yg dh nk beranak ni..jadi masa anak kedua emosi lg teruk sbb masa tu dah xde masa nk layan 'me time' sbb klu penat pn ada anak sorg yg perlu jaga. lg tmbh emosi bila dh nk dekat bersalin pun kena tggal lg. jd amek lg cuti awal ddk kt kg wpun dua2 anak aku keluar lmbat.
jd yg ketiga ni aku dah tak nak jd mcm dulu.kesian anak dlm perut emosi mak asyik xstabil je.aku just ikut flow.ok suami kata kena keje luar lg jadi biarlah.keluarla cari rezeki halal utk keluarga.dah.mmg.tu.keje.dia. wpun kali ni alah yg teruk dan badan mmg flat tp aku lawan jgk. emosi mmg emosi jgk sbb mmg ppuan kalau dh letih mmg jd lain mcm. tambah emosi pulak kalau suami ckp kawan dia xdapat nk keluar sebab isteri kwn dia pn mengandung. adakah dia xnampak yg aku pn pregnant? adakah sbb aku ni nampak kuat dan independent maka dia tak risau? ok sedih disitu.
aku bkn xtau @ xfaham yg suami keluar keje pn dgn serba salah dan risau tambah2 lg aku alah n budak2 makin lasak.aku cuma ckp dgn dia satu je.tak kisah la dia nak keluar kerap pn masa ni tp aku dah 8 blan nnt tlgla jgn keluar.skrg pn aku dh xlarat apatah lg masa tu.lucky time tu ramadhan dan mmg dia xkeluar.aku hrp kali ni janji ditepati.aku xnak amek cuti awal lg dan ingat kali ni nak keje sampai sakit nk bersalin.huhu
satu sebab aku tak suka bergaul dgn jiran terlebih ramah bila ada yang tanya "suami keluar giliran sebelah sana ke?"..mmg tak sayang mulut kan tp nak salahkan pn xboleh sebab dlm sebulan mmg keluar selang seminggu @ dua @ weekend. tp nak tak nak emosi mmg lg la tganggu. tp wat derk je la n fikir ada laki bini yg lg teruk mmg dok jauh n jmpa pn susah kan.aku bersyukur sebab adib dah besar dan mula faham keje ayahnya.aku lebih suka cerita dgn dia sbb dia mcm layan je cerita aku.kalau aku nak nangis, mesti dia akan duduk sebelah @ baring kt riba & cakap " kenapa mak ni..sakit ke?..mak penat ke?..then bila aku cerita yg aku penat ke @ saja usik dia kata adib n adam la xnak dengar cakap mak.tak kesian kt mak wpun mak ckp jangan.. dia akan dengar n balas balik cerita n akhirnya buat aku senyum n hilang penat..tak kisahla bila aku cerita tu mata dia tgk tv toystory tp aku rasa lega.;)..
cuma nasihat buat suami2 yang dlm situasi mcmni;
jgn amek kesempatan atas isteri yg ditinggalkan. anda penat kerja mcmna pun masih ada masa makan tanpa gangguan,masih boleh tidor melepaskan penat lelah sepanjang malam tnpa diganggu dgn rengekan anak.
cuba fikir isteri yg penat kerja jugak dipejabat sbb nak bantu ekonomi keluarga jugak, tgh nak makan anak bgtau dia nak berak, baru nak duduk sandar disofa lepas penat anak pulak muntah selambak, baru nak lelap mata anak pulak kencing tilam. nak tido tgk umah bsepah dgn mainan amek masa kejap kemas rumah. ye sgt klise klu kata dh jd mak mmg la mcm tu kejenya. tp komunkasi sgt penting dan timbang rasa tu sgt perlu. jgnla balik asyik mengadap gajet sepanjang masa dgn alasan penat bekerja. klise jugak tu bunyinya. bukan tak boleh tapi dari isteri xkisah jadi sakit hati plak. ok fine mmg merungut tak dapat apa2 selain penat tp kalau masing2 mainkan peranan hati xsakit hidup pun tenang.
jangan sampai - ada pun seperti tak ada.
dari saya yg tak abis2 beremosi masa mengandung
Salam semua..dah lama sungguh tinggalkan blog ni berdebu bersawang segala bagai.ni pun kuatkan semangat gak nak mencoret..huhu..dah lama tenggelam mestila muncul dengan berita gumbira kan.hehe..Alhamdulillah I'm 21 weeks pregnant..:)
ini adalah coretan untuk anak no 3 ku ini dan juga dua abangnya..
Menemui anakku,
sedar tak sedar dah 21 minggu mak kandungkan kamu.sangat tak terasa masa itu pantas berjalan..tak terkejar rasanya..Alhamdulillah berita kehadiran adik (ntah knp dari awal kandungan terbiasa dh panggil adik), diterima mak dan ayah dgn rasa syukur dan gembira walaupun ikut perancangan nak bg abg adam dua tahun dulu..tapi Allah bagi rezeki awal,alhamdulillah..
Menemui anakku,
mengandungkan adik kali ni nyata sgt2 berbeza kalau dibandingkan dgn kedua abg adik..kandungan kali ni mak diuji dengan alahan yg agak teruk ditambah dgn batuk berpanjangan. mak tak merasa sgt masa mengandungkan abg2 kamu dulu.kalau ikut mengandungkan abg2 kamu dulu mak sgt sihat dan xdak masalah kecuali masa abg adib mak kena treatment tiroid.tp keadaan fizikal waktu tu tak selemah skrg ni..
tak,adik jgn silap paham.mak tak mengeluh,jauh skali salahkan adik pun.mak terima dugaan ni. apalah sgt sakit ni jika nak dibandingkan dgn kehadiran adik nnti..
menemui anakku,
sejak dari hari pertama kandungan lagi,mak dapat batuk yang berterusan sehingga la kini.ye,5bulan mak batuk sampaikan mak pn tak percaya selama tu mak batuk.tak terkira brp kali mak pegi jmpa doc dan makan ubat..aduh kesian adik mesti salahkan mak sbb makan ubat batuk kan..tp tu pn slps mak mmg dh xtahan sgt.hampir tiap malam mak xdapat tido diganggu batuk ni sampai rasa ssh nak bernafas..ditambah dgn muntah,rasa nk pitam semuanya menambah ketidakselesaan.buat pertama kali mengandung tekanan darah mak boleh rendah pulak.
kdg2 bila mak batuk tgh malam,ayah tbangun sbb tdengar mak xbhenti batuk,xde apa yg ayah boleh buat selain sapukan minyak..ayah belikan macam2 supplement,madu utk legakan batuk ni tapi tak berjaya jgak..sampai satu ketika mak mmg rasa xbdaya dan menangis spanjang mlm sbb rs xtahan dgn ujian Allah ni.tp mana boleh mak rasa give up mcm tu kan?astaghfirullah.mana mungkin Allah bg ujian kalau Dia tak sayangkan mak..org lain berdoa siang mlm pada Allah spy diberikan zuriat tp mak mengeluh hanya sebab ujian yg tak seberapa ni..
skrg ni mak kena masuk combined clinic.tu treatment utk org mengandung tp ada kes sakit yg lain.mcm abg adib dulu..skang mak kena buat check up biasa plus dgn rawatan asma..dh 3 kali mak kena pi hspital utk sedut gas tak termasuk inhaler dirumah.sabar ye dik,sikit lagi harap2 adik pun kuat jugak ye..
mak pernah tanyakan ayah,sanggup ke amek alih setiap sakit mak ni..ayah cakap tak sanggup.mana sanggup kalau tiap malam tak boleh tido sbb batuk,katanya..:)..ayah yg kuat tu pn xsanggup..ibu2 mgkin nampak lemah fizikalnya tp demi anak dia akan jd kuat.sbb itu Rasulullah tegaskan 3x "ibumu" sebelum "ayahmu"..sbb Allah dh jadikan setiap benda tu sebaik2 kejadian.
abg adib dgn abg adam pun makin lasak.mak harap bila dh 7 bulan nnt ayah xkerap outstation sgt..sebab skrg ni pn mak dh sakit blkg n xlarat nk tbongkok2 basuh berak abg kamu tu.hehe..faktor umur agaknya la kot.nak buat camana dh camtu keja ayah.mungkin kandungan sebelum ni mak xde masalah dan kuat ayah ingat kali ni mak mengada2 kot nk manja lebih.huhu..hrp2 pas ayah baca ni ayah boleh peluk mak dan usap perut ni selalu..huhu..kalaula ayah tau..hmm
insha Allah kalau tak de masalah adik akan keluar seminggu sebelum hari raya..kalau ikut abg2 kamu pun mcm tu..abg adib lahir bulan syawal,abg adam syaaban,dan adik plak insha Allah hujung ramadhan..senang sikit boleh cuti raya lama sikit kt umah opah.hehe
buat anak2 mak, mgkin bila besar nnt akan tjumpa coretan mak ni..mak harap kamu semua akan ingat tiap kali kamu nak lukakan hati mak ingatlah yg semasa mak berjuang nak lahirkan kamu,ada satu parut yang akan kekal di badan mak,di rahim mak..dan ia xkan hilang..mak berdoa agar kamu semua menjadi anak yg soleh,taat pada Allah,Rasul dan kedua ibu bapa.
*gambar tu masa adik 11 minggu dalam perut mak..:)