Followers

Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Friday, October 14, 2011

HFMD


sapa yg jadi mak sure tau apa tu HFMD kan..nk jugak short form omputih..dalam bahasa kebangsaan kita ialah penyakit kaki, tangan dan mulut gitu..ye kawan2, anak sulung aku si adib tu kena hfmd ni la..

jadi skang ni aku terpaksa la amek e.l 2 hari jaga adib..adam pun skali la walaupun dia xkena (lagi)..mintak2 antibodi dia kuat melawan virus jahat nk mampus tu..huhu..

seb bek bos shaye memahami wpun xleh amek cuti..nk wat camana kan, ada anak cuti bnyk kt anak je la..dh la baru je start keje..huhu..

amek adib ngan adam dr taska petang rabu tu terus aku bgtau kt pengasuh dia sbb nampak merah2 kt kaki..pengasuh pun cakap kt punggung pun naik banyak..hmm, napelah xkol aku awal2 kan..ptg nk amek bg nk ckp tu pun aku tanya..tp xpela, terus tggu en amri balik then pi klinik kesihatan putrajaya..

doc ckp skang ni ramai budak2 yg kena..malam tu adib je dh kes ke 4..tu blom lg malam sebelum dan sebelumnya..doc suh kuarantin xleh antaq taska selama seminggu..seb bek dia bg surat kata aku pun kena dok umah jaga anak sama..xde rawatan khusus kecuali kena rehat je la..

mujur kt mulut xde sgt..n adib pun xde masalah makan dan minum..mudah2an berterusan la..hr yg dia kena tu dia dh gomol2 dan cium adam..aduih, sentap aku tau..dh puas larang tp dia nk jugak cium adik dia..depan mata aku leh la larang, kadang2 dia pegang2 la..aku doa je la mudah2an adam kuat..:(

semalam peg dr jabatan kesihatan kol..dalam kul 3 ptg dia mai umah..check2 umah, check adam n adib..pastu dia tanya la pi mana weekend, ada x pi taman, shopping kompleks, tmpat org ramai etc la..aku pun jwb la..dia siap suh aku antaq anak balik kampung lg tkt jangkit kt adam..so aku mmg kena amek langkah2 la, tiap kali pegang adib, kena pi basuh tangan, pegang adam pn kena make sure tgn dh bersih..

bukan la maksud dpat dr taska je, mybe kt shopping kompleks kami pi weekend ke kan..cuma lebih ke arah taska la, kebetulan mggu lepas bilik adam kena ttp 3 hari sbb ada yg kena..ni pun buatkan aku nk consider balik nk tukar taska sbb taska tu terlalu ramai..tp tgkla, pengasuh dorg ni dh paham n mmg baik..
kat kaki..abis aku sapu calamine lotion + bedak sejuk..hehe

kat kaki

bintik2 kt tangan

merengek je la kejenya..
mggu depan kalau xbaik lagi, kena la mintak jasa baik en amri lak yg amek cuti..huhu..
nk tau lebih lanjut pasal sakit ni, ni ada info aku amek dr web..


Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.
Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
Tanda-tanda dan gejala
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.
Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.
Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.
Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.
Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.
Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.
Bila perlu berjumpa doktor?
  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama


k, semoga anak2 kita sehat selalu!:)
btw, selamat ulang bulan ke 3 Muhammad Adam Hafiy!

Friday, May 20, 2011

anak bujang kena admit lagi.:(

salam semua..
lama kan xupdate..
camana nk update..ai bz uols.
hehe
tersangatla banyak benda nk buat la ni..
dengan urusan nk cari taska baru adib lagi, tempat keja baru, ntah2..mcm2 kat otak ni..serabut rasa..
time mcm ni baru teringat 'ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..'huhu..astaghfirullah..

k la, minggu ni bz sebab anak bujang ai kena admit kat ppum lagik..ni dh kali ke dua dia masuk ppum..
asbab yg dibagi oleh doc ialah jangkitan kat paru2..
mulanya dia selsema sket2 ja..pastu batuk..ayah dia pun batuk gak..ada satu malam tu dok berlawan ja batuk depa 2 org..jangan mak dia join sudah..mmg xjalan la dibuatnya..

hari isnin 16 mei ofc amri cuti ehsan, so, taska pun tutup la..seharian ayah dia la yg menjaga..balik umah amri cakap dia dh neb adib 6 kali dh..tp balik tu aku tgk dia nafas agak laju jugak la..tp still nak main n lari2..

bila kami solat maghrib tu, aku dh xsenang duduk sebab tgk mcm dia nk nafas tu tercungap2 sket..ngan batuk lagi..nk lena pun dia xleh sangat tp sempat la jugak dia tidoq dalam sejam ngan ayah dia..dia terjaga dalam kul 9 tu, aku gerak amri la kena bawak gi ppum jugak ni..bawak sume jadual batuk dia tu..dlm keta otw ke spital dia muntah,..mmg aku tadah je la ngan tangan sambil aku pun nk termuntah skali..hehe..

bila kat ppum, doc check suma, bg neb n last buat xray..so, masa tgk xray tu yg nampak ada tompok dalam paru2 dia..tp doc ckp xseteruk yg 1st time dia masuk dulu..so, kena admit jugak malam tu..dengan xbawak baju dia la, dengan baju dia kena muntah habis..aduii..

doc ckp sebab normally lepas kena campak, antibodi akan turun sket, so senang la dapat jangkitan..then dia batuk2 lagi kan..

jadi, bermalam la kita di wad..amri kena balik ambek segala macam mak nenek baju la pampers la..sian gak kat dia..masa kena admit dh kul 12.05 pagi..seb bek la 17hb tu cuti umum wesak kan..

ni malam 1st..kena bg oksigen sebab dia semput sket, pastu masuk air sebab dia minum sket ja..makan lagi la xmau..tang kaki tu doc cucuk amek darah aku tak dan lak nk tanya..sebelah ja tangan kena drip, sebelah lagi mmg kena balut sebab kalo dak dia dok tarik ja tiub oksigen tu..huhu..ni dia xmau tidoq kat katil baby tu, nk jugak berhimpit sekatil ngan aku..malam 1st tu mmg aku xleh lena sebab punyala sakit pinggang..selalu bantal banyak sebab nk ampu perut lagi, pinggang lagi..mmg 3 hari kat ppum, sakit pinggang n perut menjadi2..huhu

haaa..anak aku kecik2 dh pakai topi angkasawan..hahaha..mula2 sian tgk dia dok kena camni, tp dh lama tu dia pun dh xkesah..ni bg gas kat dia, nurse panggil head box kot..xdela tekup kot hidung kan..tp kalau aku pun kena xselesa gak rasa..mmg kena bedung la dia time ni..

malam ke dua tu, masa misi nk cucuk masuk ayaq, adib tgh lena, tp masa ayaq masuk tiba2 dia jerit kuat sangat..mcm sakit la..aku tingat la masa kes muka aku bengkak dulu, time misi nk masuk ubat aku rasa sakit sebab tgn dh bengkak..bila cakap, baru nurse perasan..tgk2 dia pun tekejut bila tgk tgn adib dh bengkak..mmg gila punya bengkak la..so, aku pun cakap la, xpayah la cucuk lagi sebab dia dh minum ok dh semua.makan pun ok..doc mai baru suh buang drip tu..tgk2 dh keras bengkak dh tangan dia..sian anak bujang aku nih..:(

ptg2 dia dh bosan dok atas katil ja..so nk berjalan jugak.tp nk dok dalam stroller la apa...kalau lepas ntah ke mana ilang budak ni..mcm adun melawat kawasan dah qhupenya..hehe

hari rabu kot, dh lepas buang drip tu, tangan dia xleh dok diam, dicabutnya tiub oksigen tu, mau x kena balut 2-2 tangan..elok2 boleh pegang barang2, dh xboleh..lawak lak aku tgk..hehe..dh kena dok diam ja..

kat spital dia kena sedut kahak..tang tu aku mmg tak leh tgk la..satgi aku yg join teriak lak..huhu..ada satu hari tu sian dia..aku tak sedaq..dia lena, pastu depa bg gas tru head box tu..ntah mcmna, aku bangkit aku tgk muka dia penuh darah dh..kuaq kot idung menitik2..rupanya luka kena topi tu, agaknya dia rimas kot..pastu misi lak nk sedut kahak..depa try la, tp xdapat sebab hidung dia dh berdarah..kalo tau awal xyahla sedut, dh tau dapat darah ja..sian budak tu..:(

haa..ni la yg paling dia suka skali..dh habis semua wayar kena cabut, merdeka la dia..terlompat2 ataih katil..dia ingat mesin tu komputer agaknya tayang kartun ka apa..ngadap la benda tu kot2 boboiboy muncul ka..hahaha..tekan2 last2 padam mesin tu.

makaseh acik2 n pakcik2 yg dtg mai tgk adib..yg sempat tangkap cuma acik yus ngan seben dia ja pakcik herry..hehe..kemain selera adib bila acik ni suapkan kek..saja nk manja2 la tu kan..thanks jugak kat kak shima, abg jedy, mel, rayyan, ofcmate amri merangkap kawan aku gak ..cik aya, yus, noor, n cuna mai tgk tp time tu adib dh sehat..depa mai dapat tgk adib dok berguling2 ataih lantai..sabaq ja la..pepun, thanks sangat2!

ada part aku rasa sedih sgt masa ada budak baya adib la, tua 2 bulan kena pindah katil depan katil adib..aku tgk satu katil dia penuh mainan..mmg banyak gila la mainan..adib pun tgk ja budak tu main ngan spiderman, barney la n mcm2 lagi la..tp pama dia tak dak pun..pastu tnya misi mana mak pak dia..misi cakap mak pak dia keja..xleh amek cuti..aduh..terus menitik air mata aku tau..mybe ada masalah mak pak dia xleh teman kan, tp budak kecik lagi kan..sedih gila aku tgk budak tu dok cakap ngan patung2 ja instead of his pama..ofc aku pun dekat ja, tp xsampai ati nk biaq adib sorg2 lak..mmg tiap kali tgk budak tu sembang ngan patung siap ada dialog ' barney, ajak spiderman makan cepat!', mmg dok berlinang ja la ayaq mata aku..bila pi teguq budak tu sembang2, xdan nk cakap aku dh teriak..huhuhu..sedih weh..*nangis lagi*

bila mak dia mai, sembang2 ngan mak dia, mak dia cakap cuti dia dh xbanyak..anak dia lak dh 2 kali masuk spital tahun ni..sebab gegendang telinga pecah n kuman tu dh merebak dlm organ..sian betul aku tgk..aku ingat aku sorg yg teruk, rupanya ada lagi mak2 yg Allah uji..semoga anak2 dorang diberi kesihatan yg baik dh cepat sembuh..amin..

so, itula yg terjadi minggu ni..hari ni dh antaq adib pi taska..aku skang ni dok mencari taska kat putrajaya la..so far, cari kat jabatan2 dh penuh..kena mencari lagi la..sian lak nk antaq dia kat taska baru..adui..

lagi satu dh ada peluang nk bebel ni kan, ingatan buat para2 suami atau bakal2 suami, cer tgk2 sket bini pakai baju apa..atau baju2 bini tu letak kat mana, barang2 anak dok kat mana..ni suh cari kain dalam pun tatau camana kain dalam tu, kat mana letak.len kali bini beli baju baru tgk la sket..so xdela nk kena tanya baju mcm mana, dok tang mana, kita nk terang pun jadi panas..huhu..benda2 ni nampak simple, tp kalau tetiba jadi la bini dh xdak ka apa, jenuh nk gagau kan..ni sekadar pandangan saja..hehehe..;)

so, ai akhiri bebelan ni dengan video adib dan topi angkasawan nya..hehe..
selamat berhujung minggu!jaga diri semua..:0


Wednesday, March 16, 2011

Pelan Tindakan Asma.

Assalamualaikum semua..

kali ni aku nk cite pasal anak bujang aku sorang tu.
sebelum ni kan aku penah cite yg dia semput kan.
sejak2 yg aku ingat, dia 1st neb masa dia lepas 6 bulan.
then sejak tu boleh dikatakan agak kerap jugak bila tiap kali dia start batuk2 aku bawak pi spital mmg kena neb je la budak tu..
dia kalo dia nampak doc pakai baju kolar putih gantung stetoskop (aku bantai je eja ni) tu, mula la berguling2..trauma kot..heheh

so, lepas dia masuk spital bulan oct lepas, mmg doc suruh aku buat asma action plan kat dia..
sebenaqnya, masa gi jumpa pakar kanak2 kat ppum, doc tu cakap, utk budak bawak 5 tahun, dorang xpanggil asma, dorang gelarkan term wheezing (dada berbunyi)..so, bila aku asyik cakap adib kena asma, kena asma, dia xbg..huhu..dia cakap, 'we dun call it asma anymore ok"..

err..ok doctor.

tp kalo xasma pun, kalo xpantau, lama2 boleh jadi asma jugak..so, bek cegah kan.
last aku bawak adib gi check up bila balik dr sarawak, 11.3.11..masa tu adib ok je.tp appoinment ngan doc la pasai wheezing dia tu..tiap kali jumpa doc depa akan tanya soklan yang sama ja, aku kena recall balik adib start neb tu..dh la urat ingatan kui putus kan..huhu..

masa adib masuk spital dulu, mmg doc suh aku buat mcam diari kalo dia start batuk..sebab nk tgk dia punya corak batukan tu (chewah ayat)..
tapi aku ni kan selalu ngelat..bukan apa, bila dia batuk tu, xde nye aku nk pi bukak buku pi tanda dia batuk suma kan..lepas dia batuk lak, dh lupa nk tanda..jadi benda tu macam xtetap..lagipun aku tatau format yg betui nk buat camana..men semberono ja tulih..so, bila jumpa pakar yg baru ni, dia marah la..sebab dia kata "bila doc suruh u buat, u kena buat, sebab bila weols tanya u bukan nak ingat sangat."

haha..amek ko..last2 dia bg format nk buat diari tu..
haaa..kan senang bila dh ada format ni..aku men tanda je la dia batuk bila..

entry terdahulu aku bgtau adib kena guna ventolin inhaler kan..(sini)
tp baru2 ni doc bagi ubat baru lak..
ni dia..
kaler oren plak dah..namanya flixotide inhaler.
ni doc ckp utk control simptom2 yang boleh membawa kepada wheezing.
ni kena bagi samada dia batuk ka, xbatuk ka, sehat ka, xsehat ka.kena bagi tiap pagi dan malam.
tiap2 hari selama SETAHUN.

amek ko.
kalo xsetahun pun, doc cakap dalam tempoh 6 bulan dh boleh tgk pattern dia.
lpas jumaat tu, mmg aku bg je la kat dia 2x sehari.
nk bg tu sikit punya azab la kan, dia punya melawan tu mak ai..kalah tulang 4 kederat aku ni..mmg kena sorang bg puff, sorang pegang la apa yg patut.kalo org tgk cara kami bg, mmg kijam la..tp nk baik, kena la tahan perasaan tu kan..

tup2, ari ahad lepas dia start batuk2 n selsema, tp xteruk la.
yg buat aku susah ati tu, time ayah dia outstation laaaa dia nk jadi nye pun.
siyes.kalo ayah dia ada, kemain lagi sehat walafiat.
mmg dugaan buat aku betulla.

so, bila dia dh start batuk2 n aku dengar dada dia bunyi n nafas dia laju, kena bagi balik ventolin tu.2-2 kena bagi. yg flixotide tu 1 kali puff je, yg ventolin tu 4 puff selama 10 kali nafas.

tp jadi kali ni aku dh xpanik cam dulu dah.
alhamdulillah, wpun kesian tgk dia, tp doc dh bg langkah2 apa nk buat.
sebab bila bawak pi spital, depa buat mcm aku buat kat umah jugak, cuma depa pantau tgk lebel oksigen dia ja.
kalo kat umah, doc suh bagi setiap 4 jam sekali ventolin tu.

tp kalo dia mmg wheezing sgt2, bg kerap.
mcm isnin n malam tadi, mmg aku alert sangat la.setiap 30 minit or sejam aku bagi kat dia.
malam tido jgn cakapla, mmg tido2 ayam je la..selalu doc advise pompuan mengandung kena jaga tido bg cukup kan, xdela dlm kes aku ni.hehe
yg nk tergelak tu, adib boleh lak buat lawak ngan chamber tu..

selalu aku akan tunjuk chamber tu kat dia..
"adib, kita neb ek..sat ja ek"
kalo men terjah je, mmg dia menjerit la.
so, aku bg la dia pegang, n dia pun dh tau letak benda tu kat hidung dia..tp dia xreti la nk tekan puff tu..
pastu dok gelak2 n buat2 mcm tarik nafas dalam2..hehe..lawak la plak tgk..

kot mana pun, mmg kena pejamkan mata je la nk neb dia tu.
tambah2 sorang2 kan..
aku kena kepit dia ngan kaki aku, pegang tangan semuala..tu pun kadang2 aku rasa xsemua yg masuk kot sebab xdaya la kederat aku..dia melawan tu sampai perut aku ni kena tendang la..sian adik dia dalam perut ni..huhu..
berpeluh2 adib meraung2 xnak neb..tipa kali neb akan dengar dia cakap 'aaatiitt''..aku assume dia cakap sakit la kot..tp aku akan kata, mana sakit pun, sikit je..huhu

tu yg kdg2 ngadu ngan amri, mintak dia tukar keluar dekat2 ke kan..
sebab bila jadi mcm ni, tambah aku tgh memboyot ni, mmg xterdaya la..
kalo malam lak, dia asyik batuk je, dia bukan nak tido terlentang, dia nk tido berdukung..pastu aku pun kena berenjut la atas tilam spring toing2 tu..

Letih, penat, sakit pinggang, Allah je yang tau.
time kalo jadi camtu, kdg2 aku ok, kdg2 mmg berendam air mata la sekali ngan dia.
sedih time tu Allah je yg tau.
dalam hati dok kata, ni dugaan sikit je Allah bagi..org len lg teruk..
ni mybe sebab aku pegnen, mmg letihnya berganda..kalo ada org len, xpe jugak.ni mmg aku lone ranger la.
bayangkan aku dukung adib yg 12-13 kg,sakit pinggang mcm nk putus urat aku..time tu mmg menangis je la.sakit sangat tp sebab tak nak tgk adib yg nangis, aku je la yg nangis..:'(

aku pun rasa serba salah, xkan tiap kali jadi nk mintak amri balik kan..laki aku tu baru je drive sampai kelantan/ganu, tup2 nk mintak dia balik..penat drive xabih lagi..tu yg kalo dapat kuar dekat2 skit ok la jgak..ntahla, ni baru sorang kan, kalo adik adib kuar nnti, camana la aku nk handle sorang2?

harap2 akan ada penyelesaiannya..mungkin Allah akan kurniakan yg lebih baik buat kami sekeluarga lepas ni, amin..:)

tp kiranya aku bangga jugak la ngan diri aku sndiri..boleh buat semua sorang2..tp risiko tanggung sndiri la..doc ada cakap u tak boleh selalu dukung anak u dah, not good utk baby dlm perut..tp apa pilihan yg aku ada kalo dh sorang2 kan?kalo adib sehat xde masalah boleh je lepas dia, kalo dia xsehat or skang ni ptg asyik hujan je, mmg kena la berdukung..tawakal je la..dulu masa adib mula2 kena, aku panik sgt2..sikit2 nk meraung..tp skang bila dah tau camana kekdahnya, aku dh bleh control..penat n letih belakang kira la..ni yg best kalo bleh duk dekat ngan parents kan..sebenaqnya aku ada adik kat KL, tp dia keje nurse, keje shif ni susah sket kan..kalo dia bleh dtg pun ada la sekali dua.tu pun syukur amat dah.

masalahnya, adib ni ha..kalo kat taska pengasuh dia dok kata dia semput tp buat mcm xsakit..berlari sana sini, bila semput, neb dapat tenaga balik, berlari balik..hmmm..budak2 kan..

eh, dh la, panjang pulak n3 kali ni..sabo je la aku ni..mcm wat novel lak..hehe..
semoga semua kengkawan sehat2 ye!jaga diri!:)

Wednesday, October 27, 2010

Suka duka kisah adib masuk wad.(updated)

salam..
hmm..ni cite minggu lepas ni..
kalo kengkawan kat fb mostly ramai dh tau yg adib kena admit kat spital..4 hari ok.hahaha
sebenaqnya adib mmg ada batuk skali ngan mak dia la, masa ikut aku kursus pi PD awal bulan tu..
dah kata dah kat ayah dia, jangan la ikut, tp bertuah la laki aku nk menjaga sorang2..dia nk ikut jugak..balik dr PD tu aku dapat mc coz batuk n sakit tekak..soknya lak adib join skali..minggu tu dia punya demam mcm on off je, tp batuk kalo malam mmg menggila la..mmg menguji kesabaran..huhuh

then, ahad 17/10 tu, dia mmg dh ok..hari sebelum tu kitorang ke banting kenduri umah member..takut gak coz panas kan..tp tgk dia ok..so, amri senang ati la sket nk outstation ke kelantan..

elok ayah dia pi, malam tu adib batuk menggila lagi..pastu badan dia panas sangat..mlm tu berjaga la aku..cuti tak leh amek dah ni, dh banyak cuti den habis..aku nk bawak dia gi ppum je..tp pagi tu singgah ofc dulu..saja nk tunjuk kat bos aku yg anak aku mmg sakit..kalo dak ayat dia 'u aaa, asyik2 pasal anak u saja, haiyaa..'

dh sampai PPUM, doc check n soh wat xray, tgk2 kahak dah masuk paru2 dah..n doc cakap kena admit..gelabah la aku sebab..arghh, banyak cekadaknya.juz bayangkan je kalo kita sorang2 kan, keta tggal kat ofc, nk kena balik amek baju lagi, mcm2 la.seb bek ofcmate aku sudi tolong..tengkiu2..time camni kan, aku rasa tensen sebab kalo kami sakit, sure ayahnya jauh..huhu..mula la nk banjir kat spital tu..

adib besa la, dia dh kenai doc..mmg fobia ar ngan org jubah putih ni.hehe

ni sementara nk tggu doc siapkan nk cucuk tangan dia..so, tggu lama sangat, dia letih kot, tidoq sat..ni still kat rawatan kecemasan, xmasuk wad lagi sebab katil pun xsiap lagi..

sedih dak tgk dia lagu ni?uih, aku dh nangis dh time ni..pa dia sampai kena oksigen kan..huhu..masa doc cucuk tu, dia soh aku stay kat luaq sebab aku dok meleleh ja..ingatkan kental kan..so, dr luaq aku dengaq dia dok teriak ja..huhu..ni masuk2 tgk2 dh siap bungkus camni..ni agaknya muka marah kat mak dia la sebab xteman dia kot..sowi chayang...

pastu sembang2 ngan dia, cakap adib senyum la kat mak..xmau jugak..pastu cakap lagi 'ok2, kalo xmau kat mak, senyum kat ayah ek?'..terus senyum..huhu..nampak sangat rindu kat ayah dia.(sebab ni 1st time amri kuaq setelah nk dekat 2 bulan xkuaq, tu yg manja lebih)..

pastu sementara nk tggu masuk wad, dia dok melayan perasaan tgk lampu la, tgk alat2 dalam tu la, dok tarik wayar kat idung la..time ni aku mmg xleh bangun, bangun ja, terus nangis panggil mak..huhu..

pas dapat masuk dalam wad tu, ok la..hari 1st tak buat apa lagi..juz monitor besa ja ptg tu..soknya baru sedut kahak..uish, tp menakutkan ok.sian aku tgk dia.aku mmg xsampai hati tgk tiub wayar masuk dalam hidung n mulut dia, tp kali ni aku xnak pi jauh..sebab aku tau dia mesti nak aku teman dia kan..xboleh tgk pun, aku juz pegang kaki dia n usap2 dia ja..sebelum sedut, misi ajaq la tepuk2 bagi kahak tu longgaq, so senang la nk sedut kuaq..tp 1st day sedut tu, puaih gila aku tgk kahak dia kuaq..dia makan xbapa nk ok lagi, cam xdak selera, tp seb bek minum kuat..sebab tu doc xdrip masuk ayaq..lega..

tp kan, dalam pada tu, bersyukur gak la aku sebab boleh dikatakan kat wad tu, adib la paling xteruk skali..kiri katil adib budak tu OKU, pompuan umuq 11 tahun dah, mmg sian sangat ngan dia..dalam sehari, setiap 4 jam kena sedut kahak.pastu urat wayar berselirat la..sian sungguh.yang kanan katil adib umuq 2 tahun, masalah usus..depan katil adib baby 3 bulan, kepala besaq, siannnya..bersyukur sangat..tp mak2 depa ni mmg tabah la..:(

hari ke 3 adib kena pindah katil sebab kat area tu hanya tuk budak2 yang perlukan perhatian sangat2, sedangkan adib bila dh buang tiub oksigen tu, kemain mengelinjang dia..ke hulu hilir berjalan macam dia la ketua ward, dhla bunyi selipar hingaq.

masuk bilik baru, lagi kesian..budak sebelah adib, 8 tahun, kena kanser tulang..aduih..dh la family budak ni baik sangat..kira kami dh jadi rapat dh sebab bilik 2 org ja.siannya..harap dorang tabah la..:(

hari ke 4 adib dh boleh discaj dah, tp doc nk abiskan antibiotik dia yg last ptg kan,nnti balik umah continue antibiotik makan lak..so kena tggu la.then ada doc tu mintak tlg aku tolong dorang untuk exam student..aku mcm blur jugak la..dia cakap, student yg nk jadi doc, kena ada exam n dorang kena attend pesakit mcm dorg ni doc betul la..so, doc ni (pensyarah), mintak kerjasama aku bawak adib untuk berlakon la (sebenaqnya xpayah berlakon pun, buat mcm kita cerita kat doc btui la..so, drpd tggu ja, aku ok je.aku rasa sebab pesakit len kan teruk sket kan..

so, masuk wad exam tu, baru aku tau..ooo, camni student yg nk jadi doc wat exam..pagi tu student laki..kalo dia jadi doc ok la, dia selamba je, tp ada gak ketaq nya..aku pun cita la, tp yg buat susah sket, sebab adib dh sehat..paru2 pun dh clear.jadi, dia ketaq sebab dia tatau nk terang apa kat pensyarah dia nnti..hehe..sian tau..bila pensyarah mai, dia nk terang tu ok..tp bila depa tanya, dia jadi blank.tergagap2 dia..pepun, aku rasa normal la kan nk amek exam ketaq sket..aku harap dia lulus jadi doc..hee..

then, bila nk kuaq tu, misi tahan, dia bg kupon n dia suh pi tuntut..ingatkan kupon makanan, rupa2nya depa bagi cenderahati..sijil n sampul berisi duit RM100!hihihi..syukur sebab ujung2 bulan paham2 la kan..dapat gak det poket..kuikuikui..amek kat mak la kan sebab mak yg berbuih2 mulut cakap kan..hihih

balik wad balik, nk tggu dos ptg tu, doc mai la review adib, n dia cakap adib ok dh..pastu dia kata nk mintak tolong lagi sekali tlong exam untuk sesi petang boleh dak.aku mmg la ok je, sebab xbuat apa..tp aku malas nk bercakap ulang2 benda yg sama..tp doc tu mcm mintak tlng sangat siap cakap 'u tolong student yg nk jadi doc n so that dorang bley tolong org lain bila jadi doc nnti'..so, ok la..

student no.2 ni lak, pompuan. lembut ja, tp ketaq n gugup Ya Rabbi..mmg sejuk tangan dia.dia nk tanya aku pun dh blank.siap pegang2 tangan aku sambil cakap 'kak, doakan saya kak..saya nk lulus'..tp dia xtanya aku apa2 pun, dok ketaq ja..pastu dia dengaq misi cakap yg aku dh mai pagi td, dia pun siap tanya lagi ' student pagi tadi tanya apa kak, saya nk tanya mcm dia tanya..'

haih, nk jadi doc kena la semangat sikit.dia xukuq pun adib, xtimbang, xcheck sebab dia soh aku habaq apa yg student 1st check. yg no 1 tu mmg check detail sungguh, sampai ukuq lilit kepala pun dia amek.aku tanya la stud no.2 ni, pasaipa amek adib sebab dia dh sehat..oh, adib diagnosed as pnuemonia kan..so dia kata, penyakit tu common sangat, so, depa kena amek tau n benda yg common la yg banyak benda depa kena tau sampai tatau kena amek tau apa dah.hahaha(berbelit dak)

aku cakap kat budak tu, jangan la ketaq, buat mcm besa ja..sampai dia tanya aku ' akak, saya nk cakap anak akak ni sakit apa ek?' eh2, bek aku jadi doc cam tu kan..hehe..semua dia nk tanya aku..bila pensyarah mai check, sian sungguh aku tgk dia sampai nk tergagap2 dah..ketaq dia menguasai diri..pepun, aku harap 2-2 student tu dapat jadi doc yg berjaya nnti..;)
dapat 2 sijil sebab 2 kali kan, tp satu tu aku soh dia kosongkan sebab aku nk print nama adib, tulisan misi tu xcantek..hehehe..

sama2 kasih..len kali boleh tolong lagi ye..eh, ni ikhlas ni tau!hehe

dan..di dalam sampul inilah yg kutunggu2..2 kali attend, 2 sampul la kan..so, kira la bape ada kan..alhamdulillah, masuk spital pun ada gak det masyuk..eh, boleh statement gitu?ye la, kadang2 rezeki Allah nk bagi kita xduga kan..

k, la..stop cita spital2 ni..kalo bley tamau dh cita spital2 lagi kan!btw, thanks kat semua kengkawan yang bertanya khabar dh fb, handset, yg sudi mai jenguk adib (mengikut turutan jengukan : shidot, kak irra, ajat, kak ida, kak diana, kak zue, kak yati, kak mas, kak ema, allia, dan smuala..tima kaseh atas doa kalian..;)

p/s: eh, sebelum aku lupa kan, masa kat spital tu , ada la 1 family ni bagi petua kat aku laki bini..nk bagi anak xkena semput, lelah atau asma dan seangkatan dengannya..tp aku xikut sebab xgamak.ampa pun mesti xcaya..petuanya, amek ayaq kencing ayah anak kita tu, (katanya sikit ja, setitik camtu), pastu letak kat mulut anak n selawat. apakah??!sanggup ka?aiyooo, idakla..better aku sua anak aku kat doc..huhu..amri dengaq ja teruih geleng pala.hihi

jaga kesihatan ya semua!;)

Thursday, August 19, 2010

tindakan susulan atas kisah kembang.

aku dapat mc 5 hari, so, seminggu tu mmg dok umah je la..
2 hari lepas aku balik spital kan, ingatkan dh ok..tgk2 hari jumaat tu bangun pg mata aku start bengkak balik..wuuaaa..serius, aku rasa sgt tensen..

~nampak x mata ku itu..tp pipi telinga dh surut dh..alhamdulillah..

cuma ye la kan, benda yg bengkak, bila dh surut, mcm lebam je.siyes lebam eps bawak mata..skang ni je baru ilang, masa aku masuk ofc mmg depa pun kata nampak lain je..

bila muka dh surut, kat tangan n kaki lak gatai merenyam tu..aku punyala menggaru, aduih, kalo bley tanggai kulit tu, mmg bley la..aku akan garruuuuu sampai rasa nk pedih tu kan, baru aku benti.ha puaih hati..pastu dia start nek bengkak2 mcm gegata tu kan..uish..
mak aku kalut pagi2 tu, dia pi tumbuk kunyit hidup pastu campuq garam, then sapu kat kaki tangan..mak ai, meloncat2 aku, pedih weeeyyy..siyes pedih..

tp agak berkesan jugak la kaedah tu sebab nampak cam surut, tp gatai tu still la..sampai kuning la tangan kaki aku mak aku kejakan ngan kunyit tu.

tp ptg tu aku still pi klinik soh doc inject bg ubat tahan gatai..

hari apa ntah, jumaat ke sabtu, mak aku bawak pi jumpa tok bidan..tp mmg niat aku mula2 ingat nk pi urut B sama, nk bg lancaq susu ni..mak aku kata kot2 la angin meriyan xhilang..hahaha..so nk tgk la..
pi la urut, aku soh dia urut B skali.tp tok nek tu cakap batu meriyan aku elok ja, so bukan la..dia kata dia pun ada penah gatai2 gak cam ni, sedap tul menggaru..sampai dia kata ' ni tok nek rasa penyakit beruk mat nyeh la kita ni, mana taknya, garu macam menatang tu..'..hahahaha..ada lagi org kata beruk mat nyeh noo..*tp takmau la kata lagu tu tok nek oiii..tok nek sorg ja la..

hari ahad lak, mak aku bawak pi jumpa ustaz ni, dia kira anak murid Datuk Harun Din yg pengubatan Darussyifa tu..masa sampai2 tu, dia kata kalo nk ikut cakap doc kata dr segi perubatan, mmg dia tatau..dia bley tgk kot2 samada aku ni ada gangguan ka dak..sebab ada yg mai kat dia, kes mcm aku la, gatai2 merah2..tp bila berubat, ada 'sesuatu' rupanya..dia kata bley tgk ada 3 : samada ada benda tumpang, ada org nk 'buat' kita, atau saka.

tp aku xrasa semua tu..tp mak aku kata xsalah nk berubat,kita berusaha ja kan..
oooh, time ni amri dh balik ok!*suka2*..so, dia pun ikut skali la..
tp aku rasa siyes cuak tau.

mula2 dia tanya
'maap tanya noo..hmm..ada dak rasa benci tgk muka suami?'
hah?camana nk jawab ni depan amri ngan mak aku lak ni..
pastu mak aku cuit aku, 'xdak kan?'
aku gelak ja, aku kata kalo gadoh mmgla nyampah nk tgk dia, tp xdak la sampai benci..*heheeh*
ustaz tu angguk ja.."takpa2 kita tgk dulu nooo'

dia suh duduk lunjuq kaki kan, dia kata selagi dia bacakan ayat2 suci al quran ni, aku xleh bukak mata..so, aku pun tutup la..mula2 dia suh aku mengucap dulu..
time ni adib tgh lena..ustaz tu pun bacala surah2, ada yg aku bley ikut sebab surah2 tu ada yg cam familiar..
kuat gila ustaz tu baca, aku rasa meremang dh bulu roma aku..
dalam hati dok selawat la jangan la ada salah satu antara 3 tu..aku ni sampai 'eh2, kalo bukak mata ni jadik apa ek'..haha

pastu ustaz tu azan..time ustaz tu azan kan, tekejut gila aku..macam hmmm..mcm terasa la meremang.adib terus bangun, samada tekejut la kot..pastu terus teriak..sebab ye la, bangun2 dok kat umah org kot kan..aku time tu tutup mata lagi, dengaq dia teriak, nk ja aku bukak mata..tp tahan lagi..
yg aku nk tergelak tu, ustaz tu kata;

''jika ada di dalam badan pesakit ni, keluarlah..jika ada.pintu tu dh terbukak dah, jika ada engkau keluarla, dan jangan tinggalkan penyakit dalam badan pesakit ni..''

huish, mau aku xmeremang..siap dia tepuk2 kepala ngan belakang badan ni, sampai aku rasa nk terjungkit dah..silap2 aku yg kuaq ni..hahahaha..

ntah la ada ka dak yg kuaq, aku tatau..tp aku ok ja..hihihihi...ustaz tu ada la baca ayat2 n wat ayaq penawaq n limau purut soh mandi sebelum subuh n sebelum maghrib sambil baca selawat,3 hari berturut. tp aku wat sekali ja...tu pun xpenahnya sebelum subuh.gila ka nk mandi sejuk2..hehe..insyaAllah, xdak apa aih..

jadi, tamatla kisah aku dan bengkak..aku terima ni sebagai ujian dari Allah..sebab Allah sayang aku la dia uji aku kan..hehe..wpun sampai skang aku still dok menggaru kat tgn n kaki, tp aku rasa dh kurang skit dh..amri xsanggup tgk aku dok garu ja kan, dia belikan produk CNI, life enzyme..mak ai, punyala pahit *xsuke2*..tp dia kata pahit tu la ubat..so, harap2 pas ni ok la..

thanks tu mak, bapak, en somi, along, ajat, yah, syafiq (wpun adik aku ni kemain suka gelak tgk aku muka kembang cam dia), tok aku , mak ngah, semua la yg tolong aku..terasa diri ni lebih berharga..hehe..cayanggg korang semua!n xlupa jugak ofcmate aku kak ira yg tolong cover qeja aku masa aku sakit..;)

anda semua jaga kesihatan ya!:) *fuhh, lega dh habis*

kisah muka ku yg *tiba2* bengkak..part 2

*scheduled n3*

hehe..kita sambung kesah semalam ye kawan2..
laki aku kan baca blog aku ni *wpun dia xngaku kan*..semalam balik aku cakap ngan dia,
'bang, org dh upload cite muka org bengkak tu..tp xabis lagi..'
'ye ke..abis tu, bubuh gambar muka bengkak tu ke?'
'ye la, abis tu dh muka bengkak, xkan nk letak muka kempis lak'
'eh, xsegan ke?'
cheh!nk segan mende, dh aku nk cite pasal muka aku kembang, xkan nk letak muka angelina jolie lak kan..hahaha..
thanks kat kawan2 aku yg bg msg nk tanya lebih lanjut, tp tggu la aku cite kat sini kan..ada jugak yg bg msg cakap muka aku lawak gila, cam makcik yg dok kat umah kebajikan tggu anak nk mai amek la.

what ever la.

ok2, benti kat mana eh..
26/7/2010-isnin
sampai kat HSB kan, dh depa saring aku siap tulis kat note tu as SLE lagik kan..berjurai2 la ayaq mata ni..
siap tanya adek aku yg misi tu lagi..'jat, kalo SLE mesti nk mati dah kan?mesti teruk kan?'
adik aku senyap ja..lagi la aku nangis.cengeng tul kan.

masuk bilik doc, dia tanya macam semua doc2 yg aku jmpa ni la..so aku kena ulang balik..apa yg aku cakap n depa tanya, nnti aku cita sebab soklan n jawapan sama ja.so, aku xpyg ulang2 kan.
so, dh kompem kena tahan tu, dia amek darah siap2 tuk test, aku tanyala doc..
'kalo saya masuk wad ni, bley dak saya bawak anak saya sekali?sebab saya fully bf dia.sian dia' *siap ayat sian lagik tu..
'bapa bulan anak awak?'
'10.'
'eh, mana boleeehhh..awak masuk wad medical umum, macam2 penyakit ada kat situ..segala jenis kuman, ribu2 kuman ada kat spital ni. nnti anak awak elok2 sehat, bawak dia penyakit lak dapat.'

sedihnya..xpenah lagi pisah tidoq ngan adib tau.
sebelum balik tu, mak aku soh netek siap2.aku bg dia minum puaih2..ingatkan dia nk lena la, tp bulat lagi mata dia.kul 1230 mlm xtidoq lagi..last2 bapak aku cakap nk balik dh..

bapak aku drive, adik aku yg pegang dia..sayu gila time ni,aku dok imejin cam ada org nk bawak lari adib ja..
mana taknya, adib dr dlm keta nangis2 panggil aku, bila adik aku ttp tgkap, dia siap tepuk2 lagi cermin mcm nk suruh aku amek dia..huih, mencabaq betoi time tu..aku babai2 pun ngan linangan ayaq mata ja sampaila keta bapak aku xnampak dah.
aku wisau bukan apa, siang takpala, malam mmg susah sket, sebab adib kompem akan bangun netek punya. mmg aku bawak balik susu, tp bukan senang nk bangkit malam nk panaskan lagi kan..
tp aku mmg siap pesan lagi kat adik aku, kot mana pun jangan bagi susu tepung kat adib. mmg mintak tolong sangatla kat dia sabaq sat ja sementara aku nk kuaq..

so, malam tu 1st nite oo tidoq sorang2..mmg sayu gila tatau nk habaq lagu mana dah..seb bek aku dan rembat tuala adib..ngan tuala tu la aku tidoq sambil dok wat ken lap ayaq mata..*nangis lagi*..
mana ngan sedih masuk spital tapi laki xdak lagi.lagila nk nangis.

aku cakap ngan amri mmg aku faham qeja dia, tp dlm masa yg sama aku pun sedey gila dia dok jauh kan.
aku pun tau dia serba salah sebab bukan dia pi sorg2, bawak kawan.
tp kot mana pun, kalo aku senang ja..hal qeja ngan family, aku sanggup gadai semua pasai family pun. tu aku la.bila aku cakap cam tu kat dia, lg la serba salah dia..ahahahaha..tp aku cakap xpala, nk wat lagu mana kan.wpun hati ni merintih pilu sayu pun, relakan ja la.hikhik * dh tamau cakap lagi satgi teriak*

masa aku masuk wad 5C, katil 8 ni, dalam bilik tu ada 3 org, masuk aku 4 la.tp masa aku masuk tu, semua dh tidoq, jadi depa tak tgk lagi la..malam tu kul 4pg doc mai tanya lagi soklan yg sama..aduih, jenuh aku nk explain, dh la ngantuk.yg paling aku xsuka kena masuk ubat kot sini la.sakeeeetttt wehh..

~aku paling xsuka kena cucuk camni..dok usung benda tu ngan dok rasa jarum dok kat dalam (wpun dak)..nk angkat tangan pun saket..huhu.misi masuk ubat aduhai saket oo..mula2 xsaket..pastu hari ke 2 saket, sebab dia masuk ubat teruih, dia kata kalo drip ngan ayaq kurang sket saket..huhu

27/7/2010 - selasa
haaa..bangun pagi tu, tgk muka aku xberubah pun lagi.tp sebab dh kat spital, xdela gelabah..hehe
tp kan, bukak je langsir pemidang tu, coz nk bekpes kan, kakak2 yg sebilik ngan aku asyik tgk aku je..tmbah2 akak kat depan katil aku ni.anak dia mai teman dia.dok bisik2 ngan anak dia mcmla aku ni xdengaq..
'tu dia, merahnya muka dia..sampai bengkak xnampak mata..'
amboi, kalo dia mai tanya aku terus kan senang.
last2, aku snrik yg pi habaq kat depa aku ni sakit apa.dh nk semunyik apa kan.

tp kan, betoila kan..kalo kat spital kita tgk org simen kaki, tangan, pakai tongkat kadang2 kita xheran pun kan. tp once kalo dia sakit yg berkaitan ngan muka, cepat je org tangkap tgk kan.mesti paling punya tgk.kompemla kan.sebab muka la yg kita paling nampak skali..hehe

~ni la katil aku, katil 8..doc medic umum tu nama dia ni la..tp aku selalu panggil dia doctor telor.hahaha

so, cam besa, ada la doc yg mai tgk, tp pakar yg mai tgk aku tu doc kulit la.tp dia mai petang ja.kul 2.yg pagi doc medic besa ja yg mai tgk.so yg wat keputusan bley kuaq ka dak kena tggu kata putus doc kulit tu la, coz aku adala merayu bagai nk balik kan.tp depa xbg.huhu..sepanjang kat spital, aku dibagi ubat (masuk drip) hydracourt.ubat ni sama mcm doc pusrawi bg, tp yg pusrawi tu krim, jadi mybe xmeresap sgt kot.yg ni masuk kot badan terasa benda tu mengalir..hahaha..

yg best nk tggu of coz la time melawat sebab aku dapat jumpa my luvly son kan.chewah.tp aku kena turun pi jumpa dia kat bawah coz dia xbley nek atas..biaq pun time aku turun tu time org melawat kan, kemain ramai org tgk aku paling muka 2-3 kali, dh la time jumpa adib tu kat cafe..haha..aku pedulik apa, yg penting, jumpa adib, terus kasi netek kat dia..sayu betoi aku rasa..so, time tu je la aku bf dia, n dalam masa sama aku bg susu yg aku perah tuk bekalan malam kat mak aku..

cam besa mak aku dok bebel 'haish, ni la yg susahnya, kalo bg susu tin kan senang!ni nk kena panaskan lagi, anak ang ni dah la xreti sabaq..' hahaha..ala, bab ni mmg la menyusahkan, tp bukan selalu pun..yg penting, tq sgt2 kat family aku sebab jaga adib..hehe..seb bek mak pak aku ada, kalo la depa xdak, nk harap kat sapa pun tatau la..tp ayat yg buat aku sedih kan, bila mak aku cakap 'sian tgk adib men sorg2..mak dah la kat spital, ayah lak dok kat tganu..mcm xdak mak ayah ja..'..sob2.sob2..sedih gila aku..even kalo amri pun, dia xpenah lagi jaga adib malam sorg2 n dia pun xconfident nk jaga..hahah..*ni nampak gayanya nk kena bg lagi sorg cucu la kat mak aku ni*.heheh

ptg tu doc bala pakar kulit mai lagi tgk aku, cam besa, dia tahan lagi aku xbg balik..n tambah lagi dos hydracourt masuk badan sebab aku gatal2 kat tgn n kaki..

ampa tau dak, yg sehari suntuk tu aku jadi bahan exksperiment doc pelatih?mmg masak aku kena soal siasat bertubi dengan doc pompuan..sume india.dorang nk wat kajian kes la kononnya..tp yg aku geram sebab dorang tanya tu mcm seolah2 nk aku jawab yg aku ni ada SLE!mengong tul la..kononnya kalo aku kata aku ni lenguh sendi, haaa..dh kompen dah aku ni mmg SLE..aiyoookk..lantak la..

so, muka ku masa 2 hari kat spital dh surut sket la bengkak dia.tp tgk gambaq ni nampak cam bengkak sket lagi kan, so bayangkan je la masa dia betul2 bengkak..huhuu..ngeri

~asyik berduka lara ja kan mukanya..acu bg yg sengih sket..~

ok2, untuk tatapan aku dan ampa semua..hahahah

~hahaha..amek ang sengih xikhlas!tp ok la, menunjukkan yg aku suka dok spital sebab makanan dia best!heheh~

28/7/2010 - rabu
aku harap yg ni last aku dok spital..tangan aku yg kena drip dh bengkak sebab aku buas sangat jarum tu teralih, so, urat bengkak la..sakit o masa nk masuk ubat.aku sampai merayu kat misi xmau cucuk lagi dah..last2, depa bukak la. n kena cucuk lagi sebelah tangan.hahaha

~kali ni kaler pink lak.td kan kaler hijo.hehe..seb bek yg ni x sakit.huhu

so, dipendekkan cita la eh..*panjang gla entry, lantakla..hehe*
overall..bila diskuss ngan doc bala ni,
ni kira perbualan aku ngan semua doc yg aku jumpa la ek..
Doc (D) : u ada allergic ngan makan apa2 tak?
Aku (A) : xde doc..ni la 1st time saya kena cenggini..sebelum ni saya makan apa ja, ok ja.
D : sebelum kena awak makan apa?
A : saya makan sardin je, *amri masak okeh*
D : sebelum ni makan sardin kena camni?
A : x, semua jenis sardin saya dh makan.
D : allergic ubat?
A : x..saya xamek apa2 pun..saya makan ubat yg saya makan dh 2 tahun lebih dah..
D : awak ada apply krim kosmetik apa2 ke sebelum jadi camni?mungkin ada beli yg baru ke?
A : xde doc..saya mmg xpakai apa2 la..saya ni xsuka makeup.tp mmg xde la yg baru pun.
D : hmmm..
*ujian darah pun menunjukkan yang aku xde allergic ngan makan, ubat.

D : hmm, ada try apa2 yg baru?
A : hmm, kalo nk kata baru kan doc, ada la hari jumaat sebelum kena tu, saya ada beli baju n tudung baru..
kiranya lepas saya test malam tu, terus gatai2 muka..tp saya test baju, kat badan xde la plak naek merah2..cuma kat muka, tangan n kaki je..
*owh, tau dak, aku masa rehat panjang hari jumaat tu aku pi cam bazar la kat Jalan Duta tu..kan ke aku dh menjadi pemakai tudung bibik tu kan, kemain lagi aku memborong ngan kawan aku tudung kat sana..hari tu kitorang beli banyak la jugak, nk dekat 15 helai kot.pastu aku beli baju tidoq sama.so, aku dengan yakinnya mmg syak pasai tu la..

D : i think u ni kena contact dermatitis la.u know, kadang2 kita ada beli barang baru yg kita nk pakai, tp kita xcuci dulu..n ada kemungkinan virus yang mybe ada org yg kena, n then bila u try kena kat u.ni u beli kat butik ke?
*hahahaha..butik uols.kalo butik xjadi camnikah?
A : xla doc, mcm kat pasar je..ala, yg borong2 tu..
so, ampa nk tau contact dermatitis ni google la..dia bley jadi dibawak angin, bersentuhan dengan sesuatu atau apa2 la..dan dia bley jadi serius kalo mengganggu pernafasan kita..ye la kan, bila muka dh bengkak tu, mau dak urat2 pun bley kembang kot..huhuh

ater, lepas la azab aku selama 3 malam kat spital..tp ubat still kena makan..aku mintak nk balik sebab adik aku dh nak balik kl dh..jadi adib kompem akan jadi lagi xsabaq sebab ngan adik aku ni dia ok sket..so, doc discaj tapi kena still makan ubat n habiskan dos terakhir..

ahhh..leganya dapat tidoq ngan adib..
tp sebelum balik kan, aku baru pasan ada gak patient nama cam ni dok katil 16..patutla mak aku kompius.hahaha

tp, aku xlega lagi tau balik umah pun..uish, lagi azab rasanya..mak aku bawak pi berubat kampung lak..tu lain part la plak..berjela dh ni..part tu nk tergelak pun ada.:)

*so..pas ni kalo beli baju atau tudung baru ka, balik2 tu pi la basuh dulu..biaq kalo ada kuman suma mati.hahaha..nnti xpasai2 org yg susah allergic cam aku ni ha pun kena gak kembang setaman muka..;p*

Tuesday, August 17, 2010

kisah muka ku yg *tiba2* bengkak..:)

haaaa..
setelah hampir2 sebulan ye kejadian ini berlaku, barula aku ada kesempatan nk post pasai cita ni..*saja aku tunggu bulan Ramadhan yang mulia ni nk post cita ni, sebab haaaa...i tau2..nnti u all sume gelakkan muka i yg kembang2 bengkak2 kan..so, xbaik tau bulan2 posa ni gelak2kan i tau..muahahahah..*padahal sendiri tgk, sendiri dh gelak..huhu..

haaa..camana eh nk start?
k2,*tarik napas dalam2*
sebelum tu aku tunjuk dulu mukaku yg cun *apakah!*.means sebelum bengkak2 la kan..

~haih, mak sapa comey sangat ni..hahahak...~ni pun masa hujung bulan 5..kot2 la ampa terlupa kan..~
hmm..aku rasa ni la sakit yang betul2 menduga kesabaran aku..huhuhu..
tp padahal xsakit sangat..ntah, aku pun tatau nk kata camana...*eh, rasa cam panjang je entry ni*
bayangkan sakit ni aku kena masuk spital 3 malam uols..3 malam!aku beranakkan adib dok spital 1 malam je ha..huhuhu

aku start ikut kronologi eh..hehe..bersiap sedia la entry panjang menggila..malas nk wat part2 ni..
23/7/10 - Jumaat
malam tu aku iron baju amri, aku dh start rasa mcm miang je muka ni..pastu gatai2 telinga..pastu aku tgk kat cermin, mcm ada bintik2 merah kat muka, tp xtimbul pun..so, aku terus gi cuci2 muka, pastu tidoq..

24/7/10 - sabtu
bangun pagi nak solat subuh tu, tgk muka kat cermin, dh mcm len mcm je..merah2, tp xbengkak sangat..cuma kita dapat rasa la kan kulit muka tu cam keras je..tp telinga dh start bengkak2 dh..dh la pagi tu ada kejohanan boling kat ampang anjuran ofc..aku terus gtau amri, tgk muka aku dh start merah2..huhu..xjadi la aku gi men boling kan..mula2 ingat sat ja, nnti2 ilang la kan..tempek2 la bedak sejuk yg aku tempek masa adib kena merah2 jugak.. muka adib masa bengkak cam gini ye..
pastu amri terus bawak aku gi pusrawi..so, doc cakap allergic la kan..bagi ubat makan sapu bagai, dia cakap 1-2 hari akan ok dah..ok la..
haaaa..dh sedia nk tgk gambaq aku..jgn terkejut ok..mode gambaq suma muka sayu pilu sedih jiwa kacau punyala..takdak nk senyum2 bagai kan..hahaha

~taraaaaa..nampak tak merah2 tu..ni pun dh start bengkak2 sket dh ni..~
pastu aku pun cakap la ngan amri takpa la gi outstation kat ganu kan..dh dia kena bawak kawan dia lagi..masa tu aku rasa cam bila makan ubat doc tu akan baik dengan cepat la..so, tghari tu amri pun gi la kuaq..

25/7/10 - ahad
bangun pagi2 tu kan, nk solat subuh, aku tgk cermin, terus menjerit tau!terus mengucap..huhu..panik gila aku..masa nk amek air smayang, rasa pedih oo muka..mak ai, double bengkak dia..kat telinga jangan cakap la..mmg cam telinga gajah dh..pegang xrasa telinga dah..hehemmg aku takut gila ok..aku siap kol mak aku kt kedah lagi cakap muka kui bengkak..huhu..nangis2 ok..
pastu kol amri..dia dh kat ganu kan..tp gatai gak nk kol.
mak aku lak sama kalut ngan aku..habis ngan makcik2 aku dia kol..acik aku dok kat kapar, dia soh mai umah tgkkan aku.."ang ngan adib ni, nak sakit2 pun time amri xdak la pun!aduhai"hahah..bebel mak si sarah ni..

pas smayang ja, aku terus angkut adib, drive gi PPUM..mulanya nk gi spital sg buloh, sebab dekat ngan umah, tp sebab aku dh ada kes masa adib sakit dulu kan, doc ntah apa2, aku nk pi PPUM la..rekod aku kat situ pun ada..
so, drive la aku pagi2 buta kui 7 terus gi PPUM..masa tu rasa mata dh sepet dh..

sampai2 kat PPUM, terus ke emergency..
aku sampai2 terus depa tanya, baby saket ke, awak saket?
uish, xnampak lagi muka mak macam fiona shrek dh ni?mesti la mak yg saket..
so, depa amek la BP, check tekanan ka apa.
sedih ok.
sebabnya rasa cam sebatang kara je..huhu..uwaaa..*ni dh genang dh ni*
ye la, aku ngan adib je kan..
pastu masa nk check tu, akak tu tanya,
"dtg berdua je ke?"
angguk.
"suami xde ke?"
geleng. "dia outstation."
"adik badek ke?ni kalo doc inject ke camana nk drive ni..ish, kol la sape2 suh teman"
adib depa tlong pegang pun budak tu tak mau..

huhu..sedih tau.dh xnak cakap banyak lagi.kang nangis.

aku ada adik, dia keja misi kat HKL.dia keja ptg kul 2..so bapak aku kat kedah tepon dia suh mai teman aku.dia mai sat ja la..
doc yg check cakap mungkin virus. atau allergic. tp dia inject la ubat untuk tahan gatai n kurangkan merah n bengkak..aku tanya,"boleh baik x doc?"
'boleh, sebab awak xde susah nk nafas atau demam ke ape..so, not so serius la..'
lega aku..dia bagi mc isnin tu..oh, ubat inject tu ngantuk ok, tp aku cakap yg aku drive, dia cakap ubat tu xbertindak balas lagi, sempat la aku sampai umah..
tawakal gila aku.
~ni masa kat PPUM..gegar2 ni amek gambaq snrik..huhu..mulut aku dh mcm kena sengat tebuan dah..gambar nampak cam besa je kan, tp kalo tgk real mmg merah gila mcm udang kena bakaq oo~


26/7/10 - isnin
bangun pagi2, arggghh..tensen lagi tgk muka yg makin kembang..
sedih tol tgk telinga aku..nangis2 aku..
kol mak aku..
*aku tatau sebab apa aku suka kol mak aku wpun aku tau mak aku mesti kalut gila..padahal dok kedah mcm menyusahkan ja aku kol depa kan*
"ish ct, ang balik kedah la, senang sikit nk tgk ang ngan adib..kalo xbleh ubat doc, kita ubat kampung la"

aku pun terpikir2 la kan..
tgk makin teruk, telinga aku rasa mcm nk pecah ok, berdenyut2..
so, aku pi klinik mediviron kat umah aku, sebab doc kat c2 best wpun kena bayar la kan..mybe dia bley wat blood test ka apa ka kan..
so, bila pi klinik tu, doc tu pun tekejut tgk aku..
dia terus wat surat refer kat HKL, dermatologi..
sebab dia tgk telinga aku bengkak len mcm kan..
~ni masa pi klinik mediviron..hehehe..aku sampai skang tgk gambaq ni kompem gelak tau..sian aku.muka time ni merah gila aaa tp awat dlm gambaq xmerah sgt.~

aku ckp la, aku ingat aku nk balik kedah..
dia xbagi, coz dia kata takut kalo betul virus jangkit adib la apa kan..dia tak advise untuk perjalanan jauh la..
dia suh pi HKL on d spot jugak.

so, menonong2 la aku pi HKL.
sampai kat klinik dermatalogi tu, bila doc tanya macam2 kan, dia kata dia not happy bila tgk telinga aku tu..so, dia nk wat blood test, n dia soh aku admit masuk wad..hahhhh?jadi, camana adib?
aku apa lagi..kol mak aku lagi cakap doc suh admit HKL..
mak aku berkeras gak suh aku balik sebab depa nk mai sini susah, adik aku skolah lg..mak aku kata kalo kat kampung, ramai ada bley tlg tgk adib..

aku cakap ngan doc, doc tu pun setuju dengan syarat bila aku sampai kedah, terus pi emergency hospital sultanah bahiyah..jgn balik umah dulu..hahaha..aku pun ok la, dia wat surat refer ke HSB la plak..eiii..dalam masa 3 hari, 4hospital (pusrawi, PPUM, HKL, HSB) n 1 klinik aku pi..huhuu

seb bek adik aku yg keja misi tu bley teman..dia siap amek e.l lagi tuk jaga adib..tengkiu jat..
tau dak, baru aku paham tau camana la org yg cacat kat muka depa bila kuaq..saiko tul..aku muka merah2 camni, bila pi, depa tgk semacam ja..wuuuaaaa...insap2.

even nak singgah R&R nk solat pun puas aku tutup muka, tp still nampak sepet gak mata..
muka ni, kalo kena ayaq kan, mak ai, pedih ooooii..huhuhu
aku sampai HSB kui 1030 camtu, tggu mak aku kat sana..
tau dak, bila mak aku sampai kan, boleh dia cari2 aku padahal aku dok depan mata dia ja..
dia boleh tak kenai aku..bila aku cakap..makkkkk...
terus mak aku mengucap..peluk2 aku, usap2 belakang aku, aku pun apa lagi, menangis di bahu mak aku la..sedeyyyyy oooo..

mak aku mai bawak ayaq zam2, soh aku minum selawat sket..time ni, kat tangan n kaki aku dh naek bintik merah2..masa pagi tu xbanyak sangat, bila malam kui banyak..ngeri aku..
tp yg haru tau dak, masa aku kena saring kat kaunter, ada ka depa terus tulis aku kena SLE..lagila sedeyy..huhu
so, malam tu, kui 12tgh malam, aku terus kena admit kat spital..
berpisah la sat ngan adib malam tu..


*eh, dh la, aku rasa kena sambung part 2 jugak la..berjela2 dh ni..banyak lagi ni nk share..ececece..*
sok2 la aku sambung..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin