Followers

Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Isteri mana yang tidak berleter,kan?


wah, sapa kah isteri yang penyabaq yang tidak penah membebel,kan?
sikit banyak mesti ada membebel punya.
aku ni ye la kot, sejak azali mmg dok pot pet ja..
tp ofcmate aku yg pangkat kakak cita la dia ni dulu pendiam.sebelum kawen xbanyak cakap.dh kawen pun xbanyak cakap lagi..tp once bila da dh beranak pinak, dia jadi kuat membebel.
"akak ni dulu mana la banyak cakap, tp bila dh ada anak dh pandai membebel"..haaa, begitu katanya.

ada x kaum lelaki ni (read: laki aku) terpikir kenapakah isteri (read: aku) ni membebel?
adakah seronok2 nak membazirkan ayaq liuq mereka (aku)?
oh sama sekali tidak. ini lebih kepada hobi.kikikkiki..

tidak.

mcm kak tu ckp ngan aku, dia kata bila dh ada anak, anak sulung mcm ni, anak no 2 cam ni sampai la anak no 5 mcm tu. jadi bila banyak karenahnya, satgi anak dok letak baju atas lantai instead dalam bakul yg disediakan. mak still akan kutip baju atas lantai tu tapi mulut pun secara automatik bekerja jugak. pastu otw nak letak baju anak dlm bakul kotor, terjumpa pulak stoking laki kat tepi tangga, dia pun akan still akan kutip stoking tu tp mulut buat kerja jugak.

pastu masuk toilet, tgk ada daki kat dinding toilet, sambil amek berus dia sental, tapi mulut akan terkumat kamit kenapala org lain buat pejam mata ja nampak kotor tu atau adakah mata dia ja yg nampak.padahal toilet tu laki dia ja guna.hmm..membebel lagi.

keluar dari toilet, tgk sinki lak pinggan xbasuh lagi. dh la penat cuci toilet xabih lagi, sambunng cuci pinggan lak sambil menjeling laki yang tgh tgk tv. sambil tangan cuci pinggan, mulut pun menjejeh2.

pastu dah abis, tgk mesin basuh dh berhenti. tgk dalam mesin baju xsidai lagi. amek baju sidai pulak. potpet lagi. dan benda ni berterusan sampai la suma keja abis.duduk relax depan tv . pun mulut xleh diam lagi sebab tertengok cita bodoh kat tv yang iklan setiap 5 minit. haha

adakah semua keja xsiap?
tak.
keja buat jugak. siap jugak keja tu, tapi kenapa perlu nak membebel?
sebab bebel tu satu ekspresi / luahan atau whatever la yang dirasakan perlu untuk disuarakan. 
dengan harapan isi rumah tu dapat mendengar dan boleh meredakan apa yang dirasakan.
mmg la penat membebel ni tapi bila dh membebel tu rasa puas ja. *aku la tu*
kalau laki dengar tapi buat2 xtau atau xamek iktibar, maka kuasa bebelan akan digandakan.

laki aku selalu cakap kalau aku bebel."awat la xbuat ja daripada dok membebel xbenti tu."
mmg la boleh buat, tp saja nk jugak membebel.huhu
sebelum entry ni tamat, meh aku kongsikan artikel dari iluvislam.com.
sangat2 menarik..:)..en suami dh baca kan artikel ni..;)


Suami Hebat, Suami Penyabar


RASULULLAH MENCONTOHKAN SIFAT SABAR TERHADAP KARENAH ISTERI

Di dalam buku Purnama Madinah karya Ibn Saad, Bandung , Mizan 1997, muka surat 173, ada tercatat sebuah hadis yang berbunyi, Umar pernah berkata, "Ya Rasul, mahukah engkau mendengar aduan saya? Kami kaum Quraisy biasa menguasai isteri kami.

Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat (Madinah) di mana lelaki tunduk diam pada isteri mereka. Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku perempuan Ansar ini.


Suatu hari saya menegur isteri saya dan dia menjawab balas. Saya tidak menyukai perilaku seperti itu. Dan dia berkata, 'Apakah kanda tidak menyukai dinda menjawab? Demi Allah, para isteri Rasullullah menjawab balas baginda.

Sebahagian mereka mendiamkan baginda sepanjang hari sampai malam.' Saya (Umar) lalu berkata, 'Dia rugi. Apakah dia merasa aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?'" Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduan daripada Sayidina Umar itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkataan Umar. Isteri juga mempunyai suara dan pendapat yang harus didengari suami. (Cuma perbincangannya haruslah dengan hikmah). Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, "Dari hadis tersebut dapat diambil pelajaran bahawa terlalu keras terhadap isteri bukanlah sikap yang terpuji. Sebab, Rasulullah SAW sendiri meniru sikap orang  Ansar dalam memperlakukan wanita mereka dan meninggalkan sikap kaum baginda  sendiri."

UMAR MENCONTOHI KESABARAN RASULULLAH TERHADAP LETERAN ISTERI

Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata,"Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?"


Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata,

"Wahai Amirul mukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"

Umarpun berkata kepadanya,"Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.

Lelaki itu menjawab,"Wahai Amirul mukminin, demikian jugalah isteriku."
Umar berkata,

"Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja."
Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan,

"Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seorang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka."(Riwayat Muslim dan Ahmad).

_________________________________________________________________________________
ha kan?!dh baca artikel ni laki ku berkata : kalau isteri amirul mukminin pun berleter, apatah lagi isteri amri..
renung2kan..ehehehe

Thursday, March 22, 2012

untuk ayah diseberang sana

ayah,
tgkla dapor tempat yang mak jarang bg berasap nih..hehe..asyik masak lauk adam je, lauk ayah mak xmasak pun..hihi..biasala rumah kuarters lama bertahun2 cenggini rosak sana sini..huhu..tp syukur alhamdulillah ada tempat nk berteduh..

dinding dh selamat dipecahkan...harap2 lepas ni rajinla mak masuk dapo sebab sebelum ni alasan lantai dapo basah kan..;)

mak terpaksa amek cuti la semalam sebab menunggu dorg buat keje ni..pastu lepas mak setel kemas semua lumpur2 tu, baru mak keluar amek adib ngan adam kat umah umi..

 ayah,
merasala jugak adib jalan2 sebab mak dapat amek awal..
mak bawak pi makan kat tempat feveret dia, umai cafe..
adib minum milo ais ngan makan roti jala..
sedapp..
 lepas kenyang, mak bawak jalan2 depan tasik..depan kedai tu ja..kalau ada ayah lagi best, sebab mak xleh nak kejar adib sebab sibuk dukung adam..mak dok jerit2 je panggil adib dari jauh..;p
 ni sebab adam la..suka la dia tu sebab asyik kena dukung je..tggu la dia dhboleh jalan nnti adib nk lawan lari dgn dia..confirm adib menang..hehe
best masa ni..sebab angin kuat..adib teringat masjid kat depan tu sebab ayah selalu bwk adib kan..kali ni mak bawak pulak, adib suka kat situ sebab luas adib leh lari2..

 siap bawah bola lagi..

last sekali, muka adam lagi..dia ingat comey la tu buat mcm tu..sengih2 kena angin sepoi2 bahasa..

ok la, sekian dari adib..
'i miss ayah!'

Sunday, March 18, 2012

2 minggu tak lama,kan?huhu

ini gambar kami berempat pagi tadi..@ stesen erl putrajaya..
menghantar amri ke KLIA, sebab dia nk tinggalkan kami anak beranak dua minggu..2 minggu uols.huhu..
xdela, besa la, dia kena oustation kat sarawak sana..
aku nk la menghantaq dia ke airport, nak bawak adib naik erl jugak..adib suka sgt nek erl, nek chungginton katanya..

having breakfast @ KFC KLIA..

tapi kali ni tetiba rasa sedih lak..n rasanya amri pun ada manyak sedih jugak.huhu..
sebab masa amri dh nak masuk balai berlepas tu, adib nk suh dia dukung je.pastu time tu amri ckp ngan aku boleh ke aku control nnti nk balik ngan budak2 tu..
so, aku amek apa ke nama troli beg tu kan, letak adib atas tu..
so, pas salam peluk cium amri, amri pun usap2 belakang adib, aku suh amri masuk cepat..time tu alih perhatian adib sket, xbg dia paling tgk amri..so, dia xperasan la ayah dia dh masuk..air mata aku bergenang2 je la, malas la nk buat drama air mata kt situ lak..

pengalaman yg xdapat lupa bila aku lari nk ligan erl, masa tu tinggal 2 minit ja, rasa mcm dan tapi kakak kt kaunter tiket tu punyala lembap nk bg duit baki, terkedek2, aku cakap cepat sikit boleh, train nk gerak dah tu..
masa dia bg duit belen tu terus aku cempong adib turun eskalator, lari laju2, masa tu dh tgl 0 minit ja, ngam2 masuk dlm, train pun jalan..
pastu sampai2, adam lak xmau dok dalam car seat..punyala meraung bagai nk gila, last2 aku biaq je la dia dalam bjorn, bawak keta skali ngan dia pun nk pegang stereng..mmgla xboleh tapi nk buat camana..mujuq la dekat ja umah..

hari ni berperang sungguh aku ngan depa..pak depa xdak ja, hari ni tugas aku asyik ulang alik pi toilet basuh berak depa ja..makan, berak, makan berak..sampai mak depa nk berak pun xdan..huhuh..

so, ibu tinggal lagi le saya 2 minggu ni..hehe..selalu amri balik jugak weekend kalau ostation 2 mggu, tp sebab dia di seberang laut sana, maka hujung bulan ni insyaAllah kita jumpa no..kalau la family ku dekat..huhu..ahh, no hal la abg..*wuuaaaa*..

jaga diri di sana, doakan org tak 'darah tinggi' di sini..hehe..

Monday, October 31, 2011

Selamat hari lahir suami..

semalam 30 oktober cik somi a.k.a en amrie dh menginjak usia 30 tahun!*eh2, xpe ke bocoq rahsia ni*..hehe

aku takdak la beli apa2 pun kat dia..cuma minggu lepas dh bg dh hadiah siap2..hehe..murah2 ja..
so, kebetulan lak cuti ahad kan, so aku plan nk masak sthing special..selalu belanja makan n beli kek kan, so kali ni nk buat sendiri..semangat bakaq2 masih ada nih..sthing special ni pada org len mungkin xspecial pun, tp pada aku yg sllu masak simple sangat2, masak diluar kebiasaan adalah sangat special la ditambah untuk org yg special di hari yg special buat org yg special tu..*harap xpening*

aku tingin gila nk buat kek red velvet!hehehe..dulu masa kawan2 dok kecoh pasai kek red velvet ni aku dok heran la apa la yg best sgt pasai kek ni...sana sini suma org buat..jd, aku pun cabaq diri sendiri nk buat jugak wpun aku tau hasilnya xsegah kwn2 yg buat..tp xkira jugak..selain dr nk wat tuk amri, aku pun nk gak try kan..tgk la apa jadi..

hmm..patutla mahai kan kek ni, xla susah mana tp bahan2 tu bila kumpui2 uish mahai aih!pastu banyak bahan yg xdak, so kena beli suma mmg banyak la..jgn terkejut lak tgk hasilnya..hehe

taraaaaa!
haaa..jgn kutuk2..jgn kutuk..
buruk kan?!tp sedap mashaAllah..hehe..
amri yg xbrp suka kek sgt pun ckp sedap..ahhh, xkira la dia nk jaga ati ka apa, yg penting best..siap pesan lg suh simpan kek ni balik outstation dia nak makan tp nampak gaya mcm adib dh ngap dulu..hehe

red velvet yang xseimbang..hehe..cheese kt tgh pun xtebai..
mmg xjadi mcm dlm blog2 len, tp ni kan 1st attemp..so, yg penting rasa kan..*xmau kalah jugak tu*
mmg menderhaka ngan resipi..bakin soda xboh, cream cheese sket, pastu xdak skill langsung tempek frosting..huhu..kek lak xsama tebai pasepa tatau..dh la hat tebai letak ataih..hehe..
len kali bek la aku buat cam cup cake tu..hehe
keratan rentas red velvet meminjam kata2 puan mimi..hehe

xpa2, 2nd time wat mesti lawa!hehe
pulun ok aku buat kek ni..maklumla mixer xdak, guna whisk ja..pulun aku dok kacau ngan ngan tangan sampai nek lebam ha nk bg kembang..so enchik amri, belikan saya hand mixer naa supaya saya dapat buat kek dengan pantas dan cantek!hehe..sampai kui 12 mlm lebih baru aku boh frosting tuh, pastu dh setel penat gila trus lena sampai lupa nk wish kt amri besday padahal dia xlena lagi time tu..;p

pastu aku wat black pepper ciken chop konon2 nya..ni pun kira mcm pencapaian peribadi la dlm bidang masakan.*eh2*..hahaha..bila dh siap rasa cam bangga lak..sbb xpenah bayang nk buat..ingatkan susah rupa2nya xdela susah mana..kalau kt kedai dh brp kan, jimat lg buat sendiri..coleslaw tu kalau kt kedai ciput je, wat sendiri lg sedap..eeii, mmg saya banggalah dgn diri sendiri..hehe

nyummy..

besday boy tgh menikmati hidangan spesel..hehe..abaikan meja bersepah..amri siap cakap awat sikit sgt buat..aku perusah perap ayam ni dr malam sebelum, nk prepare masak sikit punya lama, tp abis sat ja..huhu..
mmgla boleh je belanja besday boy makan luaq, lg senang kan..tp ntah terasa nk buat sndri..dan yg pasti satu yg xdak kat kedai wpun mybe lebih sedap dr yg aku masak..iaituuuuu..kasih sayang cinta aku masukkan sebagai ramuan tambahan disamping jampi sikit2..hehe..chewahh
tp ptg tu dh kenyang rs bosan lak kami just keluaq jalan2 area rumah je kt putrajaya..adib bosan dok umah

sempat tgk gelagat pengantin wat outdoor shooting..bestnya..aku dulu xde pun camni..jom abg wat outdoor  shooting cam ni..kita suh onggon snap..heheh

dr atas PICC..kalau aku xtukaq tempat keja, bangunan yg tggi tu la aku akan dok..gila dekat ngan umah..

permata hatiku..hehe..*sian adam nampak rambut jek*..

"selamat hari lahir abang..semoga bahagia disamping dinda ye..saya xboleh nk bagi hadiah mahal2 tp saya sayang kamooo sgt2 wpun saya xboleh nk benti membebel..huhu..semoga tabah mendengar bebelan nyanyian saya sepanjang hayat kita bersama..hehe..i love u!

Wednesday, August 17, 2011

Update untuk ayah..

Assalamualaikum ayah..

selasa lepas adam pi cucuk hep-B kat klinik..pastu timbang skali..abg adib pun ikut jugak..dia buat bising je kat klinik..berat adib 12.2kg, berat adam lak 4.5kg..alhamdulillah, semua sehat..mak nye je yang penat sbb si adik dh pandai nk merap..huhu

rasa mcm lama je xtgk ayah..nk tggu lagi 2 minggu rasa mcm lama je..

hari ni ayah balik kg kat sarawak ye..best la ayah naik kapal terbang sorang2..tp ok la, at least bleh posa ngan family kan..xpayah lagi cari makan kat kedai..terjaga la skit makan tu..kirim salam la kat nek kat kg eh..insyaAllah bulan 1 nnti bleh tgk adib n adam..:)

adib skang dh pandai usik adik dia..mula2 dia pegang lembut2 je, pastu terus dia tampo muka adam..mesti dalam hati adam cakap, "tggu je la aku besar sikit, nnti abg kena gusti la"..hehe..
kalo xde keje, dia pi cucuk mata adam..xpun paling baik, dia suka korek hidung adik dia..hmmm..

ni gambo utk tatapan ayah..
tatau kenapa aku rasa muka adam sama gila ngan adib masa baby..hehe..

adib skang ni asyik nk baring dekat ngan adik dia je..ditepuk2, di cakar2..haihhh..

yg si adik asyik dok tgk je gelagat si abang tu..:)

pagi td lak, aku dok bertiga je ngan budak 2 org ni..mak aku gi pasar pagi..mak ai, punyala menguji kesabaran..sedih pun ada jugak..

lepas mandikan adam n adib, aku bg si adib ni makan..tgh dok suap adib, adam lak nangis..besalah kan lepas mandi kompem dia nk nenen punya..tp yg si adib ni ngada2 nk mintak suapkan..

berlawan2 la si adam tu nangis2..aku pun siap cakap lagi,'sat ye adam, pas ni turn adam lak..'
tiba2 dia diam je..jenguk2 tgk dh lena..alahai anak aku, siannya dia..pas adib siap, aku pun kendong la adam nk bg nenen..punyala dia tutup rapat mulut dia tu..jenuh aku kejut, siap bukak2 mulut dia nk sumbat tp dia tamau..adui, sedih tau..xkan dh pandai merajuk kot..huhu..last2, biar la dia lena dh dia xnak minum..huhu..

haai..last2 tertido dalam kelaparan..:(..sori shayangg.

Saturday, July 30, 2011

Wajib Para Suami Baca.Dari Lelaki Untuk Lelaki

*Artikel ini aku copy paste dr akhbar Sinar Harian, 29 Julai 2011. Aku nk share sebab rasa cam best je..hehe..sbb yg tulih pun lelaki kn..

Kolumnis

Hitung jam tunggu bulan beranak

oleh MUHAMAD MAT YAKIM

7/29/2011 7:54:04 AM

Mak Bulan sedang sarat mengandung dan jika ia jadi beranak lusa, tulat kita akan mula berpuasa. Setiap kali puasa, banyak perubahan berlaku terutama bagi wanita.

Tidak! Saya tidak bercakap mengenai kegagalan atau kejayaan usaha menurunkan berat badan. Sebabnya, di negara kita yang aman makmur ini, tidak perlu tunggu hari raya untuk melihat gagalnya seseorang (baca: wanita) menguruskan badan. Melihat juadah berbuka sahaja sudah cukup untuk beri jawapan. Apabila tiba hari raya, majlis rumah terbuka akan memakmurkan lagi bentuk tubuh masing-masing.

Apa yang saya maksudkan dengan perubahan ialah jadual harian. Pada bulan puasa, saya percaya ramai wanita berasa lebih terbeban dengan pelbagai tugas tambahan. Orang lelaki bagaimanapun tidak banyak berubah melainkan terawih. Kadang-kadang kedengaran juga suara iri hati, kononnya wanita lebih bertuah kerana ada cuti. Mereka yang rasa begitu barang kali lupa, cuti itu bukan free tetapi perlu diganti. Entah mengapa, hal yang remeh lagi semula jadi seperti itu yang dicemburui...

Kerana cuti, ada suami tergamak buli isteri. Segala kerja rumah awak cuti, awak buatlah sendiri. Saya puasa, penat, kena banyak rehat ... Itulah hujah-hujahnya! Walhal pada hari tak ‘cuti’ pun, isteri juga yang kena buat itu, buat ini!

Saya percaya, suri rumah sepenuh masa pun sudah rasa terbeban, apa lagi yang bekerja. Tentunya berganda-ganda. Masakan tidak, terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan, daripada membeli, memasak, menyediakan hidangan berbuka sehingga mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga. Itu belum lagi dikira tugas-tugas sedia ada seperti membasuh kain, melipat kain dan lain-lain tanggungjawab yang berkaitan dengan kain serta yang bukan kain.

Semua tugas-tugas itu, secara tradisinya dianggap oleh lelaki sebagai tanggungjawab wanita, bukan urusan mereka atau kerja bersama. Saya bukan ada mala fide. Orang lelaki, pada bulan puasa, pemikirannya berubah lain sedikit. Inilah masanya mereka akan lebih memikir hal ukhrawi, selalu mahu berada di masjid, berterawih, tazkirah, tadarus dan sebagainya. Selain itu, inilah juga masanya untuk bersilaturahim sesama rakan dan jiran serta bermaaf-maafan.

Akan tetapi, di satu sisi lagi, keinsafan itu biasanya menusuk pada awal Ramadan sahaja. Masuk minggu kedua, lepas berbuka biasanya ramai yang hanya mampu berlingkar macam ular sawa kenyang. Kerana itu, tak hairanlah jika lepas raya, ukur lilit perut bertambah hingga hampir menenggelamkan dada.

Tiba waktu sahur, wanita jugalah yang lebih dahulu bangun memasak atau setidak-tidaknya memanaskan makanan sedia ada. Hanya setelah semuanya sedia, barulah dikejutkan suami dan anak-anak.

Tidak! Saya bukan mengata orang lain seolah-olah segala sikap buruk itu bukan saya. Ini daripada pengalaman, yang ertinya saya sendiri juga begitu. Ya, pada masa menulis pojok ini, barang kali ada insaf sedikit tetapi pada kebanyakan masa, saya sendiri pun lupa. Bukankah kita Melayu yang mudah lupa!

Tetapi setidak-tidaknya, sebelum masuk bulan puasa ini, kita renungi, insaf dan hargailah pengorbanan isteri masing-masing. Jika boleh, pada bulan yang lain, sudah puas kita ‘buli’ isteri, bulan puasa ini, berilah peluang untuk mereka berehat sedikit.

Kenangkan sahaja, siang hari, mereka bekerja, petang siapkan juadah berbuka, tatkala mereka mengemas dan cuci pinggan mangkuk di dapur, kita pula berlingkar bak ular sawa kenyang di depan TV. Baru mereka nak lelap mata, kita pula kuis-kuis kaki!

Apabila mereka bangun siapkan sahur, kita masih sedap berdengkur. Pengorbanan isteri memang tak boleh diukur (tapi pernahkah mereka merungut di depan suami?). Mujur, sangat mujur saya lahir sebagai lelaki. Jika tidak, mahu saya tak kahwin sampai ke mati!


p/s: tp tahun ni mybe aku xde la kalut cam thun lepas.sebab amri pn balik
kg berapa hr lg sblum nk raya..pastu dok lak ngan mak kn..hehe..
tp cam sedey lak klu bygkn dia bukak posa n sahur sorg2!huhu..
Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua..

Saturday, October 30, 2010

Awak dah nak masuk 30 dah!


ye..suami ku a.k.a en Amri sudah mencapai umur 29 tahun pada 30 Oktober dan insyaAllah tahun depan akan bertukar masuk ke 30-an..huhu..

selamat hari lahir abg..semoga..semoga..hmm..abg tau kan org nk cakap apa, tamo membebel banyak2..mu pikir seniri deh!hehe..yg penting org n adib sayang abg..:)

uih, kalo aku tanya kat dia nak apa, berderet dia habaq nk tu la, nk ni la..org dh gila kamera kan, nk beli lens la, nk beli beg kamera yang boleh boh laptop la..kalo rega 30 ka, dan2 tu gak aku rembat aih, ni tgk rega nk terkeluaq bijik mata aih..hahaha

so, hari jumaat mlm juz kuaq makan ja..ingatkan dia nk makan yg best2 ka, last2 pizza ja..huhu..dh la masa kuaq aku mmg xbawak apa pun barang adib..pampers ka, kain ka, apa2 la..sebab ingat dekat ja ngan umah..sekali sampai2 OU, adib batuk2 sampai muntah di bahu dan tudungku..bluweekkk..haaa..tp biaq la, lega sket tgk dia wak kuaq semua..malaih nk balik, basuh gitu2 ja..mkn pun dh bau masam muntah dh..hihi..

tup2 amri kata dia dh tau nk apa..aku cam xcaya ja dengan apa yg dia nak..bukan xleh beli, tp..tau dia nak apa..?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
spek ray ban folding wayfarer!aku tatau apa dia farer2 tu, tp aku rasa eiii, beli benda lain la!n serius aku tak sangka sebenaqnya spek itam ni mahai sungguh no!bukan ray ban saja, yg len2 la..isk..kalo tanya aku la, aku xbeli aih spek mahai2 camni..aku xkesah brg2 branded ka dak, tp laki aku kesah kot!hehehe..dia dh lama nk beli ni..seb bek time ni ada sale!aku tanya lagi rega spek ni dia bleh beli lens 50mm n beg yg dia nk tu, tp nk yg ni jugak..ikut suka ang la..lgpun pikiaq2 dia kan selalu outstation drive pi sana sini kan,lantak la..yg penting dia happy..kata besday boy kan..huhuu

so, dh hepi kan..pas ni dia berjalan2 dengan lagak cam org kat bawah ni kot..muahahaha..

sabo je la..yg penting besday i bulan ni jangan lupa tau..ai dh cakap nk apa kan..hihihi..;)
love u!:)

Thursday, August 12, 2010

di dalam dilema.

aku tgh sangap pikir nk setel masalah yg 1 ni..adui
ok, tau kan yg taska adib tu under ofc amri..
so, bulan posa ni waktu operasi depa ikut ofc la, masuk kui 8 balik kui 430..*best kan*

taska bukak lak kui 730, kdg2 720 plg awal..
pastu tutup kui 430..paling lambat kui 5 mmg kena amek dah..tu pn OT.
aku masuk ofc kui 8..balik kui 5..
ofc aku ngan taska adib dalam 15 - 20 min depends ngan trafik.

masalahnya..bermula..
mula2 kata amri xkena o/station bulan posa ni..lalalaalalala..lega la sebab xdak masalah kami bleh pi keta asing2, ayahnya je la kena antaq dan amek adib..aku dengan girang nya drive sorang2 pi ofc xgaduh kalut2 antaq adib, mana nya nk ligan ngan jam yang sangat luar biasa bulan posa ni..huhu..

pastu tetiba dia kata dia kena kuaq lak minggu depan..aku cam pelik la, aik awat tiba2 kena kuaq lak..untuk mengesahkan perkara ni, aku pun contact la kawan ofc dia *gila keji xcaya cakap laki snrik*..mana tau kot dia bukak cawangan lagi satu ka, asyik nk kuaq ja kan..hahahaha..
kira kompem depa kena kuaq..so, bertambah la serabut kepala otak aku ni..sebabnya adib sajork..huhuh

aku boleh amek waktu anjal 730 - 430, tp masa nk antaq pagi tu, kalo aku awai pun taska still bukak kui 730..kompem aku asyik merah ja kalo masuk 430 sebab antaq adib pun dh 730..mana lagi nk ligan pi ofc..kalo masuk kui 8 lak, masa antaq xdak masalah, nk amek tu ja la..aduih la mak!huhuhu..

aku ada s/o kat fb aku..haha..lawak ada member ofc amri a.k.a kawan aku jugak nk tolong amek adib..touching tul la u ni!tp depa tatau betapa mencabarnya nk amek adib letak dalam car seat..hanya aku dan amri ja yang melepasi cabaran tu..hihihihi...

so..balik ni nak kena bermuzakarah la dengan en amri sambil memikirkan penyelesaian yang boleh di ambil tanpa membelakangi kepentingan ketiga-tiga pihak yakni ayah, mak dan anak..chewah ayat apakah ini..

yg penting anak. tp mak pun penting jugak. eh eh ayah pun.hahaha
wat ever lah.=)

Friday, July 9, 2010

hari keluarga.

malas tul nk update blog lately ni.
asyik bukak blog org lain je..
semangat nk update, dh upload gambaq, tp bila nk ketuk2, dh rasa cite cam basi dah..ahaks!

ni pun kira cita basi jugak la..
hari tu gi family day ofis encik amri..
wat kay wetland, putrajaya..
ok la, makanan dia pun best![makanan aje]

cuaca pun xdela panas sangat wpun aku asyik berkipas je..
yg penting best sebab dapat jumpa kengkawan..
kebanyakan kawan pompuan ofic amri ni aku kenal..
so, ada la teman nk bergosip2 sket..hahaha..
tp ada gak yg xmai..kalo ramai lagi best!
*cik ya n puan yus,awat ampa xmai hah!*

layan je la gambaq, malas nk ketuk dh..hehe
~mak adib je over lebih nk belon~
~makanan dia best!aku siap tapau lagik!~
~mumia paling besaq kat situ..hahah~
~xboleh lepas bawah, kompem abis dikutipnya..~
~sikit hari lagi adib boleh berjalan ye..teruskan berusaha.~

Thursday, June 3, 2010

hadiah ni pun i suka.;)

pas turun dari bukit fraser, terus balik umah je la..tp sebelum sampai umah, gi makan2 dulu..
kami pi kat kenny rogers coz xpenah makan lagik kat c2..konon2 ni dinner anibesari la..:)
yg ni aku belanja en amri sempena hadiah anibesari katanya..belanja makan saja, lagik senang.

so, masa mula2 makan, aku yg pegang adib..dia ni alergic kot dok dalam baby chair..
kalo gi makan mana2, boh dia dalam baby chair mesti meronta2 nk kuaq, rimas kot..
pastu ada budak keja kat c2 dok tgk kami 2 nk makan pun xtenang kan, dia offer la..
mula2 malas nk amek, tp try je la dulu..

ate bila letak dlm kusi tu, elok plak dia behave nye..janji ada benda yg dia pegang..aku bagi je la yg kertas promosi menu tu kat dia, habis lunyai kat tangan dia..naseb ler..;p
ahhhhh, rasa baru tenang nk makan ngan en somi mata bertentang mata..hehe
agaknya adib tau kot mak pak dia nk dinner anibesari romantika de amor, so dia bg can kali ni..hahahaha


~len kali time makan dok cam ni lagi ek..senang ati mak..:)~

nk tau en amri bagi apa hadiah kat aku kali ni?sebenaqnya xpenting pun hadiah tuk anibesari kan..saja gatai2 kenen2..dapat pi cuti pun syukur amat..

tp aku dapat jugek hadiah..hahaha..ingatkan gelang rantai atau paling2 bb ka, tp dapat ni..sebenaqnya ok jugekkk..hahahaha..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taraaaaaa!!

yeeee...iron puan2..seterikaaaaaaaaaaa..hahaha
tp ni steam iron, tu yg i shukkkee..(sian kan aku, org len dh bapak kurun pakai steam ni, aku je yg jakun)

b4 ni aku pakai iron national yg berat gedabak tu, yg tu pn banyak oi jasa dia..aku pun suka yg berat2 ni, mcm tekan2 nk bagi ilang kedut tu..yg steam iron ni ringan ar, cam xbesh..
tp si amri ni kemain beria kata yg ni lagi senang..so, pasni dia xpayah la dengaq aku membebel2/mengeluh time iron coz nk kena iron baju berbakul2 tuk 2minggu sekali kan..

so, aku ni nk kata bodo alang malu nk ngaku, tp hakikatnya untuk tika saat itu, terbodola jugak..
dh nama iron steam kan, kena la boh ayaq kan..aku bantai iron bodo cam tu ja, mau x bunyi shuhhh2..berasap2 ha..hahaaha..
kena tgk ngan amri mau xkena bantai kan..haih, jangka hayat iron ni aku harap lama la...

eh, tp senang kan guna iron cam ni..sekali zass je kedut ilang..wah, suke la makcik!camni kena iron tuk sebulan terus pun aku rela (hahaha.mohong pait)..

*tetibe rasa nk iron je segala baju yg ada..cewi*..hehehe

*tengs en somi!,i like dan sangat2 membantu!patutnya beli dh lama lagi..:)

Wednesday, March 31, 2010

mak borek anak rintik?

don't sodomize me!!
kata somi aku.
jgn wisau.
xdak sapa aih nk sodomi dia melainkan aku.

hahahaahahahhaha...xpaham kan?sat aku cita.

adib lately ni (sebelum ni pun) mmg tidoq buaih ya amat.
sangat2 buaih.
amri beli katil tuk dia sorang2, tp dia nk himpit ngan kami gak.
katil tu kecik kot kat dia.coz malam2 mesti dia teriak n masa aku nk amek dia kepala dia dh menunjal tepi katil dia.

"jgn biasakan adib tido ngan kita.."
"nk wat camana dia yg takmo tidoq kat katil dia"
"dah dibiasakan"
*malas ar nk layan*

akhirnya, bukan takat katil dia terbiaq camtu ja, ngan katil kami pun sama wat hiasan ja kat bilik.
sudahnya, bentang toto kat bilik sebelah, bergelimpangan la 3 beranak ni.
tiap2 malam mmg aku terbangun kena tendang ngan adib.
kalo sebelum aku tdoq dia masih di tempat asalnya, tgh2 malam aku bangun mesti dia kat ujung kaki aku atau kaki ayah dia.
"eeeiii, seb bek abg xsepak adib malam td" (bergantung perbualan pada hari apa)..

masalahnya, bila aku terbangun, kepala aku kat pinggang ayah adib.
kepala adib kat kaki aku. (sila bayangkan)
tp ayah adib statik tidoq luruih ja.
dr start tidoq sampai bangun tidoq, mmg xberganjak.serius.

*jadi, adib ikut siapa?*

"ikut ang la"..tuding laki aku kat aku.

mengadu kat en somi.
"xtahan la bang, adib asyik menyondol ja org ngan kepala dia.camana nk dapat sleeping beauty kalo lagu ni"

serius, aku tatau pasaipa asyik aku yg kena.

"haaaaa!baru ang tau camana rasanya kena sondol!"
hahahaahahah..got it?
"tp org sondol ngan kaki ja.."
"xkira la, sama la.rasakan.padan muka."

habit aku sejak dulu, nk bagi tidoq lena, aku suka sondol sapa2 yg tidoq sebelah aku dengan kaki.hahahah..
kadang2 dengan sedar, dan kadang2 tanpa sedar. nak wat camana.
laki aku akan bgtau keesokan paginya.
"sakit tau x?!u sodomize me!" (ayat sodomi ni dia guna sejak kes profil tggi tu la.paham2 saja ek)
*aku senyum sumbing saja*
kihkihkihkih.

bila aku lak kena sondol ngan adib, dush2 la kena perli ngan en somi.
jadi, adib ikut aku kah?huhuuhuhuhu...
~mula2 bg tido camni..(tahan 3 minit)~

~pastu otomatik akan mengiring.~
pastu lagi tunggang langgang ikut mana dia nk landing.

~eiii..budak ni wat aku geram nk geget2 pipi ok.~
p/s: gambaq masa adib nk masuk 5 bulan.

Friday, March 12, 2010

nampak perbezaannya?hehe

sebab lama sudah aku biaqkan blog ni bersawang..jd ni..
entry soka hati.. n ntah hari bila ntah..;p

en amri ni suka sangat bawak adib guna menatang alah ni..dulu masa adib kecik lagi, mukanya ngadap badan si ayahnya la..pastu dh keras badan ni kan, so, aku suh la ayah nya try ngadap adib ke depan lak..
gambaq belah kiri tu masa kami pi care4..aku dh nampak pelik dah awat adib dok dlm tu macam hulk hogan je jadinya..muahaha..tp si adib ni relax je..xde la dia rasa xselesa je, cuma aku je nampak tangan dia cam tergantung2 ha..haha..

pas aku balik dr kursus kat morib tu, baru la si ayah nya dapat tau cara betul letak adib kot depan nih!
gambaq belah kanan tu baru betoi..haaa..nampak la selesa sket si adib tu duduk dlm tu..hehehe..
cian adib kan..apa la ayah ni.;p

sekian..(amek mood untuk wat entry dengan lebih banyak lagik)..hehe

Saturday, February 27, 2010

boleh pun..saja ja sebelum ni.

hmm..

kisah aku  ngan en amri la..

sebelum ni punyala beria2 xmau mandikan adib..bila aku suruh, asyik geleng pala je..takut la..xberani la..mcm2 lagi la alasan dia bagi..

semalam mencipta sejarah tuk en suami..*sebab tu kena masuk blog ni*hahaha..

mau tak,aku nak masak..lapor maa...tp waktu mandi si adib dh dekat..kalut aku..kalut..

si ayahnya dh siap bogel kan si anak..

'maknya (cam org dulu2 kan), cepatla bg mandi adib dulu..dia dh bogel ni..'

kdg2 geram aku tau..dh xde keje, gi la mandikan budak tu..aku yg tangan cam lipan (tipu betoi) ni kalut nk ligan semua benda..

aku xkira..kali ni aku kena bertegas!

'abg la plak mandikan adib..abg buat konon2 org ni dh mati..nk tak nak abg kena juga mandikan adib..' mak ai alasan mmg gaban punya.xbley blah btoi!

pastu senyap2 aku dengar kocak air dlm toilet..tgk2 budak tu dh basah kena rendam ngan ayah dia..haaaa..boleh puunnnnn..terus aku amek video..(kata maknya sebuk kat dapoq kan..hahaha)..xbley lepas ni moment ni..kena rakam jugak..hehe

boley aje pun..cuma kekok je lagi..n rambut dia xsyampu..haha..

bangga tul aku*

n pagi ni pun aku kerahkan jugak en amri mandikan adib..n ada peningkatan..hehe

p/s: mggu depan aku nk berkursus 3hari..sebab tu kena bg siap sedia dia jaga adib.tp dengar nya merengek nk ikut, xberani jaga sorang..huhu..kalola aku xberani jaga sorang, jenuhla aku mengikut suami outstation je..abih cuti..huhuhu..

p/s 2: videoxdapat upload la plak.berjaman menunggu.bayangkan snrik ja la.hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin