Followers

Sunday, March 18, 2012

2 minggu tak lama,kan?huhu

ini gambar kami berempat pagi tadi..@ stesen erl putrajaya..
menghantar amri ke KLIA, sebab dia nk tinggalkan kami anak beranak dua minggu..2 minggu uols.huhu..
xdela, besa la, dia kena oustation kat sarawak sana..
aku nk la menghantaq dia ke airport, nak bawak adib naik erl jugak..adib suka sgt nek erl, nek chungginton katanya..

having breakfast @ KFC KLIA..

tapi kali ni tetiba rasa sedih lak..n rasanya amri pun ada manyak sedih jugak.huhu..
sebab masa amri dh nak masuk balai berlepas tu, adib nk suh dia dukung je.pastu time tu amri ckp ngan aku boleh ke aku control nnti nk balik ngan budak2 tu..
so, aku amek apa ke nama troli beg tu kan, letak adib atas tu..
so, pas salam peluk cium amri, amri pun usap2 belakang adib, aku suh amri masuk cepat..time tu alih perhatian adib sket, xbg dia paling tgk amri..so, dia xperasan la ayah dia dh masuk..air mata aku bergenang2 je la, malas la nk buat drama air mata kt situ lak..

pengalaman yg xdapat lupa bila aku lari nk ligan erl, masa tu tinggal 2 minit ja, rasa mcm dan tapi kakak kt kaunter tiket tu punyala lembap nk bg duit baki, terkedek2, aku cakap cepat sikit boleh, train nk gerak dah tu..
masa dia bg duit belen tu terus aku cempong adib turun eskalator, lari laju2, masa tu dh tgl 0 minit ja, ngam2 masuk dlm, train pun jalan..
pastu sampai2, adam lak xmau dok dalam car seat..punyala meraung bagai nk gila, last2 aku biaq je la dia dalam bjorn, bawak keta skali ngan dia pun nk pegang stereng..mmgla xboleh tapi nk buat camana..mujuq la dekat ja umah..

hari ni berperang sungguh aku ngan depa..pak depa xdak ja, hari ni tugas aku asyik ulang alik pi toilet basuh berak depa ja..makan, berak, makan berak..sampai mak depa nk berak pun xdan..huhuh..

so, ibu tinggal lagi le saya 2 minggu ni..hehe..selalu amri balik jugak weekend kalau ostation 2 mggu, tp sebab dia di seberang laut sana, maka hujung bulan ni insyaAllah kita jumpa no..kalau la family ku dekat..huhu..ahh, no hal la abg..*wuuaaaa*..

jaga diri di sana, doakan org tak 'darah tinggi' di sini..hehe..

Sunday, March 11, 2012

Safety harness

selepas trauma (*sangat okeh*) dengan kejadian adib hilang minggu lepas, ramai kawan aku suggest suh pakai ni antaranya mek anis tu yg dh pun beli..hehe..tq mek!

aku xde la beli lagi..terasa2 nak beli tu pun xsampai lagi.
bincang dengan somi pasal nk beli ni pun xlagi.
aku rasa benda ni kalau kat negeri omputih sana dh besa la kot benda alah ni..
so far aku penah nampak sekali je chinese family pakaikan kat anak depa. time tu aku nampak macam kesian je kat budak tu..

tp bila pikir2, daripada cuak anak lari merata, bek amek langkah pencegahan kan?!
kita je la yang tau anak kita camana, kalau anak hilang ada yg nk ganti?xde der..huhu..
maybe ada antara ampa dh pakai n ada pendapat / cadangan dialu2kan!hehe..

stress.

boleh x skang ni dh pikir nk berhenti kerja?huhu.
kan best kalau boleh wat bisnes dari rumah. *angan2?
ikutkan panjang umur nk pencen lagi 26 tahun ni..fuhh!mudah2an diberi kesihatan yang baik..

tapi cemana ni, kerja rasa stress ahhh..huhu..
kerja kt tempat baru ni best, tapi..hmm..apa ya, environment kot..tp environment tak jugak, sebab dapat geng yg best, workload kot..arghh..
kat sini rasa mcm bermimpi la nk balik keja on time. paling2 kul 6.
kalau kt tempat lama dulu, kui 5 kami dh beratur nk punch card.hahahaha
terasa sangat kalut dgn keja yg non-stop. pastu xdan nk catch up keja yg satu ni, mai pulak satu lagi, dan lagi, dan lagi..

pastu aku tgk officemate kat sini mcm xkisah je balik lambat, kdg2 aku terpikir, 'eh, ampa ni xrasa nk balik tgk anak ka,tgk laki ka?huhuhu..
aku penah kena sound bila aku balik kul 540 petang. "eh, nk balik dah ke?awal balik?"
kalau ikut hati aku, nk je aku menjawab " kak, saya bukan balik awal, kalau balik awal tu maksudnya balik awal dr waktu keja.saya balik lepas waktu saya habis kerja.."
*tu jawab dalam hati je la*, sebab time tu baru lagi kan..
tp skang kalau aku nkbalik, ada org jeling bagai, sindir2, ai wat dunno je..*ai xnak kawen dgn ofis bak kata ofismate ai*.hahaha

cukup2la 9-10 jam aku kat ofis, balik umah ada SKT lain lak ngan family..hmm..
pastu yg aku peratikan, kat tempat keja ni ramai wanita yang xkawin lagi..maksud aku yg melebihi 30 tahun ke atas. n aku peratikan life depa mmg kat ofis je..ye la, kalau ikut dorang xde komitmen nk pikir pasal anak @ suami, so hidup berkisar tentang keja je.
dan aku buat analisis sendiri, kalau ada antaranya xnampak tanda2 nk settle down, bila depa di tampuk atasan nanti, aduhhh, cuak aih..sebab org yg ada family ja faham masalah anak xsehat, laki xdak..wuwuwuwuw..aku berdoa semoga sampai jodoh buat mereka..amin..

hmm, tu jela, xdak point sangat pun, nk meluah perasaan ja.
p/s: abang, ai nk berhenti kerja jadi surirumah jaga anak boleh?:)

Saturday, March 10, 2012

Jauh dimata dekat dihati.

sekarang ni aku outstation kat kedah.
amri pun o/station jugak.
dah laki bini kena keja mcmni, maka anak2 bahagi la sorang satu..
aku of coz la kena amek yang kecik, dh nk bg nyusu kan..

tinggalkan adib lepas insiden dia hilang tu, hati ni membuak2 rindu kat budak tu..
bukan xboleh bawak, tapi tiket flight kemain mahai nak mamps.
so, xpela, tinggal je la ngan ayah ye..
makanya, bila dh berjauhan, video call la kite ye..
mujur gak fb skang dh boleh wat VC..
wpun xpuas xleh peluk cium, tp at least dapat sembang dan tgk muka..hehe

saya rindu sangat dgn lelaki dua orang ini!hehe..
esok insyaAllah dah nak balik KL, xsabar nk jumpa adib!ayah dia pun dh rindu nk jumpa adam..hehe..
tadi bestnya dengar adib sebut 'i miss mak!'...:)

Wednesday, March 7, 2012

8 minit paling lama.

Xpasti aku 8 minit ke 10 minit. Tapi 8 minit tu la jangka masa paling lama aku rasa sepanjang hidup.
Adib hilang. Tu baru hilang sekejap (wpun aku rasa paling lama), macamana la perasaan yg hilang anak berbulan dan bertahun lamanya..huhu

balik keje semalam dah lambat , pastu terus singgah food court kat presint 9 tu. Biasala, bila amri outstation, aku jarang masuk dapor, mmg xsempat punya. Huhu..aku kendong adam dalam bjorn, pastu pegang adib. Aku terus tuju ke gerai yong tau foo je sebab adib pun makan (bersup).masa tgh beli tu, dia dah xnak pegang tangan aku, berlari2 dia.so, sementara tunggu org tu siapkan order, aku pun tgk2 la dia. Sebab gerai tu dlm bentuk bulatan, jadi adib lari keliling bulatan tu je la..aku pun ikut la dia berlari.

Then, bila dh siap, nk bayar, aku cakap la ngan adib suruh ikut aku.aku dh tarik tangan dia. Masa nk hulur duit bayar, aku kalih tgk adib dh xde. So, aku pun lari la keliling bulatan tu sebab dia mmg main kot situ je tadi. Aku ingatkan sebab dia pun kejar aku, jadi kalau aku pusing pun, sampai bila kan. Aku pusing lak lawan arah jam, tgk memang dia tak ada!

Aku dah cuak, tapi hati mcm kuat kata yang dia akan patah balik kat aku. (selalu macam tu).
Tapi hati rasa risau lain macam sebab xdengar suara dia menjerit ke, berlari ke, terus aku pun berlari pusing food court tu.masa tu tak terpikir dah adam terhenjut2 ikut aku berlari. Puas aku pusing mmg aku xnampak pun dia. Kat hujung kedai aku nampak ada 3 orang budak 3-5 tahun dok berlari2.. aku agak dia join budak2 tu. Tgk2 tak de jugak. Mmg berdebar2 sangat, aku mmg mencari mcm nk gila, Cuma xmenjerit mintak tolong je lagi. Tapi org yang jual yong tau foo tadi mcm perasan dan dia tanya “ anak akak hilang ke?’’. Terus aku angguk dan lari lagi sebab aku takut adib mcam nampak aku dan dia otw nak pegi kat aku tapi sebab aku pegi kat tempat lain dia xsempat kejar.

Arghh, mmg aku takut sangat. Dah terbayang mcm2. Aku lari ke jalan besar, sebab kat depan tu ada playground. Tapi rasa xmungkin dia nak lintas and org xperasan. Aku berlari lagi masuk food court and time tu org ramai mcm dh perasan sebab aku mmg dh gabra and mula nangis. Aku tau kalau amri ada dia mesti suruh aku tenang dulu tapi aku mmg jenis kalut xboleh nak pikir apa2 dah. Aku tanya budak2 kat satu meja ni sebab aku tau dorang mmg perati aku berlari dr mula. *berapa kali aku ulang alik lalu meja depan depa*. “ada nampak x budak laki pakai bla2, dlm 3 tahun?’
“ dua orang ke kak?”
“ x, sorang je”. Sebab kan td ada 2-3 org yg berlari2 kat hujung tu kan, so aku rasa depa ingat salah sorang anak aku kot.
Aku xtggu depa nk tanya atau jawab, aku terus cari lagi, tapi time tu depa satu meja bangun terus cari dan buat bising “oi tolong la cari!”..aku mcm xnampak apa2 dah, terus blank je. Air mata jangan cakap la.

Dalam 3-4 minit lepas dorang bangun tu, aku dgr bunyi bising, n aku terus lari. Hati berdebar gila dok pikir depa jumpa adib tp mungkin dia cedera ke apa. Aduh mmg rasa mcm jantung kat luar. Pastu budak laki tu cakap, “akak2, ni anak akak, dia kat bawah sana.”

Alhamdulillah,. Tu je yang terpacul.
Adib senyum kat aku, mmg badan dia dh basah lencun dgn peluh.
“mak, cat!meowww2”
Boleh ang sengih2 kat mak mcm tu adib oi!

Astaghfirullah.
“adik jumpa dia kat mana?”
“kat tangga bawah tu, dia dok main ngan kucing”

Lepas ucap terima kasih tu, aku terus cempong adib masuk keta. Aku dah tak pikir koang nk cakap apa pasal aku, lantakla. Tapi budak2 kat meja tu dok tepuk tangan la. Kalaula adik2 tu xbangun awal, aku pun xleh nk pikir dah.
Mmg masa sampai tu ada sekor kucing tengah duduk depan keta kat tempat parking. Adib mmg sebuk panggil kucing tu, aku xsangka lak yang dia sampai pi cari kucing tu. Buatnya kucing tu kat tgh jalan, nauzubillah. L
Ataupun org bwk lari ke..Ya Allah, bersyukur sangat2 jumpa adib.

p/s: Abang, benda ni pun abg kena beringat sama sebab abang selalu yakin adib akan lari balik kat kita kalau dia berlari2 kat shopping complex. Memang selama ni kalau dia berlari abang akan tengok dia, dan eventually dia akan balik kat kita, tapi kalau dia terus hilang?
Mmg adib jenis hyper sangat, xtakut dengan orang. Ada sekali tu sorang amoi penah marah amri kot, sebab time tu adib berlari kat alamanda, then dia akan terus baring kat hujung. Amoi tu cakap, “walaupun dia dok depan mata u all, tapi kalau orang nak bawak lari sekelip mata je dia ambik.”

It’s very true.

Moga jadi pengajaran buat kita semua ibu dan bapa. Walaupun sekejap je jadi kat aku, tp mmg rasa sangat terseksa. Alhamdulillah.
Bila dia tgk aku nangis n lap air mata, baru dia tenung aku n start nangis. Bila aku tanya, “awat nangis lak?suka la buat mak nangis mcm ni?”
Baru dia cakap “takuuutt”.


ni bukan la 1st time aku bawak budak2 ni pi kedai. dah tu kalau amri outstation, xkan la aku xsinggah kedai langsung. kalau sempat aku beli barang waktu lunch, aku buat, tapi kalau x mmg terpaksa la..

Hmm..dapat tgk adib lena semalam rasa bersyukur sangat. Terus terbayang ibu sharlinie yang sampai skang xjumpa2 anak dia. L..semoga Allah melindungi.

Saturday, February 25, 2012

Hargai masa

Masa sangat2 pantas skang kan?
kalau boleh nak lebih dr 24 jam.sebenaqnya, 24 jam Allah bg pun cukup, tapi sebab ketahanan badan xberapa nk kuat, jadi tiap kali nk ngadap blog, bantal memanggil2..huhu..
serius, sangat penat sekarang ni..bak kata kawan aku, balik dr ofis pun lepas matahari terbenam..huhu..
sapa kata keje gomen goyang kaki saja?banyak cantek.

mak bizi, ayah lak bizi nak panjat gunung..kemain banyak lak training..lagila bertambah penat.

okla, idea ada, tp mood xdak..bantal dh panggil.saya perlukan tido yang berkualiti.eceh.

Tuesday, January 31, 2012

dah start jadi ibu tinggal balik.;)

kata penat tapi dok online jugak kan.
setelah 2 malam anak2 kejakan mak depa, malam ni tiba2 bdk2 tu lena awai lak..awai dr kebiasaan la, adib 830 td dh lena setelah mak dia cakap ada dinosour nak mai makan dia.huhu..kejam kan, tp aku mmg penat sgt tadi.sampai umah azam maghrib tgh berkumandang, pas solat main sat ngan depa 2, terus ajak lena.sedih2.pastu setel suma basuh botoi, lipat kain, basuh kain, sidai kain, solat,makan, nk baring..tp xleh lena lak.jadinya saya nk menjengah blog saya yg hampir2 bersawang.;)

ye, aku dh jd ibu tinggal balik.hehe.sejak amri tukaq dept, dia xdak la selalu ostation mcm dulu.kalau kuaq pun tidoq semalam je la, pastu balik.paling lama 2 mlm kot.jadi xla terasa sangat.pastu skang ni dia dh start buat sistem balik, so nampak gayanya mcm nk balik ke arah lama plak la..kuaq sampai seminggu..so, ni baru malam ke 3, insyaAllah jumaat nnt dia balik.

yg bertambah2 penatnya sebab skang ni kat ofc tgh bz ngan compile data..aku balik tu rs mcm dh flat dh, pastu dgn adib asyik cari pasai ngan adik dia buatkan mak dia asyik nk jadi singa ja.huhu..
dulu masa adib pun aku dh kelibut, tambah 2 pulak.
tapi mcm ada bezanya cara aku menanganinya.chewah.hehe

aku rs kalau sapa2 yg kena tinggal ngan laki mesti paham apa yg aku rs.kalau anak2 dh besaq mybe len cita, tp ni sorg tgh baru nk blajaq fasih bcakap, sorg lg asyik nk memanjat je kejenya.adib waktu pagi ja dia baik ngan adam, manja2, sayang2 adik dia. tp mlm2, aduih, asyik cari pasal ja.yg si adam lak lagi nk mencabar abg dia.

aku rasa adam tu dh kental kot berdepan dgn adib.apa la yg dia xkena, semua dh kot.
kena tampo kat kepala ngan adib.
kena ketuk kepala dgn remote.
kena baling botol susu dgn adib.
kena pijak / adib duduk belakang badan.
kena tolak masa dia tgh duduk, jatuh terlentang.
tangan kena gelek ngan beskal adib.
semua dah.
nangis adala seminit, pastu panjat lg bdan abang dia.

masukkan dalam cot?dah, aku dh buat, sama ja.time tu jugak adib baling botol susu, kdg dia tarik2 tangan adik dia kot celah2 katil.kalau patah kang naya..pastu aku masukkan adam dalam high chair tu, bawak dok sebelah aku sambil aku basuh botol susu. dah si adib pulak meraung2 nak duduk dalam tu jugak. padanla ampa 2, masing2 xboleh tengok masing2 senang dan xboleh tgk mak ampa senang.

aku ni dh tension nk leraikan depa dua.mmg note sora tinggi la marahkan adib, pastu tarik napas dalam2, cakap elok2, "xbaik buat camtu, sayang adam cepat" ..pastu dia amek la tangan adam, dia cium skali ngan dahi. selang 5 minit pastu, buat balik.haihhhh..

sudahnya kul 11 mlm baru mak depa baru dapat makan.:(..penat toksah nk habaq la.
tu time aku boleh la dukung adam kalau depa dua dh nk bergusti, cer time aku solat n masuk toilet.hmm, kadang nk tergelak pun ada. smlm solat kat bawah, malas nk nek atas. dgn adib nek beskal dia dok benti depan aku, pastu adam lak dok panjat, pastu masuk bawah telekung. bila aku kalih dia, dia dh merayap pi kat dapoq.

so, td aku bawak depa nek atas, solat kat bilik atas.aku kunci bilik, bagi depa 2 dok atas tilam.ada 3 tilam, satu hat tebai, 2 tu yg besa ja. so, xla risau sangat. tp besala, dua org tu mana leh dok diam kan. adam mcm besa, nampak aku solat, terus dia pi, nk masuk bawah telekung, duduk depan aku nk sujud tu.time dia dok ralit tgk aku, adib selamba ja mai tolak dahi dia jatuh terlentang, aku yg tgh dok solat ni dh berderau, solat diterima atau x, Allah ja tentukan.tapi pelik adam xteriak pulak.dah terlentang tu, adib pi geletek si adam sampai dh nk keras budak tu gelak.tgk muka pun nek merah dah. seb bek la solat 3 rakaat x jadi 4. Allah....aku bagi salam ja, tgk dh benjol kepala adam.boleh gelak lagi tu. tgh dok doa, adib dok melompat2 atas tilam, boleh pulak si adam join sama.aku cam xcaya lak,ang tu 6 bulan ka 10 bulan adam oi..mmg la dia xlompat mcm adib, tapi dari tilam tebai tu dia lompat siap depa tgn tu ikut adib.dok la bergelak sakan 2 org tu.agaknya tu yg lena awai kot 2-2, penat gelak.

kalau aku masuk dalam toilet melayan hajat tu, tetiba terdengaq lak adam teriak, aduih berdebaq ati apa lak la yg kena budak ni. ta*k nk terkeluaq pun dh termasuk balik. bila kuaq tgk, rupanya kaki dia tersepit kat celah baby cot, nk pusing xboleh.hehe

dulu masa amri ostation masa anak sorg dulu, sejujurnya, benda ni mmg jadi bahan nk bergaduh je ngan dia.adib teriak sikit, aku ringan je tangan nk msg dia.aku stress penat n tension, cepat je aku sms dia provoke kata xadil bg aku jaga anak sorg2 la..mcm2 r..then sampai aku mintak dia cari keja len bila adam dh lahir, xsanggup aku nk handle sorg2 dua anak. tp bila dh 2 org ni, aku dh jadi mcm ah lantakla.

                                         
                                                                               *tolong2!!*
kdg2 setan nk hasut tu rasa mcm nk cari gaduh ja, time bila rs mcm nk patah pinggang ni rs nk msg ckp 'ini tidak adil, tidak adil bagiku..oooo"..hahaha..tp rasa mcm membazir ja masa nk gaduh kalau ending dia akan keluar ayat ' nak buat mcmna dh keja mcm ni'..so, no point la kan..bek buat tatau ja.kalau rasa tensen tu, time dia kol tu pass ja la fon kat adib.so, aku dh malas nk bazirkan tenaga aku nk cari gado ka apa, lg penat kalau muka masam kan.satgi kalau dia kol aku cakap xpuas ati ka apa, meleret2 pulak, benda xmenyumbang apa2 kesan pun, macamla kalau ada masalah seperti lutut adib tersekat kat high chair xleh nk kuar, ataupun jari adam berdarah kena tayar beskal adib, amri akan muncul depan pintu rumah kan?uu scary!..jb bukan dekat bai.;)

jadi, ai rasa cara tu berkesan buat diriku. dan tiba2 rasa oo, xdakla susah sgt handle 2 budak ni, cuma time depa 2 nek hangin tu kena tahan ja la.namun begitu, suami juga boleh membantu isteri mungkin dengan melayangkan sms seperti berkata "awak dah makan?mesti awak penat kan, tp jgn lupa jaga diri. saya sentiasa ingatkan awak, awak adalah seorang yang hebak!saya sayang awak!" terus jadi semangat kan.xheran la kalau 5 anak pun.kalau je la.mungkin lagi bagus sekiranya membawa balik ole2 buat isteri walaupun hanya dari kedai bundle.hmmm..hilang segala rasa penat. ni dh la penat bekerja, pastu balik dikerjakan pula.eh.*eh, ni ayat dr bos aku dulu, sampai bila2 aku ingat*.;)

apa2pun, ni adalah pengalaman jadi sorang mak dan kdg2 buat aku bangga lak dgn diri sendiri.hehe.
ok dah la, terpanjang pulak entry ni.ada kesah.butang X kan kat atas tu.;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin