aku mmg nk jugak luahkan pasal ni..
aku rasa kita yang bergelar manusia (yang ada kesedaran) mmg akan rasa geram, marah, sedih, dan macam2 lagi dengan kejadian terbaru yang berlaku yang menunjukkan keangkuhan israel..
mmg termaktub yang Israel (yang sebenarnya bukan negara pun) adalah sangat kejam sekejam2nya..
aku bila baca berita pasal mangsa2 tawanan kapal konvoi yang menghantar misi bantuan kemanusiaan di serbu israel laknatullah ptg semalam, tengah2 drive keta ni laju je ayaq mata ni jatuh..terketaq aku istighfar bila dengaq..tambah2 bila dengaq radio ikim yang buat liputan pasal kejadian ni, dan ramai lak yg kol bagi pendapat, lagi la..
mungkin kita terkesan sebab rakyat malaysia terlibat sama..
xkesah la tp sebenarnya mereka yg terlibat tu adalah sahabat2 yang ada keberanian dan sanggup meninggalkan kesenangan demi membantu golongan yang memerlukan. Maha Suci Allah memberikan rahmat kepada sahabat2 kita..
aku copypaste dari blog en. azhar mengenai apa tindakan yang boleh kita buat sebenarnya..kita mmg xdapat pegi sana untuk membantu, tp doa kita ramai dengan seikhlas mungkin dapat membantu mereka agar Allah memperkenankan doa kita semua, insyaAllah.
semalam kat masjid area umah aku ada wat solat hajat lepas Isya' untuk mendoakan keselamatan sahabat2 kat sana..alhamdulillah, aku sekeluarga dilapangkan masa untuk turut serta jugak. dan aku tgk ramai yang terkesan dengan doa yang ustaz tu bacakan..kita kat sini pun boleh buat masa sembahyang fardhu..iaitu dengan baca doa Qunut Nazilah masa rakaat akhir..macam kita baca doa Qunut solat subuh jugak, tp ada doa khusus.
kalo xhafal doa pun, (mcm aku) doalah apa yang kita fahami asalkan ianya untuk tujuan kebaikan umat Islam keseluruhannya..fakta pasal Qunut Nazilah ni aku copy dari blog en azhar tu:
Terjemahannya :
"Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufurYa Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Fakta Qunut Nazilah :
-Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.
-Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.
-Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini.
-Bacaan ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:"Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran." -Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-
Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.Dari Abi Hurairah RA beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".
2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Hanya tu yang mampu kita buat..teruskan berdoa..semoga Allah melindungi kita semua, amin...
3 comments:
tq cik ah bg info pasal qunut nazilah ni.
insyaAllah nanti kita amalkan.
:)
kami pun baru belajaq gak..benda baik sama2 kita kongsi, kan?:)
sharing is caring...thanks untuk info penuh bermakna ini...kita doakan untuk mereke yang teraniaya...insyaAllah
Post a Comment