Followers

Thursday, June 18, 2009

~statement xbley blah..~

salam..
wey, aku baru balik dr kampung semalam..
penat badan aku nek bas xilang lagi..
tp, tu cite len kali ar..
aku bukak mstar online pagi td, tetiba je terbaca kesah mamat ni..
korang baca dulu eh..

Iqram: Tidak semua lelaki lembut itu 'gay'

MODEL dan pelakon popular Iqram Dinzly mempunyai fikiran tersendiri ketika berbicara mahupun membuat penilaian tentang soal 'lelaki lembut.'

Bagi Iqram yang tampil baru-baru ini sebagai tetamu khas dalam program 'Wanita Hari Ini' (WHI) TV3, dia bersikap agak terbuka dan tidak suka menghukum.

"Tidak semestinya semua lelaki yang berwatakan lembut itu 'gay'. Semuanya terpulang kepada tafsiran masing-masing," kata pelakon popular yang pernah digosipkan dengan aktres muda Fouziah Gous.

Selain Iqram, seorang pelakon lagi Fizzo yang menjadi tetamu WHI, telah diminta memberikan ulasan tentang lelaki lembut. Secara jujur, kata Iqram, dia juga pernah dilabelkan sebagai 'gay' dan dia agak marah juga pada mulanya.

Pernah terjadi, beberapa tahun dahulu, Iqram mengaku dia diperli berwatakan lembut dalam satu program TV. Waktu itu, dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya dan terus naik angin dan meradang.

"Tapi kini, terpulanglah...apa orang nak cakap. Semuanya berbalik kepada tafsiran. Setiap manusia ada pandangan mereka sendiri.

"Seperti kebanyakan perkara, terdapat pro dan kontra cara kita menilai sesuatu itu," kata aktor yang nama asalnya Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin.

Anak kelahiran Perak Darul Ridzuan yang berusia 28 tahun ini turut berkata, "Bercampur dengan lelaki lembut tidak bermakna kita juga akan terikut ke lembah 'gay'."

Iqram, yang mendapat pendidikan dalam jurusan Seni Persembahan di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, pernah memenangi Bachelor With Not A Hair Out of Place anjuran CLEO Magazine pada tahun 2006.

Katanya lagi, "Kita sebagai manusia tidak boleh cepat menghukum kerana Tuhan saja yang Maha Mengetahui akan niat seseorang itu," aktor yang berbakat dalam bidang tarian ini.

Menurut Iqram lagi, apa yang penting kita mampu mengawal nafsu kita.

"Yang paling penting...bagaimana kita mengekang nafsu kita. Jika kita bijak mengawal nafsu, kecenderungan seperti ini (ke arah gay) tidak akan timbul," kata Iqram yang popular dengan watak "Ijoy" dalam Janji Diana dan "Umar Darius" (Dunia Baru) musim kedua dan ketiga.

'Pemahaman' Iqram tentang isu lelaki lembut ini juga menuntut satu pemahaman dengan minda yang lebih terbuka.

Adakah dia beranggapan yang golongan gay ini berdosa?

"Kalau mereka berdosa, tentu Tuhan dah membuat mereka patah kaki, patah tangan...."

Namun bila diminta tafsirannya tentang apa itu lelaki lemah lembut, Iqram berkata, "Seelok-eloknya biar sederhana dalam penampilan."

"Yang penting dalam kehidupan ini jangan lupa tentang ajaran agama, hormat orang tua dan sedar diri," kata Iqram yang komited dengan kerjayanya sebagai seorang aktor yang versatil.

______________________________________________________________________________________

ok..aku bukanla baik sangat ye, apatah lagi nk judge peribadi seseorang tu..

kita pun bukan cukup sempurna kan..tp, kalo dh wat statement yang pendek akalnye, xke nnti org akan pandang len je..

Adakah dia beranggapan yang golongan gay ini berdosa?

"Kalau mereka berdosa, tentu Tuhan dah membuat mereka patah kaki, patah tangan...."

hahaha..statement ni aku xbely blah sangat okkk..

dh termaktub pun dalam Al-Quran golongan tersebut dilaknat Allah, tp nape ko wat statement camtu gak?

maksud statement tu, kalo golongan gay ni berdosa, mesti skang dorang patah riuk la, gitu?

so, maksud dia golongan tu xberdosa la eh kalo skang dorang sehat walafiat dan bley wat keje2 songsang tu..nauzubillah..

xfaham2..Allah dah elok2 ciptakan perempuan utk lelaki, sebab tu lahirnya zuriat..kalo ko dh sejenis, tang mana lak zuriat tu nk kuaqnya..pelik la fikiran org zaman la ni..yg penting, matlamat tak menghalalkan cara..

aku xkenal iqram ok..tp juz nk pesan memesan, kalo ko xnk terjerat, jgn cakap memandai..balik umah, baca buku balik.;)

6 comments:

NORAIN RAMLI / MEM AIEN said...

ituh statement yg die luah tapi tnpa pemahaman agame yg jelas tuh...
Nauzubillah...
mintak dijauhkan menda yg x elok tuh....

mr.syazwan said...

artis perempuan lesbian xnak cite lak ke??? hahaha

am-rie said...

silap cakap kot...

tukar fikiran,kita berprasangka baik je la, katakan yang dia tu terlepas cakap, otak tengah blur kot..mungkin dia maksudkan golongan yang lembut perwatakannya bukan golongan yang itewww..tak gitew..hehe..lol

tp bak kata karam sing hey wali2.. "terlajar perahu bleh di sorong terlajak kata..kena kutuk jawabnya..ambik seguni"..haha

cik_ah82 said...

aien:
tu la..bak kata lakiku, prasangka baik2 aja dong..hehe..tp mintak2 dijauhkan la..

syazwan:
yg tu den tatau..ni pun terbaca je, so juz nk komen apa yg dibaca je..yg len tu wallahualam..

amrie:
ye pak aji..hehe
ye la, kalo dia silap cakap, bagusla..
kalo betul apa yg dia cakap, kita yang tau ni kenala betulkan..kalo org len silap paham, xke naya dorang bwk pahaman camtu..kan..

She said...

uishh!
apa punye stament la si ikram bebal ni buat?
camne la golongan hartis ni nk tunjukkn contoh yg baik..
kang kalu org kondem lebih2 kang, marah..tp ckp mcm org x skolah je..
chitt! wat malu student uitm je..

nway, sejak2 berlakon citer Matahari tu, xkn nk ubah trus arus kehidupan kut anda wahai incik ikram..hehehe..

p/s : adik sarah, next time jgn wat n3 berbentuk benda2 camni ek? anda sedang berbdn dua..istiqhfar byk2 walau kite menyampah skalipun..;-D

cik_ah82 said...

mommy mel:
xla..org xmarah pun dia..cuma org betulkan la statement tu..xsalah wat entry kalo nk betulkan statement kan..tegur menegur kan amalan kita..hikhikhik..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin