salam..
Oleh AU YEONG HOW
MODEL dan pelakon popular Iqram Dinzly mempunyai fikiran tersendiri ketika berbicara mahupun membuat penilaian tentang soal 'lelaki lembut.'
Bagi Iqram yang tampil baru-baru ini sebagai tetamu khas dalam program 'Wanita Hari Ini' (WHI) TV3, dia bersikap agak terbuka dan tidak suka menghukum.
"Tidak semestinya semua lelaki yang berwatakan lembut itu 'gay'. Semuanya terpulang kepada tafsiran masing-masing," kata pelakon popular yang pernah digosipkan dengan aktres muda Fouziah Gous.
Selain Iqram, seorang pelakon lagi Fizzo yang menjadi tetamu WHI, telah diminta memberikan ulasan tentang lelaki lembut. Secara jujur, kata Iqram, dia juga pernah dilabelkan sebagai 'gay' dan dia agak marah juga pada mulanya.
Pernah terjadi, beberapa tahun dahulu, Iqram mengaku dia diperli berwatakan lembut dalam satu program TV. Waktu itu, dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya dan terus naik angin dan meradang.
"Tapi kini, terpulanglah...apa orang nak cakap. Semuanya berbalik kepada tafsiran. Setiap manusia ada pandangan mereka sendiri.
"Seperti kebanyakan perkara, terdapat pro dan kontra cara kita menilai sesuatu itu," kata aktor yang nama asalnya Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin.
Anak kelahiran Perak Darul Ridzuan yang berusia 28 tahun ini turut berkata, "Bercampur dengan lelaki lembut tidak bermakna kita juga akan terikut ke lembah 'gay'."
Iqram, yang mendapat pendidikan dalam jurusan Seni Persembahan di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, pernah memenangi Bachelor With Not A Hair Out of Place anjuran CLEO Magazine pada tahun 2006.
Katanya lagi, "Kita sebagai manusia tidak boleh cepat menghukum kerana Tuhan saja yang Maha Mengetahui akan niat seseorang itu," aktor yang berbakat dalam bidang tarian ini.
Menurut Iqram lagi, apa yang penting kita mampu mengawal nafsu kita.
"Yang paling penting...bagaimana kita mengekang nafsu kita. Jika kita bijak mengawal nafsu, kecenderungan seperti ini (ke arah gay) tidak akan timbul," kata Iqram yang popular dengan watak "Ijoy" dalam Janji Diana dan "Umar Darius" (Dunia Baru) musim kedua dan ketiga.
'Pemahaman' Iqram tentang isu lelaki lembut ini juga menuntut satu pemahaman dengan minda yang lebih terbuka.
Adakah dia beranggapan yang golongan gay ini berdosa?
"Kalau mereka berdosa, tentu Tuhan dah membuat mereka patah kaki, patah tangan...."
Namun bila diminta tafsirannya tentang apa itu lelaki lemah lembut, Iqram berkata, "Seelok-eloknya biar sederhana dalam penampilan."
"Yang penting dalam kehidupan ini jangan lupa tentang ajaran agama, hormat orang tua dan sedar diri," kata Iqram yang komited dengan kerjayanya sebagai seorang aktor yang versatil.
______________________________________________________________________________________
ok..aku bukanla baik sangat ye, apatah lagi nk judge peribadi seseorang tu..
kita pun bukan cukup sempurna kan..tp, kalo dh wat statement yang pendek akalnye, xke nnti org akan pandang len je..
Adakah dia beranggapan yang golongan gay ini berdosa?
"Kalau mereka berdosa, tentu Tuhan dah membuat mereka patah kaki, patah tangan...."
hahaha..statement ni aku xbely blah sangat okkk..
dh termaktub pun dalam Al-Quran golongan tersebut dilaknat Allah, tp nape ko wat statement camtu gak?
maksud statement tu, kalo golongan gay ni berdosa, mesti skang dorang patah riuk la, gitu?
so, maksud dia golongan tu xberdosa la eh kalo skang dorang sehat walafiat dan bley wat keje2 songsang tu..nauzubillah..
xfaham2..Allah dah elok2 ciptakan perempuan utk lelaki, sebab tu lahirnya zuriat..kalo ko dh sejenis, tang mana lak zuriat tu nk kuaqnya..pelik la fikiran org zaman la ni..yg penting, matlamat tak menghalalkan cara..
aku xkenal iqram ok..tp juz nk pesan memesan, kalo ko xnk terjerat, jgn cakap memandai..balik umah, baca buku balik.;)
