Followers

Wednesday, May 16, 2012

Isteri mana yang tidak berleter,kan?


wah, sapa kah isteri yang penyabaq yang tidak penah membebel,kan?
sikit banyak mesti ada membebel punya.
aku ni ye la kot, sejak azali mmg dok pot pet ja..
tp ofcmate aku yg pangkat kakak cita la dia ni dulu pendiam.sebelum kawen xbanyak cakap.dh kawen pun xbanyak cakap lagi..tp once bila da dh beranak pinak, dia jadi kuat membebel.
"akak ni dulu mana la banyak cakap, tp bila dh ada anak dh pandai membebel"..haaa, begitu katanya.

ada x kaum lelaki ni (read: laki aku) terpikir kenapakah isteri (read: aku) ni membebel?
adakah seronok2 nak membazirkan ayaq liuq mereka (aku)?
oh sama sekali tidak. ini lebih kepada hobi.kikikkiki..

tidak.

mcm kak tu ckp ngan aku, dia kata bila dh ada anak, anak sulung mcm ni, anak no 2 cam ni sampai la anak no 5 mcm tu. jadi bila banyak karenahnya, satgi anak dok letak baju atas lantai instead dalam bakul yg disediakan. mak still akan kutip baju atas lantai tu tapi mulut pun secara automatik bekerja jugak. pastu otw nak letak baju anak dlm bakul kotor, terjumpa pulak stoking laki kat tepi tangga, dia pun akan still akan kutip stoking tu tp mulut buat kerja jugak.

pastu masuk toilet, tgk ada daki kat dinding toilet, sambil amek berus dia sental, tapi mulut akan terkumat kamit kenapala org lain buat pejam mata ja nampak kotor tu atau adakah mata dia ja yg nampak.padahal toilet tu laki dia ja guna.hmm..membebel lagi.

keluar dari toilet, tgk sinki lak pinggan xbasuh lagi. dh la penat cuci toilet xabih lagi, sambunng cuci pinggan lak sambil menjeling laki yang tgh tgk tv. sambil tangan cuci pinggan, mulut pun menjejeh2.

pastu dah abis, tgk mesin basuh dh berhenti. tgk dalam mesin baju xsidai lagi. amek baju sidai pulak. potpet lagi. dan benda ni berterusan sampai la suma keja abis.duduk relax depan tv . pun mulut xleh diam lagi sebab tertengok cita bodoh kat tv yang iklan setiap 5 minit. haha

adakah semua keja xsiap?
tak.
keja buat jugak. siap jugak keja tu, tapi kenapa perlu nak membebel?
sebab bebel tu satu ekspresi / luahan atau whatever la yang dirasakan perlu untuk disuarakan. 
dengan harapan isi rumah tu dapat mendengar dan boleh meredakan apa yang dirasakan.
mmg la penat membebel ni tapi bila dh membebel tu rasa puas ja. *aku la tu*
kalau laki dengar tapi buat2 xtau atau xamek iktibar, maka kuasa bebelan akan digandakan.

laki aku selalu cakap kalau aku bebel."awat la xbuat ja daripada dok membebel xbenti tu."
mmg la boleh buat, tp saja nk jugak membebel.huhu
sebelum entry ni tamat, meh aku kongsikan artikel dari iluvislam.com.
sangat2 menarik..:)..en suami dh baca kan artikel ni..;)


Suami Hebat, Suami Penyabar


RASULULLAH MENCONTOHKAN SIFAT SABAR TERHADAP KARENAH ISTERI

Di dalam buku Purnama Madinah karya Ibn Saad, Bandung , Mizan 1997, muka surat 173, ada tercatat sebuah hadis yang berbunyi, Umar pernah berkata, "Ya Rasul, mahukah engkau mendengar aduan saya? Kami kaum Quraisy biasa menguasai isteri kami.

Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat (Madinah) di mana lelaki tunduk diam pada isteri mereka. Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku perempuan Ansar ini.


Suatu hari saya menegur isteri saya dan dia menjawab balas. Saya tidak menyukai perilaku seperti itu. Dan dia berkata, 'Apakah kanda tidak menyukai dinda menjawab? Demi Allah, para isteri Rasullullah menjawab balas baginda.

Sebahagian mereka mendiamkan baginda sepanjang hari sampai malam.' Saya (Umar) lalu berkata, 'Dia rugi. Apakah dia merasa aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?'" Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduan daripada Sayidina Umar itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkataan Umar. Isteri juga mempunyai suara dan pendapat yang harus didengari suami. (Cuma perbincangannya haruslah dengan hikmah). Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, "Dari hadis tersebut dapat diambil pelajaran bahawa terlalu keras terhadap isteri bukanlah sikap yang terpuji. Sebab, Rasulullah SAW sendiri meniru sikap orang  Ansar dalam memperlakukan wanita mereka dan meninggalkan sikap kaum baginda  sendiri."

UMAR MENCONTOHI KESABARAN RASULULLAH TERHADAP LETERAN ISTERI

Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata,"Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?"


Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata,

"Wahai Amirul mukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"

Umarpun berkata kepadanya,"Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.

Lelaki itu menjawab,"Wahai Amirul mukminin, demikian jugalah isteriku."
Umar berkata,

"Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja."
Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan,

"Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seorang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka."(Riwayat Muslim dan Ahmad).

_________________________________________________________________________________
ha kan?!dh baca artikel ni laki ku berkata : kalau isteri amirul mukminin pun berleter, apatah lagi isteri amri..
renung2kan..ehehehe

1 comment:

Maslina Mansor said...

Betul tu..tipulah kalau tak berletiaq...kan tu tanda sayang..hahaha..kalau diam lg bahaya. huhu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin