Harganya 4 batang RM1.00, aku tapau RM7.00..OTW balik aku melantak dulu,sampai umah tinggal berapa cucuk lagi..
Dah siap tapau singgah beli durian plak..bau semerbaklah sepanjang balik ganu ke rumah..
ceqhita mengenai aku, orang2 disekeliling aku dan kisah2 disekeliling aku
''Kata suami, dia juga turut terkesan setelah bersama-sama mengharung perjuangan utk meyebarkan tentang penyusuan susu ibu. Katanya, ada satu hari dia melihat seorang ibu sedang memujuk anaknya utk menyusu badan. Tetapi anaknya (lebih kurang umur Ian) mengamuk dan menangis sehingga memaksa ibu tadi meminta si ayah membuat susu tepung kerana baby “tak puas/kenyang” mengocak botol susu bersama susu tepung dan air suam. Katanya, mahu saja abang pergi dekat ibu tadi dan minta dia sabar sedikit dan susukan anaknya.
Saya mahu, semua ibu percaya akan kebolehan diri sendiri utk menyusukan anak.
Saya mahu, ibu berusaha menggali ilmu penyusuan seawal yang mungkin.
Saya mahu, ibu tahu apa yang perlu mereka tahu dalam penyusuan.
Saya mahu, mereka sedikit ‘degil’ bila org di sekeliling berkata itu dan ini memaksa memberi susu formula.
Saya mahu, ibu percaya yang Allah telah jadikan seorang ibu mampu menyusukan anaknya. Hanya beberapa peratus (3-5% ibu di dunia) yang tak boleh menyusukan anaknya – abnormalities & surgery. Yang lain, boleh.
Saya mahu, ibu tidak hanya memikirkan memberi susu hanya utk mengenyangkan bayi. Ianya lebih dari itu.
Saya mahu, bapa2 membantu dan memberi sokongan kepada isteri yang ingin menyusukan. Ianya bukan utk org lain, utk anak anda juga.
Saya mahu, nenek-nenek, ibu mertua dan ibu kandung kepada ibu yang ingin menyusukan diberi info yang betul tentang penyusuan. Saya faham, mereka amat sayangkan cucu dan tak boleh lihat cucu menangis. tetapi kalau mereka faham, peratusan ibu mengalah pada susu formula atas nasihat org tua boleh dikurangkan.
Saya mahu, ibu lain yang belum mengandung, juga telah didedahkan dgn kepentingan menyusukan anak. Supaya menyusukan ini membuat mereka teruja, sama teruja ketika mahu “shopping” barang keperluan bayi mereka.
Saya mahu, ibu sabar, ibu tenang bila merasa “down” dalam tempoh penyusuan.
Saya mahu, ibu menyusukan anaknya walaupun bekerjaya.
Saya mahu, ibu buktikan yang mitos2 seperti payudara kecil tak banyak susu, payudara besar banyak susu adalah mitos semata-mata. Anda mampu menyusukan bayi walau mcm mana saiz payudara anda.
Saya mahu, ibu yang telah gagal pada anak sebelumnya, tekad, tekad utk menyusukan anak seterusnya.
Saya mahu, ibu yang menyusukan, tidak angkuh dan memandang sinis pada ibu yang tidak menyusukan. Anda patut sebarkan secara baik dan tidak menyalahkan ibu2 tadi. jgn hukum mereka. Tiada paksaan tetapi lebih kepada pendekatan menyebarkan. Kalau mereka masih tetap dgn pilihan mereka, tak mengapa, kerana anda telah buat yang terbaik.
Saya mahu, ibu2 bersatu hati. tidak menandingi susu siapa paling banyak dalam peti, susu siapa pekat dan cair dan lain2. Anda boleh memberi motivasi kepada ibu yang lain tetapi tidak untuk bertanding. Ini kerana, susu yang kita hasilkan kalau banyak, utk keperluan ank kita yang meminta banyak (demand). Bukan semua org harus dapat beratus2 paket baru dikira hebat. Apa yang kita hasilkan adalah apa yang bayi kita perlu.
Saya mahu, ibu cuba fikirkan kalaulah kita dalam bencana. Kalaulah tiada pilihan, maka kasihannya anak kita yang masih kecil. Kita bertuah, negara kita begitu kurang risiko bencana.
Saya mahu, kita berbalik kepada fitrah.
Saya mahu, rakan-rakan di luar sana tidak jadi seperti saya ketika episod penyusuan anak pertama, sara.
Saya mahu, kita sama-sama membantu ibu lain yang memerlukan.
Saya mahu, iklan di TV hanya cerita pasal susu ibu berbanding Enfalac, Wyeth Mama dan lain2.
Saya mahu, kerajaan memandang serius perkara ini sama seperti memandang serius tentang rokok. Ya, saya tahu pembelian susu formula menambah ekonomi negara, tetapi tahukah mereka, berapa ramai anak yang berisiko?
Saya mahu, ibu yang mempunyai anak istimewa, lebih tekad menyusukan anak mereka, kerana di sinilah anak mereka diberi perlindungan semulajadi paling baik.
Saya mahu, walau kita menyusukan anak, tetapi kita masih jaga perlakuan, masih menunaikan tanggungjawab kepada Allah, masih solat, masih berpuasa (kalau meninggalkan puasa semasa menyusukan anak, maka gantilah semula, jgn pandang ringan perkara ini). Menyusukan anak bukan bermakna kita adalah ibu sempurna yang tak perlu buat apa2. Kita masih ada banyak tanggungjawab, kita masih hamba yang perlu patuh pada Allah.
Saya mahu, apa yang anda, seorang ibu yang menyusu mahu.
Selamat menyusukan anak, rakan-rakanku. Moga dengan menyusu buat anda merasa ‘indah’ dan ‘insaf’ luar dan dalam.
best kan?
rasa semangat jeeee...
Saya mahu, ibu percaya yang Allah telah jadikan seorang ibu mampu menyusukan anaknya. Hanya beberapa peratus (3-5% ibu di dunia) yang tak boleh menyusukan anaknya – abnormalities & surgery. Yang lain, boleh.
Allah je yang tau sayu je hati bila aku lawat kawan2 yg baru melahirkan anak dan dalam tempoh berpantang telah bg baby dorang dgn susu formula..bila aku dgr, aku xde la kata jgn bg susu fm..x..tp seboleh2nya aku akan cakap, cuba bg lagi susu bdn tu, insyaAllah ada..kalo xbg kat anak hisap selalu, susu akan kering mcm tu je..
aku seboleh2 akan mintak dorang try lagi bg susu bdn..biasanya mmg anak 1st kita akan panik risau susu xcukup sebab anak nangis, xpuas bila nyusu..aku selalu bayangkan kalo la aku kat negara yang susah nk beli susu fm kan, nak tak nak aku akan suakan juga 'aset' aku ni kat anak, sebab tu ja pilihan yang aku ada..
tp bila si ibu dh memilih nak bg susu fm kat anak depa, aku cuma mampu diam je..tp dlm hati berharap sgt si ibu akan cuba lagi..mmg benda ni nampak mudah tp sgt mencabar..perlukan kesabaran.
aku mengaku yang la ni adib mmg minum susu fm..sedihnya Allah ja yang tau bila cerai susu ngan dia..bila menyusukan adib, aku rasa 'rapat' sangat ngan dia..menyusu sambil dia tgk aku, dapat sembang2 masa dia netek tu..mmg aku mengaku bila buat susu fm kat dia, keje jd lebih senang. aku xperlu nk berdakap ngan dia (nak nangis)., masuk air dlm botol, bg suam2, masuk susu, kocak2 botol, bg kat dia, dia minum dan aku bleh buat keje..mudahkan..amri pun bleh buat..
tp kalau nyusu dgn aku, hanya aku sorang je yg boleh buat. aku je yg dia cari. xde org lain..ahhh, rindunya saat2 tu anakku..:(
sekarang ni adib just netek ngan aku tuk lepaskan gian dia je..macam hisap puting kosong kot. aku tau dia bukan la nk susu dr aku, tp dia nk 'lebih' dr tu..dia mungkin nk momen2 yg pernah dia lalui dulu..sedih gak bila tgk susu xkeluar lagi..sob2..
dapat menyusukan adib tanpa masalah sgt bukanla jaminan yang penyusuan anak kedua ni pn akan lancar..mungkin aku akan berdepan dgn masalah yg lagi mencabar..aku cuma kena sematkan dlm diri kena bersedia dan yakin yg aku mampu menyusukan..semua ibu mampu sebenarnya..aku harap Allah permudahkan niat dan jalan bg aku..
aku rindu saat2 mcm ni..xkira dimana dan bila2..
dan xsabar nk menempuh balik zaman2 ini..hehe
Ya Allah, aku mohon pada-Mu, murahkanla rezeki anak2ku untuk menikmati susu yang Engkau telah ciptakan ini..
selamat menyusukan buat sahabat2ku yg baru menimang cahaya mata..Kak Shima, Ina (jangan mengalah lagi tau), efa, may dan semua ibu2..:)
p/s: aku juga mahu en somi terus2an support bini dia ni untuk anak yg ke 2 ni..jangan kata support saja tau, tp bila mintak tolong itu ini, muka masyammm je..hihihi..get ready ok..:)