Followers

Thursday, August 13, 2009

H1N1.

hmm..sebenarnya aku terbaca surat dr pembaca ni, dekat utusan..
H1N1: Rakyat keluh-kesah

SAYA seorang pegawai perubatan di sebuah klinik swasta. Saban malam saya dihantui berita "28,000 rakyat Malaysia dijangka akan mati kerana jangkitan influenza A H1N1 dalam tempoh 2 tahun" yang dinyatakan oleh seorang pakar perubatan melalui satu saluran berita popular di Internet.

Saya terfikir seandainya yang menjadi mangsa tersebut adalah di kalangan orang-orang yang saya sayang dan rapat dengan saya, betapa sedihnya saya ketika itu.

Saban hari pula kita disajikan dengan berita kematian seorang demi seorang rakyat Malaysia kerana jangkitan H1N1 ini.

Namun, nampaknya pihak kementerian dan kerajaan Malaysia masih belum mengambil langkah drastik untuk mengawal penularan virus ini.

Penyakit ini memang mudah merebak, namun saya merayu pihak Kementerian Kesihatan terutama sekali Menteri Kesihatan; Datuk Liow Tiong Lai tolong fokuskan kepada cara mengawal @ meminimumkan penyebaran penyakit ini bukan sekadar membasuh tangan dengan bersih dan memakai penutup muka sahaja.

Lakukanlah pengesanan awal dengan ujian throat swab untuk semua pesakit yang suhunya melebihi 38 darjah celsius disertai simptom-simptom batuk/selesema/sakit tekak walaupun baru tiga hari demam, kerana pesakit yang positif H1N1 akan menjadi penyebar virus pada hari pertama lagi beliau demam.

Lebih awal dikesan, lebih awal dapat dimulakan rawatan dan berkuranglah penyebaran kepada orang lain yang sihat. Kenapa perlu tunggu sehingga pesakit masuk wad atau dah kritikal baru nak dibuat saringan. Kenapa? Kerajaan tak cukup duitkah hendak menampung ujian tersebut?

Sedarlah ini adalah 'tsunami' yang bukan berbentuk ombak besar yang dapat dilihat dengan mata kasar tapi virus yang amat halus yang berterbangan dengan membawa impak yang amat besar.

Tolonglah. Berilah perhatian pada masalah ini, rakyat tidak bimbang lagi siapa yang akan menang di Permatang Pasir, tapi rakyat lebih bimbangkan kesihatan mereka, suami/isteri dan anak-anak mereka.

Melaburlah lebih sedikit untuk mengesan lebih awal influenza A H1N1 ini agar rawatan (antiviral) dapat diberi lebih awal, dengan itu dapat mengurangkan penyebarannya dan kurangkanlah perbelanjaan negara dalam hal-hal yang kurang penting seperti majlis-majlis keraian atau yang berbentuk hiburan.

Rata-rata pakar perubatan, para doktor dan staf kesihatan yang lain hanya menunggu arahan daripada pihak kementerian untuk menjalankan ujian saringan awal ini untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan awal yang terbaik

Sama-samalah kita membanteras influenza A H1N1. Setiap penyakit diciptakan Allah, ada penawarnya, kecuali mati.

DOKTOR RISAU

Cheras

apa yg dia cakap tu betul, aku setuju sangat..di saat angka kematian akibat H1N1 semakin meningkat, masih ada lagi org sibuk nk anjurkan majlis2 keramaian, konsert2, dan sibuk dengan urusan pilihanraya la..frankly speaking, aku xkesah pun sapa yg menang p/raya tu, perhimpunan kemerdekaan 31.8 ni (yg kementerian aku wajibkan sume pegi ok, sah2 aku xkan pegi)..

katala aku xpatriotik pun, tp kalo nyawa yg menjadi taruhan, aku sanggup kalo kena ngadap pak menteri tuk bg surat tunjuk sebab pun..dalam keadaan memboyot pun kena wajib pegi..xde la aku..

coz pengalaman aku gi spital tuk check H1N1 hari tu, aku tau nape doktor tu risau..

kenapa xwajibkan pemakaian mask?aku baca dalam paper, ibu hamil dlm kategori berisiko..dan keutamaan akan diberi kepada golongan yg berisiko..tp masa aku pegi, walaupun batuk+selsema+demam, dorang wat dunno je..termasukla makcik warga emas yang kena papah berjalan pun, dorang wat xhirau..bila dh jmpa, soh balik lak..mau xhangin..

dan pada sesape yg ada simptom2 penyakit ni, jgnla berlengah tuk dapatkan pemeriksaan..langkah anda bukan saja membantu diri snrik, tp juga org yg disekeliling anda..

aku setuju, ni sebenarnya adalah 'tsunami' yang diturunkan Allah..bukan lagi dalam bentuk ombak besar, tp virus yg kita xnampak..nak menghirup udara pun tersekat..aku cuma berdoa agar insan2 tersayang di sekeliling aku dijauhkan dari marabahaya ni..amin..

8 comments:

purple_lav said...

cik ah: itulah kan...skrg rasa takut je nk jenjalan. lagi2 keje cheq ni nk kena kuar2 bagai le, ada event sumer...takut weiii...harapnya golongan kita ni selamat dr serangan virus durjana nih

cik_ah82 said...

fiza:
tu la, awk tu dh kena keje yg kuar2 ni kan..mcm somi kami jugak la, tiap2 mggu o/station..takut gak..skang ni nk kuar pun xselamat..lagi2 xde mood dh nk jenjalan..yg geram tu, kalo kita pakai, org len lak tgk semacam je..eiii

Intan and The Boys said...

betul la cik ah. risau tau. kite berdua ni pulak dahla tengah bawak budak. laaagi risauuu....

:(
awak take care ok!

cik_ah82 said...

puterikurekure:
tu la..tambah2 dah dekat sarat ni..dengan kes baca kat paper td, wanita hamil 26 mggu lak jd mangsa..nauzubillah..moga kita sume dilindungi..
awk take care jugak k!:)

She said...

hanya mampu berdoa agar family, sanak saudara n rakan taulan dilindungi dari virus ini..

p/s : akak mmg risau giler la..kluar masuk toilet msti nk cuci tangan..dh la ari2 dok berdepan dgn public..

cik_ah82 said...

mommymil:
akak senyap je lately nih..bz agi ek?
tu la, bukan sekadar cuci tgn je kak, org ni kalo dgr ada org batuk2 je dah takut dah..huhu..
org pun harap camtu..biar sume dilindungi-Nya..amin

Dusty Pixie said...

sarah: btui.. kami pi pmc nak cek don aritu kena halau pi gomen.. kalo pi gomen kompem sah2 xmau cek selagi tak masuk hospital..

seb baek dia dah sihat, alhamdulillah..

cik_ah82 said...

dustypixie:
mcm tu la..sebab kita ni bukan vvip ka, anak menteri ka..tggu dh teruk baru dia nk wat betoi2..hmm, seb bek don sehat..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin