Followers

Thursday, April 23, 2009

:. berkongsi rasa .:

2-3 hari lepas aku jumpa dengan kawan skolah aku dulu..lama aku xjumpa dia..cukup aku namakan dia sebagai N je..dh jumpa qhupa2nya dia dh pegnen 6 bulan..


Alang2 dh jmpa, banyak la kisah yg kami bualkan..tp yang aku nk kongsi kat sini, bukanla utk mengaibkan mana2 pihak, tp lebih kepada membuka ruang utk pendapat dan berkongsi luahan rasa..


Husband dia ckp aku namakan T je..aku kenal suami dia..sangat baik orgnya, berwajah lemah lembut, dan soft spoken..N sgt sygkan suami dia..mmg aku happy tgk dorang..tp N ada masalah yg dia rasa xbesar mana, Cuma aku qasa mgkin dia tgh pegnen kan, jadi mmg dia asyik pikir je..


Dia cakap suami dia skang ni panas baran je..asyik nk tggikan suara je..mmgla xsampai tahap suami dia naik tgn kat dia lagi kan, tp dia mmg terasa sgt2 dengan perubahan suami dia..masa bercinta dulu dia cakap xde suami dia marah2 sgt..tp bila dh tggal sebumbung, benda kecik je suami dia nk marah..


Kdg2 dia rasa susah nk bgtau apa dia rasa kat suami dia coz kalo dia silap ckp sikit, mesti suami dia akan tggikan suara..sampaikan hempas2 barang, n benda ni buatkan dia rasa takut sangat...mmg dia takut n tgk suami dia waktu suami dia marah2 camtu..so, dia rasa, baik dia pendamkan je untuk elakkan suami dia mengamuk..kdg2 dia pun xpaham kenapa suami dia nk marah2 camtu sedangkan suami dia boleh ckp baik2, or kalopun dia ada wat salah, tegur dgn baik..dia bley terima..skang ni, dia lebih rasa takut dgn suami dia berbanding rasa hormat pd suami dia..mgkin dia kata family dia esp abah dia bukan jenis yg panas baran, so, bila dia tgk lelaki yg paling dia sayang dala hdup dia buat dia camtu, tu yg buatkan dia rasa sedih sgt kot..bila suami dia menengking, dia boleh terbawak2 sampai dalam mimpi..dia mmg tertekan bila jd camtu coz dia rasa susah nk explain apa2 kat suami dia, n dia tau reaksi dr suami dia camne..tp, dia still cintakan suami dia coz dia kata kalo suami dia xmarah, suami dia adalah yg paling penyayang, suka bergurau, lemah lembut..da suami dia pun mmg sayang giler ngan dia..Cuma bila suami dia ‘naik syeikh’ je yg buatkan dia rasa nk lari dr umah je..dan yg buatkan dia rasa dia xdisayangi, bila dia menangis, suami dia akan mengajuk2 cakap dia dgn suara dia nangis tu..-aku sgt2 terasa kalo yg ni jd kat aku ok..cuma dia rasa syukur lagi coz suami dia style yg cepat cool down..nk tggu cool tu kot yg dia takut tu..;)(aku cite mgkin lompang sana sini, kalo nak cite sume, juling korang baca kan..)


And, of course la kan aku rasa benda ni akan effect kandungan dia..and kalo aku tgk suami dia pun, susah nk percaya yang suami dia jenis yang marah2 coz member2 sume nampak suami dia jenis yg soft spoken, pemalu..


Hmm..aku bukanla nk judge apa2..tp aku dapat rasa apa yg kwn aku rasa..coz, mungkin aku berkongsi naluri yg sama dgn dia..yup, aku pun pegnen tp aku xnk bincangkan hal aku dulu kat sini..aku akan share story sal aku next entry..ada benda yg aku perlu betulkan dgn tanggapan org lain..so, next eh sal aku..


Pada aku kan, dalam tempoh @ fasa mengandung ni, suami perlu bg perhatian extra kat isteri..bukan isteri nk ngada2 ke apa, tp suami patut ada rasa tanggungjawab terhadap apa jugak yg dialami isteri..kalo pun suami jelik tgk si isteri, malas melayan karenah, tp ketahuilah yg kdg2 isteri tgh mengalami perubahan besar dalam diri dia yg kdg2 isteri pun xfaham apa yg jadi pada dia..


Salahkah suami bersabar sikit dgn isteri, kalo pun xdapat buat masa2 lain, dlm tempoh 9 bulan ni cubalah fahami dan bersabar dgn si isteri..bnda2 remeh pada suami mungkin isteri rasa besar, sabarla..dulu ada sorang kawan aku masa mengandung dia cakap dia rasa nk nangis jee..kdg2 tnpa sebab..aku ingat dia saja2, aku pun nasihatla spy dia kena kntrol..tp dia cakap dia mmg asyik nk terasa n nangis je..ha nah, skrg bila masa aku, aku sndiri alami benda yg sama..sensitif membuak2 tnpa dpt dihalang..air mata sangat murah waktu ni..kdg2 kita nk suami dgr apa je kita rasa, kita nak suami pun sama2 ikuti perkembangan si bayi dalam perut..hanya 9 bulan je kalopun si isteri nk bermanja berlebih2..bukan anak dia sorang kan, anak suami jugak..mungkin suami xrasa beban berat yang dibawa isteri, so dorang xfaham atau xnk cuba faham..kdg2 bila suami nampak isteri nangis sikit, dikatanya mengada2, bosanla asyik nangis je..mmgla kalo ditanya waktu tu pada isteri, isteri kdg2 tak terus cakap apa masalahkan, paling2 pun isteri akan kata ‘takde apa2..’..xde apa2 pada isteri tu la yg ada apa2..suami jgnla terus melenting bila dia xdapat jawapan dr isteri..isteri msti akan luahkan pnya coz pompuan mana bleh simpan lama2..huhu…


Lain org mengandung, lain ragamnya,,syukurla kalo suami dapat isteri yg xbanyak mood swing masa pegnen, tp kalo perubahan berlaku pada isteri, redha je la..kdg2 isteri banyak sangat perkara yg bermain2 dlam fikiran, cuba la fahami..dengari apa yang dia nk cakap..


Ringan2 kan la beban isteri dgn cuba membantu apa yg boleh kan..xperlu nk tggu ayat ‘tolong’ keluar dr mulut isteri baru suami nk tolong..kdg2 ada benda xpyh nk cakap, tp perlu difahami je..bila isteri sakit2 badan, lenguh2, kejang2, tunjukkan la rasa prihatin..isteri akan rasa tempoh mengandung akan jadi sgt menyeronokkan..kalo dh sikit2 suami nk melenting, isteri lak pendam rasa dan menangis je, bayangkan la apa jadi kat baby dlm tu..dr bacaan buku, emosi si ibu sangat2 berhubung rapat dgn baby dan boleh mempengaruhi baby..sebab tu kalo aku nangis, aku jadi takut baby aku nnti pun kuat nangis gak nnti..so aku akan ckap2 dgn dia..aku tau dia faham apa yg ibu dia rasa..kdg2 amri pun akan ckp2 n usap2 perut aku..so far, kalo aku nangis, perut aku mesti mengeras mcm ada benda terbonjol..adik aku yg nurse ckp tu kepala baby la, tu baby pusing la..tp aku tau tu reaksi sang bayi..suami mungkin tak dapat rasa apa yg isteri rasa kan..


Aku rasa entry aku yg lepas2 ada sentuh pasal jiwa sang isteri kot..yg aku petik dr fadzilah kamsah ckp tu..isteri bukannya terasa@merajuk kalo suami tegur dia, tp cara suami menegur tu yg buatkan isteri jadi takut, bingung, memberontak, dll..semua org ada rasa marah, tp pandai2 la control kan..


Ni aku google, so aku terjumpa ni..wallahualam..;)


Panas baran: Mekanisma otak lelaki memang dibina utk cepat bertindak jika terjadi sesuatu perkara. Darah otaknya cepat turun ke pangkal leher (brain stem) dan bertindak "fight or flight". Oleh itu jika dia pulang ke rumah, dimarahi kerana kesilapannya, biasanya secara sepontan darahnya turun ke pangkal leher dan sepontan dia akan bertindak, sama ada lawan atau ambil kunci motor, tinggalkan rumah. Otak perempuan berlainan pula tindakannya, jika menghadapi sesuatu isu. Wanita akan tolak darahnya ke atas, kawasan otak berfikir. Ini menyebabkan wanita akan terus berfikir, "Apakah salah aku...."


Jgn silap paham, aku bukan nk salahkan suami je..tp waktu isteri tgh mengandung ni, cuba la faham perubahan2 yg isteri alami..pada N, aku harapkan dia tabah, kuatkan semangat demi baby, and semoga semuanya selamat..


Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang wanita mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Ni untuk renungan para suami yang aku cedok dr tenet:

Adab2 suami terhadap isteri ketika mengandung:

  • Lebihkan kasih sayang dan simpati sehingga isteri berasakan ada pembela;
  • selalu memberi nasihat-nasihat yang baik yang boleh menguatkan semangat dan jiwanya;
  • hendaklah berlaku jujur;
  • jika ada tanda2 akan timbul krisis, tenang dan selesaikan segera;
  • jangan menceraikan isteri ketika mengandung. sebab itu Islam mengharam menceraikan isteri ketika mengandung kerana boleh menggangu fikiran dan perasaannya serta memberi kesan pula kepada anak dalam kandungan;
  • Memahami tambahan beban yang ditanggung isteri justeru memaafkan kekurangan isteri dalam melayani suami;
  • membantu isteri dalam kerja rumah terutama yang melibatkan tenaga fizikal;
  • mengambil berat tentang perubahan bentuk tubuh badan isteri;
  • berkongsi rancangan menyambut kelahiran bayi seperti persiapan, kewangan, peralatan, nama yang bakal diberi, cuti, kedatangan keluarga kedua belah pihak dan sebagainya;
  • segera ke klinik atau hospital jika isteri sakit;dan
  • selalu mengambil berat tentang isteri seperti menelefon isteri bertanyakan apa sedang dibuat, makan ke belum, dan paling tidak menghantar sms. (ni aku gatai2 nk tambah snirik..hehehe)

p/s; Buat my other half, thanks 4 everything, bancuhkan susu tuk org (drpd aku xlalu nk minum jadi sedap lak..gatai kan), temankan gi jmp doc, sapukan minyak dll..harap abg pun dapat bersabar dengan karenah2 org masa2 akan datang..huhu..kalo ada salah silap, hrp maafkan..love u so much!

6 comments:

She said...

panjangnye N3..hehhe..
tp org peknen mmg camtu kn?
emosi akn lebih mengusai diri..

smoga N trus tabah n jgn fikir sgt pasal husband..
fikirkn tntng diri n baby tu dulu..

buat 'org', jgn cengeng2 slalu..
'org nih' pn en.abg tlg watkn susu tetiap mlm..susu yg x sedap pn, mmg akn jadik shedappp..ekekekek..

cik_ah82 said...

mommy:
hehe..entry kali nih over panjang..
tu la, dulu mmg ingat bley handle bab2 emo ni, tp bila jd kat diri snrik, baru tau mmg emo je..hahah
susu org minum pg je kak, malam jarang la..minum skali sehari je, baru lambat habis..hahaha..bley g2..

Eyzamiel said...

hai awak.... 1st eyza nak ucap tahniah sbb dah peknen... doa2kan eyza ikut jejak yer..... n buat membe awak tu...harap2 dia byk2 bersabar dan banyak2 doa..moga2 nnt husband dia akan berubah....

cik_ah82 said...

eyza:
tq..eyza baru je kawen eh?insyaAllah, nnti ampa adala rezeki tu..dun worry..;)

Eyzamiel said...

x la baru...bulan 7 ni 2 taun.... x per... mudah2an ade rezezki nnt.... jaga kandungan baik2... take care.... raya nnt balik kedah ka sarawak?

purple_lav said...

simpati kt member cik ah. tp sy ni tak sbr nk baca entry khas yg cik ah nk wat pasal pregnancy cik ah sndr. cpt lah! tk sbr nk tepuk tangan ni...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin