Followers

Friday, October 14, 2011

HFMD


sapa yg jadi mak sure tau apa tu HFMD kan..nk jugak short form omputih..dalam bahasa kebangsaan kita ialah penyakit kaki, tangan dan mulut gitu..ye kawan2, anak sulung aku si adib tu kena hfmd ni la..

jadi skang ni aku terpaksa la amek e.l 2 hari jaga adib..adam pun skali la walaupun dia xkena (lagi)..mintak2 antibodi dia kuat melawan virus jahat nk mampus tu..huhu..

seb bek bos shaye memahami wpun xleh amek cuti..nk wat camana kan, ada anak cuti bnyk kt anak je la..dh la baru je start keje..huhu..

amek adib ngan adam dr taska petang rabu tu terus aku bgtau kt pengasuh dia sbb nampak merah2 kt kaki..pengasuh pun cakap kt punggung pun naik banyak..hmm, napelah xkol aku awal2 kan..ptg nk amek bg nk ckp tu pun aku tanya..tp xpela, terus tggu en amri balik then pi klinik kesihatan putrajaya..

doc ckp skang ni ramai budak2 yg kena..malam tu adib je dh kes ke 4..tu blom lg malam sebelum dan sebelumnya..doc suh kuarantin xleh antaq taska selama seminggu..seb bek dia bg surat kata aku pun kena dok umah jaga anak sama..xde rawatan khusus kecuali kena rehat je la..

mujur kt mulut xde sgt..n adib pun xde masalah makan dan minum..mudah2an berterusan la..hr yg dia kena tu dia dh gomol2 dan cium adam..aduih, sentap aku tau..dh puas larang tp dia nk jugak cium adik dia..depan mata aku leh la larang, kadang2 dia pegang2 la..aku doa je la mudah2an adam kuat..:(

semalam peg dr jabatan kesihatan kol..dalam kul 3 ptg dia mai umah..check2 umah, check adam n adib..pastu dia tanya la pi mana weekend, ada x pi taman, shopping kompleks, tmpat org ramai etc la..aku pun jwb la..dia siap suh aku antaq anak balik kampung lg tkt jangkit kt adam..so aku mmg kena amek langkah2 la, tiap kali pegang adib, kena pi basuh tangan, pegang adam pn kena make sure tgn dh bersih..

bukan la maksud dpat dr taska je, mybe kt shopping kompleks kami pi weekend ke kan..cuma lebih ke arah taska la, kebetulan mggu lepas bilik adam kena ttp 3 hari sbb ada yg kena..ni pun buatkan aku nk consider balik nk tukar taska sbb taska tu terlalu ramai..tp tgkla, pengasuh dorg ni dh paham n mmg baik..
kat kaki..abis aku sapu calamine lotion + bedak sejuk..hehe

kat kaki

bintik2 kt tangan

merengek je la kejenya..
mggu depan kalau xbaik lagi, kena la mintak jasa baik en amri lak yg amek cuti..huhu..
nk tau lebih lanjut pasal sakit ni, ni ada info aku amek dr web..


Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.
Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
Tanda-tanda dan gejala
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.
Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.
Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.
Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.
Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.
Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.
Bila perlu berjumpa doktor?
  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama


k, semoga anak2 kita sehat selalu!:)
btw, selamat ulang bulan ke 3 Muhammad Adam Hafiy!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin