baru2 ni jugak di media menteri pakat canang malaysia di tangga 19 selamat katanya. selamat. subjektif betul kan.bagi org2 kaya mungkin boleh upah bodyguard 24 jam kawal umah, iring anak2, bak katanya selamat la semuanya. jadi mereka berasa selamat la agaknya..ya ka?
berikut petikan daripada media:
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata kajian daripada badan bebas antarabangsa iaitu Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) itu juga menujukkan Malaysia menjadi negara kedua paling selamat di Asia selepas Jepun.
“Pada 2009, Malaysia berada di tempat ke-26 dan pada 2010 hasil kajian IEP menempatkan negara kita di tangga ke-22 dalam senarai negara paling selamat di dunia mengatasi Singapura.
“Bagi tahun 2011 ini pula, hasil kajian terbaru menunjukkan kedudukan Malaysia terus meningkat sebanyak tujuh tangga berbanding tahun 2009,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Ops Utama Perdana Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) peringkat negeri di Lintasan Deasoka di sini kelmarin. berita mengenai tu juga boleh dilihat di sini.
*wah, entry kali ni dh mcm nk wat tesis lak kekdahnya*.
bestnya selamat tu terletak pada angka je kan..kalau kita di tangga 19, mcmnala agaknya negara di tangga ke 20, 25, 30?hatta tangga ke 100?
kalau aku tanya ampa yg ibu2 bapak2 ni, rasa selamat dak bg anak main luaq umah even gate dh dikunci?
yakin dak kalau barang yg kita tertinggal kat kedai makan pastu kita lari pi amek balik barang tu ada lagi kat situ?
berapa ramai pompuan yg kuaq jalan2 pegang/kepit hand bag kuat2 takut ada org ragut?
kalau tanya aku kan, bila kes adib ilang 10 minit hari tu, aku mmg dh terbayang terus adib kena bwk lari.kena culik la apa ka.time tu mmg aku rasa mcm nk tercabut jantung aku.ketaq xtau nk habaq camana. sebab dalam kepala ni dok pikiaq kalau budak ilang mmg rasa payah org baik2 nk jumpa.huhuhu..
rasa selamat dak?tak.
dulu masa aku kecik, kalau pi shoping complex, ada ja dengaq pengumuman budak tersesat, budak ilang, sila tuntut di kaunter pertanyaan..time tu kalau mak bapak tgk anak depa ilang, terus tuju kat kaunter tu, buat announcement, tggu la ada org mai antaq anak depa.
tapi la ni ada beran mcm tu?
malaysia mungkin selamat kalau dikira dari segi keamanan. ya la, compare ngan negara somalia yg bergolak, sapa2 masuk tu kena tembak membabi buta ja kan. kat malaysia ni katanya aman sejahtera, rakyat hidup bersatu padu, aman damai, xdak perhimpunan yg boleh menjatuhkan kerajaan..ke?hehe..tp la ni aku baca kat paper, berani la kata, selak paper, kompem hari-hari mesti ada kes bunuh, kes tikam, kes belasah org,kes kelar, kes tembak depan kedai mamak,etc.
amankah?
ala, mesti yg kata, ala, berapa % sangat la kes2 mcm tu..wat eva.
mak aku kt kg tu kalau baca paper, sampai takut dh nak mai kl ni..pastu mula la pesan kemain ngan aku ngan adik aku kt sini, jaga diri elok2 la, mcm2 la..
mungkin zaman la ni kita dh xkisah hidup berjiran.jiran sebelah umah pun pandang sebelah mata.kalau nk berborak, katanya nk amek tahu lebih2 lak.berapa ramai yg tahu nama anak jiran2 kita?aku mengaku dulu aku xkisah sangat pun, pastu bila pindah sini, jiran depan umah aku yg ada anak 5 siap boleh hafal lagi nama anak aku, buatkan aku malu sendiri lak.dia la yg kadang2 bgtau aku adib lari sampai ke jalan depan la, jerit panggil kami tgk adib. aku sampai la xingat nama anak dia. kadang2 bagus jugak ada jiran yg amek tau *jgn lebih2 dh le*, supaya ada apa2 kita boleh bergantung harap dgn jiran2 ni.kalau jiran panggil kenduri elok la pegi sebab dr situ kita boleh nampak dan tahu apa / siapa disekeliling kita.
mggu lepas masa aku tgh kalut2 nak keluaq umah pi keja, ada sorg budak laki India lalu depan umah aku. dia tegur aku.
"kak, gate sekolah ni dorang bukak tak"
"tak, gate ni mmg dh lama tutup.kalau nk masuk, masuk kot depan or pintu rumah sampah tu"
mggu lepas kan cuti sekolah, rumah aku sebelah je sekolah presint 11 ni.
"bukan cuti sekolah ke?"
"a'ah, tapi ada kelas tambahan..aduh, saya berjalan dr presint 9, jauhnya nk jalan ke depan."
dalam hati aku nk offer, tp mmg aku xikut jalan depan.
terus dia kata"xpela, saya jalan slow2 je la."
dia pun pegi.
rasa sgt serba salah.
bila aku nk belok, nampak budak tu jalan mlas je. ah, bukan jauh pun nk pusing balik.
terus aku berhenti n turunkan tingkap, ajak dia naik.
"meh la akak antar.
lepas berbasa basi, dia pun naik. adib terus duduk antara aku ngan budak tu.
aku tawakal je la.
tup2 dalam keta tu, boleh lak dia sembang cerita yang dia baru ja tukaq sekolah.
"saya ni baru je kak pindah sekolah ni. dulu saya sekolah convent kt kl, pastu mcm2 kes, dorg tuduh saya la, kata saya macam2 la.saya pun pindah duduk umah sepupu kat sini."
"hah, kes apa? terus berderau darah aku, siap dalam hati "adui, bala apa lak yg aku cari ni?. mmg doa dan tawakal je la sepanjang tu.
"xdela kak, dorg cakap saya amek drugs la, ponteng sekolah la, buat kacau la.mana ada saya mcm tu.akak tgk muka saya ni mcm org jahat ke?mata saya ni mcm lalok ke kak?tapi merokok mmg saya mengaku la kak, tp sekarang ni dh berhenti dah."
Adui, mengucap panjang aku dalam hati tau. sekolah yg sebelah tu pun aku rasa sangat jauh pulak.
dlm hati mmg nk balas, "org yg muka nampak baik belom tentu baiknya."
tapi xnak la cari pasal, berdoa biar niat baik ni kesudahannya baik jugak.
sepanjang dia cerita tu, aku senyum je la.
lepas turunkan budak tu, rasa mcm menyesal pun ada. bukan menyesal tumpangkan dia, tp rasa mcm sekarang ni nk tolong org pun rasa mcm takut dah. adib bila budak tu turun, terus dia letak tangan dia kat mulut *mcm sign tolong diam tu*, "mak, takuuut, haa, tak tau..takuttt"..nk tergelak pun ada tgk reaksi dia sebab sebijik mcm aku suruh dia tido kalau tak hantu mai cari.hehehe
tapi, Allah Maha Pelindung kan. dari sekolah lagi,sampai ke la, mak aku pesan kalau nk keluar rumah, jangan tinggal doa tawakkal kepada Allah tu. sampai skang aku amalkan dan semoga Allah berterusan melindungi kami sekeluarga dan juga kita semua. amin..
semoga kisah2 tragis yang terjadi pada anak2 ini tidak berulang lagi.
sekian, tesis yg tunggang langgang.hehe
2 comments:
Brani toi che ah tumpangkn bdk tu...akak takut..mmgla sian tp kang xpasai dia bwk pisau ka apa..kikikik
kak rose: xsampai hati tgk budak tu berjalan..tapi tu la, rasanya pas ni dah xberani dah..huhu
Post a Comment