Followers

Wednesday, March 7, 2012

8 minit paling lama.

Xpasti aku 8 minit ke 10 minit. Tapi 8 minit tu la jangka masa paling lama aku rasa sepanjang hidup.
Adib hilang. Tu baru hilang sekejap (wpun aku rasa paling lama), macamana la perasaan yg hilang anak berbulan dan bertahun lamanya..huhu

balik keje semalam dah lambat , pastu terus singgah food court kat presint 9 tu. Biasala, bila amri outstation, aku jarang masuk dapor, mmg xsempat punya. Huhu..aku kendong adam dalam bjorn, pastu pegang adib. Aku terus tuju ke gerai yong tau foo je sebab adib pun makan (bersup).masa tgh beli tu, dia dah xnak pegang tangan aku, berlari2 dia.so, sementara tunggu org tu siapkan order, aku pun tgk2 la dia. Sebab gerai tu dlm bentuk bulatan, jadi adib lari keliling bulatan tu je la..aku pun ikut la dia berlari.

Then, bila dh siap, nk bayar, aku cakap la ngan adib suruh ikut aku.aku dh tarik tangan dia. Masa nk hulur duit bayar, aku kalih tgk adib dh xde. So, aku pun lari la keliling bulatan tu sebab dia mmg main kot situ je tadi. Aku ingatkan sebab dia pun kejar aku, jadi kalau aku pusing pun, sampai bila kan. Aku pusing lak lawan arah jam, tgk memang dia tak ada!

Aku dah cuak, tapi hati mcm kuat kata yang dia akan patah balik kat aku. (selalu macam tu).
Tapi hati rasa risau lain macam sebab xdengar suara dia menjerit ke, berlari ke, terus aku pun berlari pusing food court tu.masa tu tak terpikir dah adam terhenjut2 ikut aku berlari. Puas aku pusing mmg aku xnampak pun dia. Kat hujung kedai aku nampak ada 3 orang budak 3-5 tahun dok berlari2.. aku agak dia join budak2 tu. Tgk2 tak de jugak. Mmg berdebar2 sangat, aku mmg mencari mcm nk gila, Cuma xmenjerit mintak tolong je lagi. Tapi org yang jual yong tau foo tadi mcm perasan dan dia tanya “ anak akak hilang ke?’’. Terus aku angguk dan lari lagi sebab aku takut adib mcam nampak aku dan dia otw nak pegi kat aku tapi sebab aku pegi kat tempat lain dia xsempat kejar.

Arghh, mmg aku takut sangat. Dah terbayang mcm2. Aku lari ke jalan besar, sebab kat depan tu ada playground. Tapi rasa xmungkin dia nak lintas and org xperasan. Aku berlari lagi masuk food court and time tu org ramai mcm dh perasan sebab aku mmg dh gabra and mula nangis. Aku tau kalau amri ada dia mesti suruh aku tenang dulu tapi aku mmg jenis kalut xboleh nak pikir apa2 dah. Aku tanya budak2 kat satu meja ni sebab aku tau dorang mmg perati aku berlari dr mula. *berapa kali aku ulang alik lalu meja depan depa*. “ada nampak x budak laki pakai bla2, dlm 3 tahun?’
“ dua orang ke kak?”
“ x, sorang je”. Sebab kan td ada 2-3 org yg berlari2 kat hujung tu kan, so aku rasa depa ingat salah sorang anak aku kot.
Aku xtggu depa nk tanya atau jawab, aku terus cari lagi, tapi time tu depa satu meja bangun terus cari dan buat bising “oi tolong la cari!”..aku mcm xnampak apa2 dah, terus blank je. Air mata jangan cakap la.

Dalam 3-4 minit lepas dorang bangun tu, aku dgr bunyi bising, n aku terus lari. Hati berdebar gila dok pikir depa jumpa adib tp mungkin dia cedera ke apa. Aduh mmg rasa mcm jantung kat luar. Pastu budak laki tu cakap, “akak2, ni anak akak, dia kat bawah sana.”

Alhamdulillah,. Tu je yang terpacul.
Adib senyum kat aku, mmg badan dia dh basah lencun dgn peluh.
“mak, cat!meowww2”
Boleh ang sengih2 kat mak mcm tu adib oi!

Astaghfirullah.
“adik jumpa dia kat mana?”
“kat tangga bawah tu, dia dok main ngan kucing”

Lepas ucap terima kasih tu, aku terus cempong adib masuk keta. Aku dah tak pikir koang nk cakap apa pasal aku, lantakla. Tapi budak2 kat meja tu dok tepuk tangan la. Kalaula adik2 tu xbangun awal, aku pun xleh nk pikir dah.
Mmg masa sampai tu ada sekor kucing tengah duduk depan keta kat tempat parking. Adib mmg sebuk panggil kucing tu, aku xsangka lak yang dia sampai pi cari kucing tu. Buatnya kucing tu kat tgh jalan, nauzubillah. L
Ataupun org bwk lari ke..Ya Allah, bersyukur sangat2 jumpa adib.

p/s: Abang, benda ni pun abg kena beringat sama sebab abang selalu yakin adib akan lari balik kat kita kalau dia berlari2 kat shopping complex. Memang selama ni kalau dia berlari abang akan tengok dia, dan eventually dia akan balik kat kita, tapi kalau dia terus hilang?
Mmg adib jenis hyper sangat, xtakut dengan orang. Ada sekali tu sorang amoi penah marah amri kot, sebab time tu adib berlari kat alamanda, then dia akan terus baring kat hujung. Amoi tu cakap, “walaupun dia dok depan mata u all, tapi kalau orang nak bawak lari sekelip mata je dia ambik.”

It’s very true.

Moga jadi pengajaran buat kita semua ibu dan bapa. Walaupun sekejap je jadi kat aku, tp mmg rasa sangat terseksa. Alhamdulillah.
Bila dia tgk aku nangis n lap air mata, baru dia tenung aku n start nangis. Bila aku tanya, “awat nangis lak?suka la buat mak nangis mcm ni?”
Baru dia cakap “takuuutt”.


ni bukan la 1st time aku bawak budak2 ni pi kedai. dah tu kalau amri outstation, xkan la aku xsinggah kedai langsung. kalau sempat aku beli barang waktu lunch, aku buat, tapi kalau x mmg terpaksa la..

Hmm..dapat tgk adib lena semalam rasa bersyukur sangat. Terus terbayang ibu sharlinie yang sampai skang xjumpa2 anak dia. L..semoga Allah melindungi.

8 comments:

AdaM Hawa said...

YA ALLAH.. nasib adib ada.. berderau darah..

kayzie said...

Kak..org br bc kisah akak ni dah menitik air mata..tatau camne kl jd kat dri sndiri lak..org penah mmpi jek faris kena culik,bgun tdo ngis teresak2..pgjaran tul kisah akak ni..

.:mUnies:. said...

budak tengah lasak, anak saya pon sama, kekadang serik rasenye nk p mana-mane..tp kesian plak, budak tu dok terperuk..

Maslina Mansor said...

hadoi wey...sian hng..nasib baik la tak dak apa2 jd..aku pun kena beringat ni sbb si pumpkin tu pantang letak misti berlari2..sbb tu aku dok dukung ja..takutnya aku masa baca tu...alhamdulillah..adib..adib..

Dusty Pixie said...

huhu.. alhamdulillah xdak apa2.. kami pun risau ammar jenis macam tu.. kami ingat nak beli harness sangkut kat badan dia..

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

kecut perut akak baca!

rafiq ilang seminit pon akak cam org tak betul..ni plak hampir 10 minit!
fuh..sib baik kan..

tula kita ingat depa akan patah balik..tp kdg2 dia lari jauh nak patah balik depa dah lupa..
kene amek iktibar ni...

Intan and The Boys said...

Beb, ni baru baca pasal adib hilang. Kalau kita memang dah gigil kot.

Intan and The Boys said...

Beb, ni baru baca pasal adib hilang. Kalau kita memang dah gigil kot.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin