Followers

Friday, July 2, 2010

segan tak bertempat. kot?

segan maksud kalo kat kedah macam malu la.
penah dak ampa bila jumpa seseorang, bukan kawan yg selalu kita pungpang2 la kan..
contoh kawan blog ke, kawan kat fb ke, artis ke, org yg ampa selalu nampak kat tv or tenet ka..
pastu jumpa depan mata?

ada beran nk tegur?
macamla org yg kita nk tegur tu nk makan kita kan..hehe..
tu la malu xbertempat namanya kot..hehe

laki aku selalu kata aku ni mulut bising, tak bertempat. kecoh la kononnya kan..;)
aku pun ingat aku ni ramah je..
tp bila aku melalui situasi yg aku sebutkan kat atas, tetiba aku jadi bisu, walaupun hati membuak2 cakap;
'nk tegur la..nk tegurla..'

dulu penah kan aku tulih entry yg aku jumpa sharifah amani kat curve?
dia siap dok depan aku lagi..tggu turn nk amek duit..
mak dia cikgu fatimah dok tggu kat luar..
aku pun terus bgtau amri sebab laki aku suka tgk amani ni berlakon..
terus laki aku cakap ' la..apasal x tegur?boleh amek gambaq..ishhhhhh'
'seganla bang..' (padahal amani ngan mak dia tu senyum je tgk kitorang)..artis, mestila ramah senyuman..hehe

then, jumpa artis yg boleh kata suam-suam jugak la..peserta af tu, luftya omar..
kat curve jugak. tp kat curve ramai artis kan?hehe..
masa tgh solat..bawak adib sekali..aku nk solat, aku letak je adib kat c2..tetiba si luftya yg baru habis solat sebelah aku terus amek adib dukung adib. sambil dia mekap2, dia riba adib. adib lak diam je sambil tengok dia makeup2..sambil tgh pakai telekung, aku tgk dia mcm kenal..tp senyum2 je la, terus solat..

bila dia nk kuaq, baru ingat yg dia tu luftya..tp xlogik la aku xtegur kan, dh dia tolong jaga anak aku..'err..ni luftya kan?" dia angguk sambil senyum..
patutla adib diam..adib kalo dok ngan pompuan cantik, mesti dia diam je..(kalo ngan mak dia mesti merengek2 bising, bermaksud adakah mak dia xcantik?tettttt)

kuar surau, terus bgtau amri..laki aku tu asyik nk bergambaq je kejenya..
tgh2 dok sembang ngan amri, luftya lalu depan kami lagi sekali..terus dia dua org ni..
'laa..awat tak nak tegur dia soh benti nk amek gambaq"
ala, laki aku ni asyik aku je...dia tu xnak lak ramah mulut..
semalam lak..aku mmg dh lama baca blog hidd ni, suka baca apa yg dia tulis..
tetiba masa kat ikea, aku terjumpa dengan dia. betul2 lalu depan aku.
aku dalam keadaan nak-tegur-tapi-segan-nak-tegur dia..
aku ni cam ada perasaan dalam hati yg selalu kata ' eh2, jumpa dia ni, selalu tgk kat blog dia n tgk gambar je'
tp bila jumpa, macam kura2 nk masuk kepala dalam badan..hahahaha..
sentap tu bila laki aku kata "dia kenal ke kalo hang teguq?'..haha
*hidd, sowi eh segan nk teguq*..hehe

selalu owh rasa rendah diri cenggini..
tp ada yg aku terkilan tu, bilamana jumpa arwah din beramboi kat ciken rice shop kat giant dulu, tp xtegur dia padahal dia dh sengih tgk-aku-tgk-dia.huhu..
bila dia dh takde, baru rasa apsal aku xteguq dia dulu..;)

1 comment:

belogpizet said...

okeh cik ah pasnie jumpa kami wajib tegur...cehh tetiba bila kita nak terjumpa x tau?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin