Salam semua..dah lama sungguh tinggalkan blog ni berdebu bersawang segala bagai.ni pun kuatkan semangat gak nak mencoret..huhu..dah lama tenggelam mestila muncul dengan berita gumbira kan.hehe..Alhamdulillah I'm 21 weeks pregnant..:)
ini adalah coretan untuk anak no 3 ku ini dan juga dua abangnya..
Menemui anakku,
sedar tak sedar dah 21 minggu mak kandungkan kamu.sangat tak terasa masa itu pantas berjalan..tak terkejar rasanya..Alhamdulillah berita kehadiran adik (ntah knp dari awal kandungan terbiasa dh panggil adik), diterima mak dan ayah dgn rasa syukur dan gembira walaupun ikut perancangan nak bg abg adam dua tahun dulu..tapi Allah bagi rezeki awal,alhamdulillah..
Menemui anakku,
mengandungkan adik kali ni nyata sgt2 berbeza kalau dibandingkan dgn kedua abg adik..kandungan kali ni mak diuji dengan alahan yg agak teruk ditambah dgn batuk berpanjangan. mak tak merasa sgt masa mengandungkan abg2 kamu dulu.kalau ikut mengandungkan abg2 kamu dulu mak sgt sihat dan xdak masalah kecuali masa abg adib mak kena treatment tiroid.tp keadaan fizikal waktu tu tak selemah skrg ni..
tak,adik jgn silap paham.mak tak mengeluh,jauh skali salahkan adik pun.mak terima dugaan ni. apalah sgt sakit ni jika nak dibandingkan dgn kehadiran adik nnti..
menemui anakku,
sejak dari hari pertama kandungan lagi,mak dapat batuk yang berterusan sehingga la kini.ye,5bulan mak batuk sampaikan mak pn tak percaya selama tu mak batuk.tak terkira brp kali mak pegi jmpa doc dan makan ubat..aduh kesian adik mesti salahkan mak sbb makan ubat batuk kan..tp tu pn slps mak mmg dh xtahan sgt.hampir tiap malam mak xdapat tido diganggu batuk ni sampai rasa ssh nak bernafas..ditambah dgn muntah,rasa nk pitam semuanya menambah ketidakselesaan.buat pertama kali mengandung tekanan darah mak boleh rendah pulak.
kdg2 bila mak batuk tgh malam,ayah tbangun sbb tdengar mak xbhenti batuk,xde apa yg ayah boleh buat selain sapukan minyak..ayah belikan macam2 supplement,madu utk legakan batuk ni tapi tak berjaya jgak..sampai satu ketika mak mmg rasa xbdaya dan menangis spanjang mlm sbb rs xtahan dgn ujian Allah ni.tp mana boleh mak rasa give up mcm tu kan?astaghfirullah.mana mungkin Allah bg ujian kalau Dia tak sayangkan mak..org lain berdoa siang mlm pada Allah spy diberikan zuriat tp mak mengeluh hanya sebab ujian yg tak seberapa ni..
skrg ni mak kena masuk combined clinic.tu treatment utk org mengandung tp ada kes sakit yg lain.mcm abg adib dulu..skang mak kena buat check up biasa plus dgn rawatan asma..dh 3 kali mak kena pi hspital utk sedut gas tak termasuk inhaler dirumah.sabar ye dik,sikit lagi harap2 adik pun kuat jugak ye..
mak pernah tanyakan ayah,sanggup ke amek alih setiap sakit mak ni..ayah cakap tak sanggup.mana sanggup kalau tiap malam tak boleh tido sbb batuk,katanya..:)..ayah yg kuat tu pn xsanggup..ibu2 mgkin nampak lemah fizikalnya tp demi anak dia akan jd kuat.sbb itu Rasulullah tegaskan 3x "ibumu" sebelum "ayahmu"..sbb Allah dh jadikan setiap benda tu sebaik2 kejadian.
abg adib dgn abg adam pun makin lasak.mak harap bila dh 7 bulan nnt ayah xkerap outstation sgt..sebab skrg ni pn mak dh sakit blkg n xlarat nk tbongkok2 basuh berak abg kamu tu.hehe..faktor umur agaknya la kot.nak buat camana dh camtu keja ayah.mungkin kandungan sebelum ni mak xde masalah dan kuat ayah ingat kali ni mak mengada2 kot nk manja lebih.huhu..hrp2 pas ayah baca ni ayah boleh peluk mak dan usap perut ni selalu..huhu..kalaula ayah tau..hmm
insha Allah kalau tak de masalah adik akan keluar seminggu sebelum hari raya..kalau ikut abg2 kamu pun mcm tu..abg adib lahir bulan syawal,abg adam syaaban,dan adik plak insha Allah hujung ramadhan..senang sikit boleh cuti raya lama sikit kt umah opah.hehe
buat anak2 mak, mgkin bila besar nnt akan tjumpa coretan mak ni..mak harap kamu semua akan ingat tiap kali kamu nak lukakan hati mak ingatlah yg semasa mak berjuang nak lahirkan kamu,ada satu parut yang akan kekal di badan mak,di rahim mak..dan ia xkan hilang..mak berdoa agar kamu semua menjadi anak yg soleh,taat pada Allah,Rasul dan kedua ibu bapa.
*gambar tu masa adik 11 minggu dalam perut mak..:)
4 comments:
nk buleh bunga tu...insyallah..
aku 3-3bunga, 3-3 teruk masa mengandung...sabaq na...xlama lagi dah..
Tahniah... Semoga bertambah2 lagi rezeki noooo :)
tersentuh aku dgn coretan ko sarah... :")
we are in the same boat. Cuma aku tak teruk sampi combine clinic ja.
babe, ujian Allah tanda Allah sayang. positive ok...
tahniah...patut la senyap je org tu...hihi..
Post a Comment