sebab selama ni mmg aku berangan je la nak pegi luar negara.
yang terpasang niat nk gi kalau ada rezeki ke Mekah je la..mudah2an dimurahkan rezeki.
nak ke luar malaysia pun xpenah mimpi.
sebab sedar kemampuan diri.
tapi bila ditakdirkan KENA pegi, macam2 rasa bercampur baur.
angan-angan jadi kenyataan, walaupun pegi dan balik dengan tekanan. tapi tu boleh ditolak ke tepi.
hehe.
bermadah pulak kan.:)
ahh, xkisahla korang nak kata aku jakun pun.mmg ye pun aku jakun.
org lain passport dah berapa kali renew pun xheran, aku yang baru 1st time punya passport sendiri xboleh henti belek tgk gambar kat situ.
biarlah kan.bagila peluang.hehe
walaupun pegi atas dasar keja, aku xnak lepaskan peluang untuk bagi ruang kat diri untuk menikmati udara di negara org lain pulak. bila lagi nak merasa. ni pun guna sikit sebanyak duit cukai korang jugak, jadi kena la manfaat kan sebanyak yang mungkin.hihih,..
aku DIARAHKAN utk ke Madrid, Sepanyol.
untuk seminggu je pun. tapi jadila kan?brp lama pun xkisah, janji balik tu kena la bawak manfaat. kata guna duit rakyat katanya. mula2 dengar perkataan madrid tu pun aku dah cuak. hah, xnak la aku. takuit. balik bgtau laki, dia lak yg excited lebih. terus dia yang korek2 duit nak tampung tiket diri sendiri. hihi..wpun aku rs mcm membazir je dia beli tiket tu kan, tp dalam hati mmg nak jugak dia teman lbh2 lagi aku kat tempat org, mcm2 la aku pikir kan.
alhamdulillah, pendek cita, segala proses berjalan dengan lancar. semuanya urusan pertamaku. passport pertamaku, tiket penerbangan luar negeri pertamaku. mcm tu jugak dgn lakiku. tapi mula2 terbayang kat fikiran ni adalah adib dan adam. mula2 nak bawak adam, adib tinggal kg tp aku rasa mcm kesian lak. nnti kalau dia besar dia tgk gambar nape dia xikut, xmampu lak aku nak jawab. tima kaseh gak kat my family yang sanggup jaga adib n adam masa aku pi sana. masa nak tinggal tu jangan cakap la.drama air mata mmg jadi benda wajib dah kan.
flight hari sabtu pagi, so jumaat tu mak bapak aku mai bawak budak2 tu balik kampung la. aduih, mmg seksa betui nak babai kat depa..tambah2 si adam tu menyusu lagi kan..pennuh la sekotak aku bekalkan susu aku tu..dahla naik teksi pi ofc tgh dok nangis tu driver teksi tu bleh la wat lawak..cakap ni la pengorbanan ibu la, jiwa ibu la..mcm2 la..aduiii..
even pukui 12 tgh malam pun kami xstart packing satu barang pun!mood malas nak mamps. dgn si amri siap bleh lena lagi. pdhal pagi tu pas subuh dh nak gerak.
men humban dan tengok ja.
satu beg ni just makanan je. macam nk pi berperang dah. sebabnya bila aku survey2 kat internet, org kat madrid ni main dishes depa jamon yakni babi.hmm..maka harusla bersiap siaga kan. dan semua makanan ni habis.ilek
flight aku ke madrid transit di doha,qatar selama 13 jam!adui la..total trip masa nk pi ja dah 28 jam!mmg satu pengalaman yang xdapat dilupakan la..
macamana aku cari maklumat2 kat negara yang aku pi ni, mcm tu jugakla aku nk blogkan pasai trip aku ni. sebab mana tau nanti ada ka org nk pi boleh la kot aku bg info sikit2 mcmna kat sana. n of coz la ni adalah satu catatan kenangan aku kat tmpt org. wah ayat xnak kalah jugak ang ni.hehe..
yang tu of coz la main part2 punya entry kan. harusla. gambar semua kat kamera amri..
tu ja. tata. sok nak balik jumpa anak..*senyum gumbira*
1 comment:
salam cik kak...cita la habih2..mana pics? yg tak dpt p ni, tgk gambaq pun jd la..hehehe..misti enjoy kan..:-)
Post a Comment