hari ni aku nk berkongsi kisah.
kisah yg aku sendiri xjangka akan berlaku,selama ni hanya dengar/baca kat tv/paper.
aku xsempat lagi nk share tempat asuhan baru adib n adam.
mmg benda ni dh lama dok dlm draft, tp asyik dok postpone je ha nk cite.
adib n adam bkn kat taska p9 tu lagi..aku anta kat bs, agak jauh sikit la dgn umah aku skang, tp xkesah la sebab time dlm keta aku leh sembang lama ngan adib n nyanyi2 ngan budak2 ni..hehe..so, wpun agak jauh n berpusing skit, tp masa lama dlm keta tu mmg aku jadikan slot sembang menyembang la ngan budak2 ni..;)
ampa semua mesti baca pasal kes baby meninggal kat taska kat ampang tu kan?kat tempat yg sama n selang berapa minit je kan..update pasal kes tu skang mengikut sumber mstar leh klik kat sini..kita yg baca ni hanya boleh buat andaian kita sendiri je la kan sbb kita xtau situasi sebenar mcm mana..
mlm 18hb aku dapat sms dr pengasuh bdk2 ni kata nursery ttp 2 hari.masa tu dh nk jam 12 mlm kot..terpaksa la aku e.l esoknya sbb mana la aku ada sapa2 kat sini nk antaq bdk2 ni kan..xpela..masa tu mmg la aku buat andaian mcm2 la sbb mcm terkejut je kan..aku msg pengasuh tanya pun akak tu xbgtau details. aku pun xtanya banyak takut ganggu lak..
jumaat ptg pengasuh msg nk adakan perjumpaan ibubapa sabtu ptg..
so, ptg td aku pun pegi la..kami terlambat sampai sebab budak2 ni br bgun tido, tingtong mmg kami la yg paling last sampai.tgk dlm umah pengasuh dh ramai parents.sebenaqnya xramai pun sbb budak2 yg anta kat situ dlm 10 org je kot..tp masa kami sampai tu cam diam je sume org..
so, masuk, baru la tau cite sebenar..
rupanya masa ptg rabu tu, sorg baby kat c2 meninggal..innalillahiwaiinailaihirojiun..
aku pun tersentak dan terkejut sebab mmg xjangka.dan time tu aku dok kat sebelah mak baby tu..
so, ada la a few things yg kami discuss..n time si ayah baby tu cakap, aku mmg dh mengalir2 air mata tu..tenang je mak ayah baby tu..btw, baby tu umur 11 bulan..sepanjang aku anta anak2, jujurnya aku pun xjumpa/xperasan ngan dorg..bila jadi gini baru la aku kenai semua parents..
si ayah bercakap dengan tenang, dan mak bby tu tertunduk je,tp aku xnampak pun dia menangis..dalam hati sapa yg tau kan..bila tgk dorg tenang n tabah (nampak), lagi la aku sebak..sebab kejadian tu baru je berlaku 2 hari kan..jgn la dispekulasikan tentang kejadian2 mcm ni..sbb bila aku sendiri lalui dlm situasi gini, keadaan sebenar kdg2 xseperti yg dipaparkan dimedia..tp mmg xdinafikan ada terjadi cuma dalam kes ni, punca mmg xdapat dipastikan..
post mortem yg dibuat menunjukkan baby tu berada dalam keadaan baik, organ dalaman sempurna, xde kesan kecederaan mahupun lebam2, paru2 clear means xdela tersedak susu..dan doc klasifikasikan kematian tu xdapat dikenalpasti puncanya. pengasuh pun trauma..aku mcm kagum jugak la sebab parents tu boleh dtg jumpa ngan kami semua n ada la mak yg anta jugak ni kebetulan doktor..
so, bila melibatkan kematian bayi di tempat asuhan, mmg la ada prosedur yg kena amek kan..doc tu pun relate la ngan kes kematian 2 baby yg kat ampang tu..as we all know, katanya tersedak susu..yg tu wallahualam la.tp yg ni, parents tu pun cakap mmg sebab xdapat dikenalpasti.doc tu ckp ada susulan tindakan seperti amek ujian darah n sebagainya untuk kenalpasti punca lain.bila kes mcm ni kem kesihatan akan ada satu pasukan kalau xsilap doc tu ckp scan team kot yg terdiri dr pakar2 yg akan siasat dari semua segi la..so, keputusan keluar baru tau la mcmana..maybe sebab yg kita sendiri pun tak dapat tau/nampak sebagainya..dan semuanya berbalik kepada kuasa Allah..Dialah yang Menghidupkan dan Dia lah jua yang Mematikan..
doc tu jugak cakap kita mak bapak jugak perlu perhatikan tanda2 kat anak2 kita, kalau demam ke apa..n simple things doc ckp kena perati 3 perkara asas ni: samaada anak kita - nak tido @ x, nak makan ke x & nk main ke x..maksudnya kalau diluar kebiasaan anak2 kita ni la..so, perhatikan la anak2 kita..
ada baiknya jugak ada doc di kalangan kami td..sbb tu aku nk kongsi apa yg dia share td..
part yg paling sedih bila kami ttup majlis td dengan bacaan doa yg dibaca oleh suami pengasuh sndri..xdapat tahan2 air mata aku ni time tu..aku ngan mas (mak kawan adib) mmg dr mula menangis je, dia lagi la, dh la putih melepak, mmg merah hidung..time doa tu br aku nampak mak bb tu nangis n doc tu pun nangis jugak..mmg sayu la..wpun bukan anak kita, tp mmg sedih la.
dan pengasuh pun agak trauma dgn kejadian ni dan dia serahkan kepada kami utk buat keputusan dan dia jugak akan pertimbangkan balik samada nk teruskan lagi ke x menjaga anak2..dia pun cakap masing2 buat la istikharah dulu..aku pun baru je hantar anak2 bulan 12 hr tu dan baru je 2 bulan tp sejujurnya aku puas ati anak2 aku kt situ..adib mmg nampak happy kt situ, dia siap dh jumpa geng dia lg..n bila aku anta xde dia nangis2 bila tgk aku g keje..kakak2 kt c2 so far jaga dia dgn baik..mungkin utk cari tmpat lain agak sukar la buat masa ni..semoga Allah permudahkan segala urusan semua ibu bapa di sini..amin..
sorry aku xdpt nk mention nama n tempat sbb kena hormatkan org2 yg terlibat kan..apa yg boleh di ambil pengajaran tu amekla kan..huhu..
Al-fatihah.
Realiti seorang rider delivery
1 day ago
2 comments:
banyak yg kita boleh ambik iktibar...
-al fatihah
sedih....sedih...harap2 semua selamat...insyaAllah...amin...- abg am
Post a Comment