Followers

Friday, April 19, 2013

merasa jugak naik ambulans

aku skrg ni makin kerap lak kena semput. dalam seminggu blh kata pi klinik 2 kali amek neb. perasaan takut dtg tiba2 bila kena attack 2 malam sudah. aku dh start xboleh tido dari kul 1230..terbangun dan terus batuk xbhenti. dalam kul 4 pagi xleh tido jgk aku mandi n ingat nk p hospital.tp dok berbelah bahagi antara nak pi atau x sebab budak2 tgh lena. cuba duduk tenangkan diri sambil nangis. xnak kol amri tp tangan gatal dail jgk no dia. tau bkn dia bleh terbang balik pn.huhu. aku dah guna inhaler dan sedut banyak kali tp dada still rasa ketat. 

amri mmg suh aku pi spital pn tp aku xtau nk wat cmna.nk gerak bdk2 sepasai, nk gerak depa pn aku lg semput. pastu sllu aku masuk emergency dorg mmg xbg bdak masuk klu xde kaitan
kuman banyak kot dlm tu.

aku segan nak mtk tlg org luar.sampai bila nak susahkan org lain.tp dok msg jugak kawan n jiran depan umah. nak kol segan mengganggu. last2 aku amek plastik n nafas tiup ikut mulut tu sebab inhaler mcm nk habis dh gas tu. tp apa yg aku nak bgtau ni tiba2 rasa takut kalau aku mati sorg kt umah xdak sapa tau.  anak2 bangun nangis je mtk susu,tp aku xbgerak2. kan ada kan kes yang mcm tu dlm berita kan. konon klu nnt kwn baca msg tepon xberangkat ka tau la. xdak la amri balik tgk badan dh kembung. :(..wuaaaa...

pastu amri msg dia kata dia dh kol ambulans. aku pn siap-siap la tukar baju tggu je dorg dtg. rasa sgguh sedih o time tu. nangis je aku tau. walaupun aku tau klu nangis lg aku tak boleh nafas. tak lama pas tu ambulans sampai dalam jam 430 pagi. ada dua lelaki. pastu dorg tny la skit2, aku bg buku pregnant. dorg ckp dorg xbwk gas, n dorg suh aku benti nangis. (hahaha,nangis je ko tau sarah oiii)..astaghfirullah..

dia suruh masuk dalam ambulans n suruh aku kejut budak.aku kejut adib je sebab adam dh start ngeliat2 & dia bukak mata tengok ada org lain terus bangun nangis peluk aku. budak tu ckp tak ape dia angkat adib & terus masuk ambulans.wah teruja pulak dapat naik ambulans.kahkah..adib dah segar mata masuk ambulans. dia masa nampak lampu merah kelip2 tu dia ingat kereta polis, pastu masuk dalam tu dia cakap dengan adam " adam hafiy naik ambulans neh"..:)..

sampai hospital diorang suruh aku duduk atas kerusi roda. tapi bila aku duduk dengan adam, adib lak nangis (memang keturunan nak nangis je kejanya) nak duduk sama. dari bising2 aku cakap takpe aku boleh jalan je senang. 

sampai terus neb. aku pun tak pasti samada mind set ke apa, tapi once dapat neb tu rasa lega je dapat bernafas. huhuhu..kalau ikut tak kan la cepat macam tu kan ubat tu bertindak. tapi memang betul rasa macam lega la. 

tengok handset nampak gambar ni. thanks adib ada jugak gambar kenangan. ingat nak ambik gambar dalam ambulans, tapi tidakla terdaya. hihi

aku pegang adam & adib dok sebelah. bagi kat dia handset dia tengok video je. aku time ni la nak lena pun, penat gila kot dari kul 1230 tak dapat tido. tapi masalahnya anak aku ni mana la nak duduk diam. berlari ke sana sini. sampai nurse marah la si adam tu..marah gaya manja la..nurse tu tak tau yang bapak depa ni tak dak, pastu bila cakap baru dia gelak2 dengan adam. ye la dia kata budak dari sihat masuk sini banyak kuman nanti depa pulak yang sakit. dengan tak berkasutnya. aku memang tak bawak apa pun dengan pampers budak pun tak ingat. sudahnya adib dah membebel kata nak tukar pampers, dua-dua pampers penuh. 

dah neb sekali tu, doc check dia cakap macam tak clear lagi lungs aku. so dia suruh neb lagi sekali. aku pun rasa ketat lagi dada masa tu. tapi aku dah msg ex-ofcmate aku mintak tolong dia amekkan kat hospital. masa kawan sampai tu aku kena neb lagi, kesian pulak dia tunggu..huhu..

last2 ubat tak habis lagi aku pun cabut balik.huhuhu..tu pun tinggal sikit je lagi..aku rasa ok kot sebab doc cakap shud be ok la selepas neb kali kedua tu. dengan buku pregnant aku tak amek terus balik sebab budak2 dah rimas dengan adam dh nangis nak susu..

so gitula kisahnya. aku harap tak jadi lagi la tapi nampak gaya macam akan berulang la.. cuma aku doa tak berlarutan la lepas aku bersalin nanti. sapa yang dapat ni time mengandung tau la camana rasanya. dah bawak perut pun rasa mengah ya amat, time kena attack lagi la triple mengah rasanya kot. aku ingat lagi masa aku dok semput tggu ambulans tu, budak dalam perut ni kemain kuat menendang. aku ingatkan baby macam menggelupur oksigen tak sampai kan. ntah, macam2 la aku pikir.huhu.. ni minggu depan suami kena fly pi sarawak pulak, rasa macam nak merafak sembah merayu tak nak bagi dia keluar..

p.s en suami dah tau camni harapnya tak de la fikir lega la kalau jadi camni lagi boleh call ambulans je. huhu.. yang paling penting i need you ok. huhu 

p.s.s terima kasih ye kak irra sebab banyak tolong org dah..huhu..dah naik segan dah rasanya..:/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin